PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1


今天 Tina 我会分享的是 Akaun Sem 1 2022年的考试题目和解答思路。

太好啦!还剩下Akaun Sem 1 2023年的考题和解答思路,要到尾啦!

大家明天要注意哦,我将会发布2023年的考试题目和解答思路偶~

走过路过不要错过哦!

老规矩哦,附上PDF给大家下载这次的考试题目和解答思路,注意注意,仅供参考!

想看历年的考试题目和解答思路点击下面的链接哦:

STPM 2013:

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2013 SEM 1 / PENGGAL 1 (scorpion050832.blogspot.com)

STPM 2014:

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2014 SEM 1 / PENGGAL 1 (scorpion050832.blogspot.com)

STPM 2015:

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2015 SEM 1 / PENGGAL 1 (scorpion050832.blogspot.com)

STPM 2016:

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2016 SEM 1 / PENGGAL 1 (scorpion050832.blogspot.com)

STPM 2017:

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 (scorpion050832.blogspot.com)

STPM 2018:

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2018 SEM 1 / PENGGAL 1 (scorpion050832.blogspot.com)

STPM 2019:

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2019 SEM 1 / PENGGAL 1 (scorpion050832.blogspot.com)

STPM 2020:

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2020 SEM 1 / PENGGAL 1 (scorpion050832.blogspot.com)

STPM 2021:

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1 (scorpion050832.blogspot.com)

请看吧:

SOALAN 1:

(a) Perihalkan tiga prinsip yang diamalkan dalam penyediaan penyata kewangan yang membantu pihak dalaman dan pihak luaran untuk membuat keputusan ekonomi mengenai organisasi perniagaan. [3 markah]

(b) Maklumat kewangan bagi Perniagaan AMK pada 31 Disember 2020 adalah seperti yang berikut:

Perniagaan AMK

Penyata Pendapatan Komprehensif

Bagi tahun berakhir 31 Disember 2020

 

RM

RM

Jualan

 

116,000

 

 

 

Inventori awal

13,000

 

Belian

54,000

 

 

67,000

 

Inventori akhir

(22,000)

(45,000)

Untung kasar

 

71,000

 

 

 

Belanja:

 

 

Gaji

12,000

 

Pengangkutan

8,600

 

Utiliti

2,400

 

Lain-lain belanja

1,000

(24,000)

Untung bersih

 

47,000


Perniagaan AMK

Penyata Kedudukan Kewangan

Pada 31 Disember 2020

 

RM

RM

Aset semasa:

 

 

Tunai

23,000

 

Penghutang

41,000

 

Inventori

22,000

86,000

Aset bukan semasa:

 

 

Peralatan pejabat (nilai buku bersih)

 

16,000

 

 

102,000

Liabiliti semasa:

 

 

Pemiutang

 

33,000

Ekuiti:

 

 

Modal awal

22,000

 

Untung bersih

47,000

69,000

 

 

102,000

Maklumat Tambahan:

(1) Pada awal tahun, Puan Anisah telah menyumbang van peribadinya dalam perniagaan. Nilai pasaran van pada tarikh sumbangan itu dilakukan ialah RM 25,000. Van itu dijangka boleh diguna pakai untuk tempoh lima tahun dengan nilai sisa RM 5,000. Kaedah susut nilai garis lurus digunakan untuk van itu.

(2) Belanja gaji pekerja untuk bulan Disember 2020 sebanyak RM 8,000 dan bonus tahunan sebanyak RM 4,000 belum bayar.

(3) Inventori akhir pada kos RM 7,000 adalah termasuk inventori yang telah dijual secara tunai tetapi belum dihantar kepada pelanggan. Perniagaan AMK menggunakan sistem inventori berkala.

(4) Pada 30 Disember 2020, Puan Anisah mengambil tunai sebanyak RM 5,000 untuk kegunaan peribadi.

(5) Belanja utiliti sebanyak RM 600 bagi bulan Disember 2020 belum lagi diambil kira.

(6) Peralatan pejabat telah dibeli pada 1 Januari 2018 dan disusutnilaikan pada kadar 10% setahun.

Dikehendaki:

(i) Sediakan catatan jurnal pelarasan yang diperlukan untuk merekod semua maklumat di atas. [8 markah]

(ii) Sediakan penyata pendapatan komprehensif bagi Perniagaan AMK bagi tahun berakhir 31 Disember 2020. [4 markah]

(iii) Sediakan penyata kedudukan kewangan Perniagaan AMK pada 31 Disember 2020. [5 markah]

SOALAN 2:

(a) Maklumat baki akaun bagi Perniagaan Dapur Baiduri pada 30 September 2020 adalah seperti yang berikut:

Butiran

RM

Hasil belum terperoleh

39,600

Akaun belum terima

51,600

Belanja belum bayar

13,780

Inventori barang niaga

78,000

Hartanah loji dan peralatan (bersih)

295,200

Pinjaman bank

90,000

Prabayaran

1,120

Tunai dan setara tunai

77,400

Perniagaan Dapur Baiduri dimiliki oleh Encik Fizy. Maklumat bagi tempoh perakaunan yang berakhir pada 30 September 2021 telah disediakan seperti yang berikut:

(1) Untung bersih perniagaan ialah RM 140,040.

(2) Dalam pengiraan untung bersih di atas, belanja majlis hari lahir dan pembelian komputer riba bagi anak Encik Fizy masing-masing berjumlah RM 3,500 dan RM 2,400 telah diambil kira dalam belanja operasi.

(3) Dalam tempoh semasa, Encik Fizy telah mengambil tunai sebanyak RM 64,600 sebagai gaji beliau dan direkod dalam belanja gaji.

Dikehendaki:

(i) Hitung baki bagi modal Perniagaan Dapur Baiduri pada 30 September 2020. [4 markah]

(ii) Nyatakan sama ada untung bersih yang direkod adalah tepat atau tidak tepat. Berikan alasan anda. [3 markah]

(iii) Sediakan bahagian ekuiti pemilik bagi Penyata Kedudukan Kewangan Perniagaan Dapur Baiduri pada 30 September 2021. [4 markah]

(b) Perniagaan Mary merancang untuk mengembangkan perniagaan dengan memperkenalkan Mary Foodtruck. Untuk melaksanakan rancangan itu, Perniagaan Mary memerlukan sebuah trak makanan yang berharga RM 120,000. Susut nilai bagi trak makanan itu ialah RM 12,000 setahun. Perniagaan Mary sedang mempertimbangkan tiga alternatif untuk membeli trak itu, iaitu

(1) membuat pinjaman bank pada kadar 6% untuk tempoh lima tahun.

(2) membeli trak makanan itu secara sewa beli pada kadar faedah 4% untuk tempoh lapan tahun.

(3) menyewa trak makanan itu daripada Syarikat Pengangkutan Daniel dengan kadar sewa bulanan sebanyak RM 1,200 sebulan selama 10 tahun.

Dikehendaki:

(i) Hitung belanja operasi bulanan dan jumlah pembiayaan keseluruhan bagi setiap alternatif di atas bagi Perniagaan Mary. [7 markah]

(ii) Cadangkan kepada Perniagaan Mary alternatif yang manakah yang wajar dipilih berdasarkan jawapan di (b)(i). Berikan ulasan anda untuk pilihan yang dibuat. [2 markah]

SOALAN 3:

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan koperasi menengah dan koperasi atasan? [2 markah]

(b) Pada 1 Januari 2019, Koperasi Ceria Berhad mula beroperasi dengan menjalankan perniagaan yang menawarkan pakej percutian kepada orang awam dan badan korporat. Semua langganan bagi pakej percutian adalah secara tunai dan perlu dibayar dua bulan sebelum tarikh lawatan pelanggan. Sepanjang tahun 2019, koperasi itu telah menerima langganan seperti yang berikut:

Destinasi Pakej

Pakej Dewasa

(RM)

Bilangan Langganan

(RM)

Pakej Kanak-Kanak

(RM)

Bilangan Langganan

Percutian Korea

2,390

764

1,950

77

Percutian Kunming

2,590

912

2,390

23

Percutian Ho Chi Minh

890

1,375

740

53

Percutian Jepun

2,690

546

2,380

67

Pada akhir tahun kewangan semasa, masih terdapat langganan percutian ke destinasi Korea dan Jepun yang belum diberikan kepada pelanggan. Langganan percutian itu adalah seperti yang berikut:

Destinasi Pakej

Bilangan Langganan

Dewasa

Kanak-Kanak

Percutian Korea

52

2

Percutian Jepun

38

-

Ringkasan penerimaan dan pembayaran Koperasi Ceria Berhad sepanjang tahun 2019 adalah seperti yang berikut:

Penerimaan:

RM

Yuran masuk

58,400

Modal saham anggota

102,700

Caj destinasi pakej

7,231,773

Jumlah penerimaan

7,392,873

 

 

Pembayaran:

 

Bekalan pejabat

44,050

Peralatan pejabat

75,900

Kos pakej percutian

5,881,474

Belanja utiliti

15,908

Sewa pejabat

28,000

Gaji pekerja

59,500

Bayaran pemandu pelancong

951,300

Jumlah pembayaran

7,056,132

Maklumat Tambahan:

(1) Pembayaran sewa pejabat sebanyak RM 28,000 adalah termasuk deposit sewa pejabat bagi tempoh dua bulan. Kadar sewa pejabat itu adalah sebanyak RM 2,000 sebulan.

(2) Pembayaran bagi belanja utiliti adalah termasuk deposit utiliti sebanyak RM 1,000.

(3) Belanja susut nilai bagi peralatan pejabat diperuntukkan pada kadar 10% setahun.

(4) Baki bekalan pejabat pada 31 Disember 2019 ialah RM 28,400.

(5) Dividen 10% dicadangkan atas modal saham anggota.

(6) Peruntukan kepada tabung kebajikan anggota dan honorarium bagi Lembaga Pengarah ialah 10%.

(7) Cadangan peruntukan kepada kumpulan wang rizab berkanun, wang amanah pendidikan, dan wang amanah pembangunan masing-masing ialah 12%,2%, dan 1%.

Dikehendaki:

Sediakan bagi Koperasi Ceria Berhad,

(a) penyata pendapatan dan pembahagian keuntungan bagi tahun berakhir 31 Disember 2019. [13 markah]

(b) petikan bahagian liabiliti dan ekuiti dalam penyata kedudukan kewangan pada 31 Disember 2019. [5 markah]

SOALAN 4:

(a) 

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan catatan tunggal? [1 markah]

(ii) Adakah laporan kewangan daripada catatan tunggal sah untuk diterima pakai? [1 markah]

(b) Berikan tiga sebab mengapa rekod tidak lengkap boleh wujud. [3 markah]

(c) Puan June Tan memulakan perniagaan pakaian pada 1 Januari 2019 di Lembah Klang.

Maklumat berkaitan aset dan liabiliti bagi Perniagaan June Tan pada 1 Januari 2020 adalah seperti yang berikut:

Butiran

RM

Tunai

100,000

Akaun belum terima

20,000

Inventori

15,000

Peralatan

10,000

Mesin

17,000

Akaun belum bayar

8,000

Rekod Perniagaan June Tan adalah tidak lengkap. Pada 30 Jun 2020, maklumat yang berkaitan dengan aset dan liabiliti bagi Perniagaan June Tan adalah seperti yang berikut:

Butiran

RM

Tunai

90,000

Akaun belum terima

35,000

Inventori

10,000

Peralatan

13,000

Mesin

20,000

Kenderaan

50,000

Akaun belum bayar

25,000

Belanja belum bayar

11,000

Selain daripada maklumat di atas, Puan June Tan telah membuat ambilan tunai sebanyak RM 2,000 dalam tempoh enam bulan tersebut, dan beliau juga telah membawa masuk kenderaan persendirian bernilai RM 50,000 dalam perniagaannya.

Dikehendaki:

(i) Tentukan sama ada Perniagaan June Tan mendapat keuntungan atau mengalami kerugian bagi setengah tahun berakhir 30 Jun 2020, dengan menggunakan kaedah perbandingan. [10 markah]

(ii) Berdasarkan maklumat berkaitan akaun belum terima di atas dan maklumat yang berikut, jumlah jualan Perniagaan June Tan bagi setengah tahun berakhir 30 Jun 2020:

(1) Jumlah bayaran yang diterima daripada penghutang ialah RM 25,000. [1 markah]

(2) Pulangan barangan yang diterima daripada pelanggan ialah RM 1,000. [1 markah]

(3) Diskaun diberi kepada pelanggan ialah RM 1,500. [1 markah]

(4) Hutang lapuk dihapus kira ialah RM 200. [1 markah]

(5) Jumlah jualan tunai dari 1 Januari sehingga 30 Jun 2020 ialah RM 12,000. [1 markah]

SOALAN 5:

(a) Nyatakan empat prinsip kawalan dalaman fizikal yang boleh dilaksanakan. [2 markah]

(b) Perniagaan Kilauan Permata adalah pembekal aksesori wanita yang beroperasi mulai jam 11:00 pagi hingga 9:00 malam, setiap hari Isnin hingga Sabtu. Pekerja Perniagaan Kilauan Permata bertugas dalam dua syif. Setiap syif terdiri daripada seorang penyelia dan empat orang pembantu. Prosedur berikut diamalkan bagi penerimaan tunai:

(1) Semua penerimaan tunai didaftarkan dan disimpan dalam mesin daftar tunai.

(2) Pada setiap syif semua pembantu yang bertugas boleh menggunakan mesin daftar tunai.

(3) Pada penghujung setiap syif penyelia akan mengira tunai dalam mesin daftar tunai dan membandingkan jumlah tunai dengan rekod dalam mesin daftar tunai.

(4) Setiap hari kerani akaun akan mengira jumlah tunai yang diterima, mendepositkan tunai yang diterima ke bank, dan kemudian merekod amaun tunai yang dibankkan.

Dikehendaki:

(i) Bagi setiap prosedur yang diamalkan di atas, jelaskan sama ada prinsip kawalan dalaman telah dipatuhi atau tidak dipatuhi. [5 markah]

(ii) Cadangkan langkah yang perlu diambil oleh Perniagaan Kilauan Permata bagi mengatasi ketidakpatuhan kawalan dalaman di (b)(i) di atas. [3 markah]

(c) Penyata kedudukan kewangan Perniagaan Herba Asli adalah seperti yang berikut:

Dikehendaki:

(i) Huraikan empat kesilapan yang terdapat pada Penyata Kedudukan Kewangan Perniagaan Herba Asli. [4 markah]

(ii) Sediakan penyata kedudukan kewangan yang betul bagi Perniagaan Herba Asli. [6 markah]

考试题目和解答思路:

STPM 2022 - Google Drive

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!



💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1