EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2013 SEM 3 / PENGGAL 3 - 1

    

大家好啊!我今天要分享Ekonomi Sem 3 2013年的考试题目和解答思路。

PART 1 是关于 Ekonomi Soalan Esei, PART 2 是关于 Ekonomi Soalan Kuantitatif !

仅供参考哦!

废话不多说,请看:

SOALAN 1:

(a)   Berikan maksud indeks harga pengguna dan inflasi, dan apakah hubungan antara kedua-duanya? [3 markah] 

Maksud Indeks Harga Pengguna mengukur perubahan harga purata sekumpulan barang dan perkkhidmatan pada harga runcit berbanding dengan tahun asas.

Maksud inflasi adalah kenaikan tingkat harga umum barang dan perkhidmatan secara menyeluruh, berterusan, dan tidak terbatas dalam sesebuah negara pada sesuatu tahun berbanding dengan tahun asas.

Hubungan antara Indeks Harga Pengguna dengan inflasi merupakan berhubung secara positif, iaitu semakin tinggi Indeks Harga Pengguna, semakin tinggi kadar inflasi dalam negara.

(b)   Berikan tiga kegunaan maklumat indeks harga pengguna dan inflasi. [3 markah]

- Menentukan kos sara hidup.

- Menentukan tingkat pendapatan.

- Menentukan taraf hidup masyarakat.


SOALAN 2:

(a)   Jelaskan faktor kenaikan kadar inflasi semasa ekonomi mencapai guna tenaga penuh. [2 markah]

i. Faktor peningkatan dalam permintaan agregat  

Semasa ekonomi mencapai guna tenaga penuh, kadar inflasi meningkat disebabkan peningkatan dalam permintaan agregat sedangkan penawaran agregat adalah tetap. Keadaan ini akan mewujudkan lebihan permintaan agregat. Kesannya, berlaku kenaikan  tingkat harga umum secara keseluruhan terhadap barang dan perkhidmatan. 

ii. Faktor inflasi tolakan kos 

Semasa ekonomi mencapai guna tenaga penuh, kadar inflasi meningkat disebabkan inflasi tolakan kos.Apabila harga input meningkat,kos pengeluaran firma turut meningkat. Keadaan ini akan memaksa firma untuk mengurangkan pengeluaran (penawaran agregat) sedangkan permintaan agregat adalah tetap. Maka, lebihan permintaan agregat wujud. Kesannya, berlaku kenaikan tingkat harga umum secara keseluruhanterhadap barang dan perkhidmatan. 

 (b)   Nyatakan empat kesan negatif inflasi kepada negara. [4 markah]

- Nilai wang merosot.

- Kuasa beli menjatuh.

- Peningkatan kos sara hidup.

- Imbangan dagangan merosot.

- Pertumbuhan ekonomi merosot.

- Nilai tabungan benar berkurang.

- Taraf hidup masyarakat menurun.


SOALAN 3:

(a) Nyatakan dua tujuan dasar perlindungan yang diamalkan dalam perdagangan  antarabangsa. [2 markah] 

- Meningkatkan daya saing pengeluar tempatan.

- Melindungi industri muda.

(b) Bagaimanakah tarif dan subsidi eksport dapat memperbaiki imbangan pembayaran  negara? [4 markah]

i. Tarif 

Tarif ialah cukai yang dikenakan terhadap barangan yang diimport daripada luar negara.  Harga barang import secara relatif akan menjadi lebih mahal daripada barang tempatan.  Maka, import berkurang dan eksport bersih bertambah dan imbangan pembayaran dapat diperbaiki. 

ii. Subsidi eksport 

Subsidi eksport ialah bantuan kerajaan kepada pengeluar tempatan untuk mengurangkan kos pengeluaran barangan tempatan. Harga barang eksport lebih murah kerana kos pengeluaran berkurang. Maka, eksport bersih meningkat dan imbangan pembayaran dapat diperbaiki.


SOALAN 4: 

Huraikan tiga faktor yang mempengaruhi imbangan akaun semasa di Malaysia. [6 markah]

a. Kadar pertukaran asing jatuh 

Kenaikan kadar pertukaran asing akan meningkatkan eksport (harga eksport murah) dan mengurangkan import. Peningkatan eksport dan pengurangan import akan mengukuhkan imbangan akaun semasa.

b. Dasar kerajaan

Dasar kerajaan yang menggalakkan eksport melalui pemberian subsidi eksport akan meningkatkan eksport negara. Peningkatan eksport menyebabkan imbangan akaun semasa bertambah baik.

c. Pendapatan penduduk dalam negara

Peningkatan dalam pendapatan penduduk tempatan akan menambahkan permintaan terhadap barang import. Peningkatan import akan menjejaskan imbangan akaun semasa. Kesannya, import negara akan meningkat.


SOALAN 5: 

Jelaskan tiga langkah kerajaan untuk memajukan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia. [6 markah]

a. Program Pembangunan dan Perolehan Teknologi

Program ini bertujuan membangunkan tahap teknologi PKS dengan menyediakan geran sehingga 70% bagi pembelian peralatan berteknologi tinggi dan perlesenan teknologi.

b. Program Rantaian Industri

Program tersebut bertujuan merapatkan jalinan dan integrasi antara PKS dengan syarikat besar dan syarikat multinasional.

c. Program Pembangunan Infrastruktur

Program ini bertujuan menyediakan kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik serta tapak kilang yang sesuai untuk PKS.


SOALAN 6:

(a) Berikan maksud kemiskinan relatif. [2 markah]

Kemiskinan relatif bermaksud kedudukan relatif antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain dari segi kaum, strata, atau kawasan.

(b) Jelaskan dua punca yang boleh menyebabkan kemiskinan relatif. [4 markah]

- Perbezaan status sosio-ekonomi

Jurang pendidikan atau jurang pendapatan atau jenis pekerjaan.

- Proses pembangunan yang tidak seimbangg antara wilayah atau kawasan

Pantai barat dengan pantai timur, Malaysia timur dengan Malaysia barat.

- Pendidikan

Bandar pendidikan tinggi, luar bandar pendidikan rendah.

- Akses pasaran

Bandar akses pasaran tinggi, luar bandar akese pasaran rendah.

- Migrasi luar bandar ke bandar

Mewujudkan kemiskinan relatif di bandar bagi penghijrah yang tidak mempunyai kemahiran dan pendidikan.

- Teknologi

Luar bandar berteknologi rendah dan bandar berteknologi tinggi.

- Modal

Luar bandar modal rendah manakala bandar modal tinggi.

考试题目和解答思路:

STPM 2013 - Google Drive

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!

💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1