PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1


今天 Tina 我会分享的是 Akaun Sem 1 2021年的考试题目和解答思路。

鸭鸭吖吖,还有二份的年历年考题和解答思路啦!

老规矩哦,会附上PDF给大家下载考试题目和解答思路,仅供参考!

想看历年的考试题目和解答思路点击下面的链接哦:

STPM 2013:

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2013 SEM 1 / PENGGAL 1 (scorpion050832.blogspot.com)

STPM 2014:

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2014 SEM 1 / PENGGAL 1 (scorpion050832.blogspot.com)

STPM 2015:

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2015 SEM 1 / PENGGAL 1 (scorpion050832.blogspot.com)

STPM 2016:

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2016 SEM 1 / PENGGAL 1 (scorpion050832.blogspot.com)

STPM 2017:

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 (scorpion050832.blogspot.com)

STPM 2018:

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2018 SEM 1 / PENGGAL 1 (scorpion050832.blogspot.com)

STPM 2019:

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2019 SEM 1 / PENGGAL 1 (scorpion050832.blogspot.com)

STPM 2020:

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2020 SEM 1 / PENGGAL 1 (scorpion050832.blogspot.com)

请看吧:

SOALAN 1:

(a) Takrifkan yang berikut:

    (i)     Tempoh perakaunan. [1 markah]

    (ii)    Prinsip keobjektifan. [1 markah]

    (iii)   Prinsip kematerialan. [1 markah]

    (iv)   Prinsip pemdedahan penuh. [1 markah]

(b) Maklumat kewangan bagi Sunan Medispa untuk tahun kewangan pada 31 Disember 2019 adalah seperti yang berikut:

                            Sunan Medispa                             

Imbangan duga pada 31 Disember 2019

Butiran

RM

RM

Tunai

4,200

 

Insurans prabayar

1,480

 

Bekalan

990

 

Peralatan pejabat

3,860

 

Susut nilai terkumpul peralatan pejabat

 

770

Bangunan

57,500

 

Susut nilai terkumpul bangunan

 

3,840

Tanah

55,000

 

Hasil sewa belum terperoleh

 

1,600

Nota belum bayar

 

50,000

Modal

 

49,860

Hasil sewa

 

2,400

Hasil perkhidmatan

 

23,400

Belanja gaji

3,200

 

Belanja utiliti

690

 

Belanja pelbagai

600

 

Belanja faedah

4,350

 

Jumlah

131,870

131,870

Maklumat Tambahan:

(1) Polisi insurans sebanyak RM 1,240 yang telah tamat tempoh.

(2) Bekalan bernilai RM 210 yang masih belum digunakan.

(3) Belanja susut nilai peralatan pejabat ialah RM 350.

(4) Belanja susut nilai bangunan ialah RM 2,220.

(5) Hasil sewa terakru sebanyak RM 200 tidak direkodkan dalam imbangan duga yangg disediakan.

(6) Sewa terperoleh sebanyak RM 800 telah diperoleh di akhir tahun.

(7) Belanja gaji terakru ialah RM 200.

(8) Bayaran belanja pelbagai berjumlah RM 450 telah terakru, dan jumlah itu belum lagi direkodkan.

(9) Nota belum bayar yang diperoleh pada 30 Jun 2018 dengan kadar faedah 10% setahun dan akan matang bagi tempoh lima tahun.

Dikehendaki:

(i) Sediakan catatan jurnal bagi setiap pelarasan di atas. [9 markah]

(ii) Sediakan penyata kedudukan kewangan bagi Sunan Medispa pada 31 Disember 2019 dengan menjadikan modal akhir sebagai angka pengimbang. [7 markah]

SOALAN 2:

(a) Maklumat urus niaga yang berkaitan dengan perolehan hartanah, loji, dan peralatan bagi Syarikat Toman Berhad pada awal Januari 2019 adalah seperti yang berikut:

(1) Membeli sebidang tanah termasuk bangunan lama yang akan dirobohkan pada harga RM 720,000. Nilai saksama tanah dan bangunan masing-masing ialah RM 630,000 dan RM 170,000. Syarikat Toman Berhad bercadang untuk membina bangunan pejabat yang baharu di atas tanah itu.

(2) Membayar yuran guaman sebanyak RM 19,200 untuk menyelesaikan urusan hak milik tanah.

(3) Membayar kos bagi meratakan tanah dan membuang struktur bangunan lama yang tidak diperlukan berjumlah RM 38,000.

(4) Menerima tunai sebanyak RM 7,000 daripada jualan sisa besi keluli apabila bangunan lama dirobohkan.

(5) Membeli dua buah kenderaan pejabat yang masing-masing bernilai RM 176,000.

(6) Membayar insurans kenderaan dan cukai jalan bagi kenderaan yang baharu sebanyak RM 7,000.

(7) Membayar kepada Pihak Berkuasa Tempatan sebanyak RM 5,000 untuk mendapatkan permit pembinaan bangunan.

(8) Membayar kepada Arkitek Bina Agung sebanyak RM 36,000 untuk pelan reka bentuk bangunan pejabat baharu.

(9) Membayar kepada Pembinaan Jati Berhad sebanyak RM 480,000 bagi 40% kos pembinaan bangunan pejabat baharu.

(10) Membayar deposit pemasangan air dan elektrik bangunan pejabat baharu kepada Syabas dan TNB berjumlah RM 4,000.

(11) Membayar kepada Pembinaan Jati Berhad sebanyak RM 720,000 untuk baki kos pembinaan bangunan pejabat baharu.

(12) Membayar kepada Ana Decor sebanyak RM 160,000 untuk pembelian, penghantaran, dan pemasangan kabinet dan perabot bagi bangunan pejabat baharu.

(13) Membayar kos pemasangan kelengkapan CCTV berjumlah RM 14,000.

Dikehendaki:

(i) Hitung kos perolehan bagi perabot dan kelengkapan, tanah, bangunan, dan kenderaan, bagi Syarikat Toman Berhad pada tahun 2019. [8 markah]

(ii) Polisi susut nilai Syarikat Toman Berhad adalah seperti yang berikut:

Aset

Usia Guna

Nilai Sisa

Kaedah

Bangunan

30 tahun

10%

Garis lurus.

Kenderaan

5 tahun

5%

Jumlah angka tahun.

Perabot dan kelengkapan

8 tahun

2%

Baki berkurangan.

Hitung nilai buku aset Syarikat Toman Berhad pada 31 Disember 2019. [5 markah]

(iii) Jelaskan kesan kepada pendapatan bersih Syarikat Toman Berhad itu jika belanja susut nilai tidak direkod dalam tahun semasa berdasarkan jawapan di (a)(ii). [1 markah]

(b) Pada 3 Januari 2019, Syarikat Kelisa Sdn. Bhd. telah membuat catatan jurnal seperti yang berikut:

Urus Niaga

Debit

Kredit

Mesin Q

Susut nilai terkumpul mesin

Laba atas pertukaran mesin

Tunai

Mesin P

RM 1,815,000

RM 1,350,000

 

 

RM   405,000

RM    60,000

RM 2,700,000

(i) Beri keterangan bagi urus niaga yang dibuat oleh Syarikat Kelisa Sdn. Bhd. pada 3 Januari 2019. [1 markah]

(ii) Hitung nilai buku bersih Mesin P dan nilai elaun tukar niaga Mesin Q.[3 markah]

(iii) Sekiranya Syarikat Kelisa Sdn. Bhd. menjual Mesin P pada harga RM 1,150,000, sediakan catatan jurnal bagi merekod jualan mesin itu. [2 markah]

SOALAN 3:

(a) Nyatakan dua sebab sebuah koperasi perlu mewujudkan rizab berkanun. [2 markah]

(b) Maklumat kewangan bagi Koperasi Kalbu Berhad pada 31 Disember 2019 adalah seperti yang berikut:

Butiran

Debit (RM)

Kredit (RM)

Modal saham

 

35,000

Premis

57,000

 

Peralatan

13,000

 

Susut nilai terkumpul peralatan

 

3,000

Untung terkumpul

 

35,000

Rizab berkanun

 

8,000

Rizab pendidikan

 

5,000

Inventori awal

5,000

 

Akaun belum terima

12,000

 

Akaun belum bayar

 

9,000

Bank

8,000

 

Jumlah

95,000

95,000

 

Ringkasan Bank

 

RM

 

RM

Jualan

100,000

Akaun belum bayar

47,000

Akaun belum terima

8,000

Belanja am

1,655

Modal saham

12,000

Kenderaan (1 Ogos 2019)

60,000

Yuran pendaftaran

3,000

Modal saham

7,000

 

 

Belanja utiliti

800

 

 

Belanja mesyuarat

2,180

 

 

Baki h/b

12,365

Maklumat Tambahan:

(1) Inventori pada 31 Disember 2019 bernilai RM 4,000.

(2) Belanja utiliti terlebih bayar berjumlah RM 135.

(3) Akaun belum terima dan akaun belum bayar pada 31 Disember 2019 masing-masing ialah RM 14,000 dan RM 8,000.

(4) Semua aset tetap kecuali premis disusut nilai 10% atas nilai buku.

(5) Lembaga pengarah bagi Koperasi Kalbu Berhad mencadangkan keuntungan bersih koperasi diagihkan seperti yang berikut:

(i) Sebanyak 13% dipindahkan kepada kumpulan wang rizab berkanun.

(ii) Sebanyak 1% dipindahkan kepada kumpulan wang rizab pendidikan.

(iii) Sebanyak 1% dipindahkan kepada kumpulan wang rizab pembangunan koperasi.

(6) Dividen sebanyak 10% atas modal saham telah diluluskan oleh ahli lembaga pengarah koperasi itu.

(7) Rebat jualan sebanyak 5% telah diluluskan oleh ahli lembaga pengarah koperasi itu.

Dikehendaki:

Sediakan Koperasi Kalbu Berhad,

(i) penyata pendapatan komprehensif bagi tahun berakhir 31 Disember 2019. [8 markah]

(ii) penyata pembahagian untung rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2019. [6 markah]

(iii) petikan bahagian liabiliti dann ekuiti penyata kedudukan kewangan pada 31 Disember 2019. [4 markah]

SOALAN 4:

(a) Perihalkan tiga situasi yang menyebabkan berlakunya rekod tidak lengkap. [3 markah]

(b) Encik Syafiq menjalankan perniagaan yang diberi nama Perniagaan SR Enterprise sejak dua tahun yang lalu. Encik Syafiq berhasrat untuk menukar jenis perniagaannya daripada milikan tunggal kepada syarikat sendirian berhad. Maklumat kewangan yang dibekalkan oleh Encik Syafiq adalah seperti yang berikut:

(1) Aset dan liabiliti yang direkodkan:

 

          1 September 2018    RM

            31 Ogos 2019         RM

Inventori

8,873

16,800

Akaun belum terima

3,900

4,300

Akaun belum bayar

7,400

8,900

Sewa prabayar

300

420

Belanja utiliti terakru

210

160

Baki di tangan

2,300

1,650

Tunai di tangan

360

330

(2) Perniagaan SR Enterprise juag memiliki peralatan yang telah dibeli sejak perniagaan itu mula ditubuhkan. Kos keseluruhan peralatan semasa dibeli ialah RM 35,000 dan dijangka boleh digunakan untuk lima tahun dan tiada nilai sisa.

(3) Kenderaan perniagaan dibawa masuk oleh Encik Syafiq pada 1 September 2018 dengan nilai semasanya ialah RM 25,000. Kenderaan itu dianggarkan masih boleh digunakan selama lima tahun.

(4) Pinjaman sebanyak RM 30,000 pada kadar faedah 3% telah dibuat semasa Perniagaan SR Enterprise mula ditubuhkan. Pinjaman itu dijelaskan secara ansuran tahunan selama 10 tahun dan bayaran dijelaskan bersama faedah atas pinjaman. Faedah dibayar pada setiap 1 September.

(5) Semua kutipan daripada akaun belum terima didepositkan ke dalam akaun bank pada hari yang sama. Jumlah kutipan akaun belum terima pada tahun semasa ialah RM 115,000.

(6) Kutipan jualan tunai didepositkan ke dalam akaun bank secara berkala.

(7) Tunai yang didepositkan ke dalam akaun bank setelah ditolak bayaran yang berikut:

Ambilan tunai

RM 8,000

Upah buruh sambilan

RM 1,200

Belian barang niaga

RM 1,800

(8) Akaun bank Perniagaan SR Enterprise menunjukkan catatan perbelanjaan seperti yang berikut:

 

RM

Akaun belum bayar

101,500

Sewa

5,040

Belanja utiliti

1,390

Kos penghantaran

3,000

Upah buruh sambilan

6,620

(9) Encik Syafiq telah mengambil barang niaga bernilai RM 600 untuk kegunaannya sendiri.

Dikehendaki:

(i) Sediakan buku tunai bagi Perniagaan SR Enterprise. [6 markah]

(ii) Hitung jumlah belian dan jumlah jualan bagi tahun berakhir 31 Ogos 2019. [3 markah]

(iii) Sediakan penyata pendapatan komprehensif bagi tahun berakhir 31 Ogos 2019. [8 markah]

SOALAN 5:

(a) Perihalkan tiga kebaikan kawalan dalaman bagi perniagaan perkhidmatan yang berskala kecil. [3 markah]

(b) Tatacara yang berikut menjadi amalan Perniagaan Stesen Minyak Ceria.

(1) Petugas pam minyak perlu menggantikan juruwang apabila juruwang keluar berehat selama satu jam pada waktu tengah hari.

(2) Semua petugas pam minyak tidak boleh menerima bayaran tunai atau membuat jualan menggunakan kad debit pelanggan itu. Urus niaga hanya boleh dibuat oleh juruwang di kaunter jualan.

(3) Kehadiran pekerja stesen minyak mestilah direkod oleh kerani akaun ke dalam buku kehadiran pada jam 8:00 pagi mengikut waktu bertugas pekerja stesen minyak itu. Petugas pam minyak dan juruwang mula masuk bekerja pada jam 7:00 pagi. Rekod kehadiran itu digunakan sebagai rujukan untuk membuat bayaran gaji bulanan.

(4) Pemilik Perniagaan Stesen Minyak Ceria akan datang ke premis perniagaan itu setiap hari untuk mengambil tunai jualan dan membuat bayaran bil setelah menyemak dokumen sokongan seperti resit dan baucar bernombor siri yang telah disediakan oleh kerani akaun.

Dikehendaki:

(i) Bagi setiap tatacara yang disenaraikan di atas,

(1) nyatakan sama ada tatacara tersebut adalah tatacara kawalan dalaman yang baik atau tatacara kawalan dalaman yang lemah. [2 markah]

(2) perihalkan prinsip kawalan dalaman di (b)(i)(1). [6 markah]

(ii) Perihalkan tiga batasan kawalan dalaman bagi Perniagaan Stesen Minyak Ceria. [3 markah]

(c) Situasi yang berikut adalah berkaitan dengan Kedai Barangan Lektrik Saturn yang menjalankan perniagaan menjual barangan elektrik.

(1) Semua jualan secara tunai yang diurus oleh tiga orang jurujual menggunakan buku bil tunai bersalinan dan bernombor siri, disedia, dan disahkan sendiri oleh mereka bertiga.

(2) Jualan secara kredit direkod oleh tiga orang jurujual dalam buku jualan kredit dan diserahkan kepada kerani akaun pada setiap akhir bulan.

(3) Kerani akaun akan membuat pesanan belian setelah mendapat makluman secara lisan daripada jurujual.

(4) Pemilik Kedai Barangan Lektrik Saturn itu akan menentukan jumlah tunai runcit harian yang perlu disimpan di premis perniagaan itu. Rutin pemilik perniagaan itu adalah datang ke kedai untuk membuat kutipan tunai dan memasukkan tunai ke dalam akaun bank perniagaan sebanyak 2 kali seminggu.

Dikehendaki:

(i) Kenal pasti prinsip kawalan dalaman yang lemah di Kedai Barangan Lektrik Saturn itu. [2 markah]

(ii) Beri cadangan penambahbaikan bagi mengatasi setiap kelemahan pada prinsip kawalan dalaman di (c)(i). [4 markah]

考试题目和解答思路:

STPM 2021 - Google Drive

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!



💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1