PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1


今天 Tina 我会分享的是 Akaun Sem 1 2023年的考试题目和解答思路。

Yes!终于要暂时停笔在Akaun Sem 1的历年考题和解答思路啦!

希望大家能够喜欢这一个系列哦~

老规矩哦,附上PDF给大家下载这次的考试题目和解答思路,注意注意,仅供参考!

想看历年的考试题目和解答思路点击下面的链接哦:

STPM 2013:

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2013 SEM 1 / PENGGAL 1 (scorpion050832.blogspot.com)

STPM 2014:

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2014 SEM 1 / PENGGAL 1 (scorpion050832.blogspot.com)

STPM 2015:

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2015 SEM 1 / PENGGAL 1 (scorpion050832.blogspot.com)

STPM 2016:

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2016 SEM 1 / PENGGAL 1 (scorpion050832.blogspot.com)

STPM 2017:

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 (scorpion050832.blogspot.com)

STPM 2018:

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2018 SEM 1 / PENGGAL 1 (scorpion050832.blogspot.com)

STPM 2019:

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2019 SEM 1 / PENGGAL 1 (scorpion050832.blogspot.com)

STPM 2020:

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2020 SEM 1 / PENGGAL 1 (scorpion050832.blogspot.com)

STPM 2021:

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1 (scorpion050832.blogspot.com)

STPM 2022:

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 (scorpion050832.blogspot.com)

请看吧:

SOALAN 1:

(a) Dengan menyatakan satu contoh pengguna dalaman dan satu contoh pengguna luaran, jelaskan bagaimana maklumat dalam penyata kewangan berguna kepada mereka. [3 markah]

 (b) Urus niaga Perniagaan Arus Mega bagi tahun perakaunan berakhir 30 Jun 2021 adalah seperti yang berikut:

(1) Perniagaan membeli sebidang tanah yang berstatus pertanian pada harga kos RM 200,000. Status tanah tersebut ditukar kepada status tanah pembangunan dengan kos tambahan sebanyak RM 100,000. Pembangunan tanah itu menghasilkan 10 lot tanah banglo yang bernilai pasaran RM 80,000 per lot, seperti yang ditetapkan oleh jurunilai bertauliah. Pada akhir tahun kewangan, perniagaan mengiktiraf peningkatan nilai tanah sebanyak RM 500,000, walaupun semua lot banglo tersebut belum dijual.

(2) Satu kemalangan telah berlaku di tapak pembangunan tanah lot banglo. Mangsa kemalangan telah memfailkan saman berjumlah RM 150,000. Peguam telah menasihati pihak pengurusan bahawa kes tersebut berpihak kepada mangsa. Akauntan tidak melaporkan perkara tersebut, kerana masih menunggu keputusan akhir perbicaraan yang ditetapkan pada Januari 2022.

Dikehendaki:

Bagi setiap urus niaga di atas, huraikan sama ada prinsip atau andaian perakaunan dipatuhi atau tidak dipatuhi. [4 markah] 

(c) Baki akaun Perniagaan Kedai Perabot Yin pada 31 Mac 2022 adalah seperti yang berikut:

Butiran

RM

Kelengkapan kedai

28,000

Inventori

86,700

Akaun belum terima

36,870

Tunai

2,850

Bank overdraf

12,855

Ekuiti pemilik

71,165

Akaun belum bayar

69,200

Sewa kedai belum bayar

1,200

Urus niaga yang telah berlaku sepanjang bulan April 2022 adalah seperti yang berikut:

Tarikh

Urus Niaga

1 April

Mengambil sebuah rak pameran pada harga kos RM 6,250 untuk dijadikan sudut pameran di kedai.

10 April

Pemilik telah menjual sebuah kereta milik isterinya pada nilai buku RM 55,000. Sebanyak 60% daripada hasil jualan telah diserahkan kepada isterinya. Sejumlah RM 3,000 disimpan sebagai tunai di kedai dan bakinya didepositkan dalam akaun semasa perniagaan.

12 April

Menerima inovis bagi belian barang niaga berjumlah RM 25,850.

15 April

Menerima nota kredit daripada pembekal untuk barang niaga pada kos RM 2,850.

20 April

Menjual 40% daripada barang niaga dengan margin keuntungan 35% kepada pelanggan dengan terma kredit dua bulan.

25 April

Menerima cek berjumlah RM 13,870 bagi bayaran akaun belum terima selepas ditolak diskaun tunai 5%.

28 April

Melupuskan perabot barang niaga pada kos RM 580 kerana telah rosak.

30 April

Menjelaskan bayaran sewa kedai untuk tiga bulan, iaitu bulan Mac, bulan April, dan bulan Mei 2022 berjumlah RM 3,600 secara tunai.

Dikehendaki:

Rekodkan semua urus niaga di atas bagi menentukan jenis aset, liabiliti, dan ekuiti pemilik dengan menggunakan format persamaan perakaunan. Jawapan anda perlu menunjukkan jumlah bagi aset, liabiliti, dan ekuiti pemilik pada 30 April 2022. [13 markah]

SOALAN 2:

(a) Perihalkan bagaimana liabiliti boleh wujud daripada urus niaga belanja dan urus niaga hasil serta berikan satu contoh bagi setiap urus niaga tersebut. [3 markah]

(b) Pada 30 November 2022, bahagian liabiliti dan ekuiti penyata kedudukan kewangan Perniagaan Sayang menunjukkan jumlah liabiliti sebanyak RM 198,500 dan jumlah modal sebanyak RM 950,000. Urus niaga berkaitan dengan liabiliti dan ekuiti Perniagaan Sayang yang berlaku sepanjang bulan Disember 2022 adalah seperti yang berikut:

(1) Pada 1 Disember, baki awal akaun liabiliti terdiri daripada:

    (i)     Belian secara kredit RM 186,400.

    (ii)    Belanja-belanja belum bayar lain RM 12,100.

(2) Pada 1 Disember, Perniagaan Sayang menerbitkan nota bernilai RM 120,000 pada kadar faedah 8% yang akan matang pada 1 Mei 2023.

(3) Pada 2 Disember, menerima tunai untuk enam bulan sewa berjumlah RM 12,000 berserta dengan deposit berjumlah RM 3,000 bagi bayaran sewaan mesin. Bayaran sewa yang diterima adalah untuk tempoh enam bulan mulai bulan Disember 2022.

(4) Pada 16 Disember, membuat belian secara kredit berjumlah RM 28,400. Inovis diterima pada 20 Disember 2022 dengan syarat kredit 2/10, n/30.

(5) Pada 30 Disember, Perniagaan Sayang membeli sebuah kenderaan berharga RM 65,000 daripada Perniagaan AKI, dengan membayar tunai sebanyak RM 5,000 dan menandatangani nota belum bayar 10% selama setahun bagi baki harga belian kenderaan tersebut.

(6) Pada 31 Disember:

(i) Membuat pinjaman jangka panjang bercagar berjumlah RM 100,000 pada kadar faedah 7% setahun.

(ii) Perniagaan Sayang mengutip cukai jualan dan perkhidmatan sebanyak 15% ketika jualan berlaku. Pada 31 Disember 2022, kutipan jualan yang termasuk cukai jalan berjumlah RM 1,380,000 telah dicatatkan dalam akaun jualan.

(iii) Perniagaan Sayang telah menerima bil utiliti berjumlah RM 8,200.

(iv) Perniagaan Sayang memperuntukkan sebanyak RM 72,000 sebagai pembayaran bonus kepada pekerja untuk tahun semasa.

(v) Rekod Perniagaan Sayang menunjukkan saraan pekerja yang belum dijelaskan adalah seperti yang berikut:

Gaji Kasar

Potongan Cukai Berjadual

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Gaji Bersih

Pekerja

Majikan

(RM)

(RM)

(RM)

(RM)

(RM)

15,000

300

1,500

1,800

13,200

Dikehendaki:

(i) Sediakan catatan jurnal untuk merekodkan urus niaga tersebut bagi tahun berakhir 31 Disember 2022. [14 markah]

(ii) Sediakan petikan bahagian liabiliti semasa dan liabiliti bukan semasa dalam penyata kedudukan kewangan Perniagaan Sayang pada 31 Disember 2022. [3 markah]

SOALAN 3:

(a) Perihalkan dua perbezaan antara honorarium dengan elaun lembaga pengarah. [2 markah]

(b) Maklumat daripada buku Koperasi Kesatuan Enam Berhad adalah seperti yang berikut:

(1) Aset, liabiliti, dan modal anggota pada 1 Januari 2022.

Butiran

Debit

(RM)

Kredit

(RM)

Premis koperasi

134,600

 

Kelengkapan

77,996

 

Inventori barang niaga

29,120

 

Simpanan tetap

56,000

 

Insurans prabayar

1,200

 

Pinjaman kepada ahli

83,500

 

Tunai

13,700

 

Bank

 

13,800

Modal saham anggota

 

145,000

Kumpulan wang rizab berkanun

 

37,240

Kumpulan wang amanah pembangunan

 

45,600

Kumpulan wang amanah pendidikan

 

326

Tabung biasiswa

 

59,630

Akaun belum bayar

 

13,920

Dividen dicadangkan

 

7,250

Rebat jualan

 

13,762

Untung terkumpul

 

45,510

Elaun lembaga pengarah

 

10,380

Yuran audit terakru

 

2,403

Air dan elektrik terakru

 

1,295

 

396,116

396,116

(2) Ringkasan buku tunai sepanjang tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2022.

Penerimaan

Tunai

(RM)

Bank

(RM)

Pembayaran

Tunai

(RM)

Bank

(RM)

Yuran masuk

4,000

 

Elaun pekerja

2,475

12,900

Jualan

 

304,940

Akaun belum bayar

 

135,290

Faedah pinjaman ahli

1,750

 

Rebat jualan

 

8,390

Pinjaman kepada ahli

 

12,300

Belanja mesyuarat

 

12,408

Faedah simpanan tetap

 

2,180

Insurans

 

12,000

Modal saham anggota

 

12,000

Belanja am

2,410

 

Tunai

 

10,000

Air dan elektrik

800

7,240

 

 

 

Wang amanah pembangunan

 

16,316

 

 

 

Pinjaman ahli

 

5,000

 

 

 

Dividen dicadangkan

 

7,250

 

 

 

Yuran audit

 

2,403

 

 

 

Elaun lembaga pengarah

 

8,600

 

 

 

Bank

10,000

 

 

 

 

Kelengkapan

 

20,000

(3) Untung kasar beroperasi sepanjang tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2022 ialah RM 158,180.

(4) Aset dan liabiliti pada 31 Disember 2022:

Inventori barang niaga

RM 32,400

Akaun belum bayar

RM 28,670

Yuran audit terakru

RM 3,500

Belanja air dan elektrik belum bayar

RM 530

Elaun lembaga pengarah belum bayar

RM 5,000

Kelengkapan

RM 93,970

(5) Sebahagian daripada keuntungan koperasi diperuntukkan kepada wang rizab berkanun, wang amanah pendidikan, dan wang amanah pembangunan masing-masing sebanyak 12%,2%, dan 1%.

(6) Dividen modal anggota dan honorarium dicadangkan pada kadar 10%.

(7) Peruntukan sebanyak RM 14,830 dicadangkan bagi tabung biasiswa.

(8) Rebat jualan ialah 5% daripada hasil penerimaan jualan.

Dikehendaki:

Sediakan bagi Koperasi Kesatuan Enam Berhad,

(i) penyata pendapatan komprehensif bagi tahun berakhir 31 Disember 2022. [8 markah]

(ii) penyata pengasingan untung rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2022. [7 markah]

(iii) petikan bahagian kumpulan wang anggota dan rizab dalam penyata kedudukan kewangan pada 31 Disember 2022. [3 markah]

SOALAN 4:

(a) Nyatakan empat sumber maklumat utama yang dirujuk untuk menyediakan penyata kewangan bagi perniagaan yang tidak menyimpan rekod yang lengkap. [2 markah]

(b) Nyatakan perbezaan antara belanja hasil dengan belanja modal. [2 markah]

(c) Kedai Cenderahati Cantik dimiliki oleh Puan Ananda. Oleh sebab Puan Ananda kekurangan ilmu perakaunan, rekod yang disimpan untuk perniagaan beliau tidak lengkap. Maklumat berikut telah dibekalkan untuk membantu anda bagi menyediakan penyata kewangan Kedai Cenderahati Cantik:

Butiran

1 Januari 2012

(RM)

31 Disember 2022

(RM)

Tunai

560

?

Kelengkapan

1,300

?

Inventori

225

170

Akaun belum bayar

170

130

Akaun belum terima

110

170

Belanja iklan terakru

50

-

Sewa prabayar

40

70

Bekalan alat tulis

-

30

Maklumat penerimaan dan pembayaran tunai bagi tahun berakhir 31 Disember 2022 adalah seperti yang berikut:

Penerimaan

RM

Pembayaran

RM

Modal tambahan

5,440

Akaun belum bayar

1,120

Pinjaman bank

12,000

Belian

660

Akaun belum terima

980

Upah pekerja

670

Jualan

3,500

Air dan elektrik

790

 

 

Kelengkapan

1,000

 

 

Sewa

250

 

 

Iklan

130

 

 

Alat tulis

90

Maklumat Tambahan:

(1) Puan Ananda memulangkan beberapa barangan cenderahati berjumlah RM 520 yang dibeli secara kredit kerana rosak.

(2) Semua kelengkapan disusutnilaikan pada kadar 10% setahun atas kos.

(3) Pinjaman dibuat pada 1 Julai 2022 kadar faedah 10% setahun. Faedahnya dibayar pada setiap 30 Jun.

Dikehendaki:

Sediakan, bagi Kedai Cenderahati Cantik, 

(i) penyata pendapatan komprehensif bagi tahun berakhir 31 Disember 2022. [10 markah]

(ii) penyata kedudukan kewangan pada 31 Disember 2022. [6 markah]

SOALAN 5:

(a) Tatacara penerimaan tunai yang diamalkan oleh Kopitiam Halia adalah seperti yang berikut:

(1) Untuk mengurangkan kemungkinan kecurian, wang tunai yang melebihi RM 500 disimpan dalam peti keselamatan yang tidak berkunci dalam bilik stor sebelum didepositkan ke bank.

(2) Semua penerimaan tunai direkodkan melalui mesin daftar tunai yang dikendalikan oleh tiga orang pekerja.

(3) Kerani akaun mendepositkan tunai ke bank, kemudian beliau merekodkan penerimaan tunai harian.

(4) Setiap hari semua penerimaan tunai dihitung oleh pekerja yang bertugas dan amaun penerimaan tunai tersebut disahkan dengan rekod pada mesin daftar tunai oleh pekerja yang sama.

Dikehendaki:

(i) Terangkan kelemahan dalam kawalan dalaman bagi setiap kes di atas dengan mengaitkan prinsip kawalan dalaman yang tidak dipatuhi. [4 markah]

(ii) Cadangkan langkah-langkah penambahbaikan bagi setiap kes tersebut. [4 markah]

(b) Pemilik Syarikat Ulam Sdn. Bhd. menghadapi masalah menyediakan penyata penyesuaian bank. Penyata penyesuaian bank pada bulan September 2022 yang disediakan oleh pemilik Syarikat Ulam Sdn. Bhd. adalah seperti yang berikut:

Butiran

RM

Baki bank seperti di penyata bank

20,651

Campur: Cek tak layan

2,950

               Kesilapan catatan bank

200

(cek diterima yang bernilai RM 200 telah didebitkan oleh bank)

 

Tolak: Caj perkhidmatan bank

50

Baki bank terlaras

23,751

Baki bank seperti di buku tunai

19,886

Campur: Cek belum dikemukakan

4,650

               Kutipan nota oleh bank

2,500

               Faedah atas nota

250

Tolak: Deposit belum dikreditkan

2,725

           Cek belum dikreditkan

500

           Kesilapan merekod

190

(Cek diterima daripada penghutang yang bernilai RM 540 direkodkan dalam buku tunai sebagai RM 450 dan cek kepada pemiutang bernilai RM 330 tetapi direkodkan sebagai RM 230)

 

Baki tunai terlaras

23,871

Dikehendaki:

(i) Sediakan penyata penyesuaian bank yang betul setelah mengemas kini buku tunai. [8 markah]

(ii) Sediakan catatan jurnal pelarasan yang diperlukan. [4 markah]

考试题目和解答思路:

STPM 2023 - Google Drive

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!



💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1