EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2014 ULANGAN SEM 3 / PENGGAL 3 - 1

 

你们好呀,Tina 今天要聊的是 Ekonomi Sem 3 2014 Ulangan 年的考试题目和解答思路。

PART 1 是关于 Ekonomi Soalan Esei, PART 2 是关于 Ekonomi Soalan Kuantitatif !

最后我会附上PDF给大家,大家可以自行下载哦!(仅供参考哦!)

废话不多说,请看:

SOALAN 1:

    (a)   Apakah maksud upah minimum dan mengapakah kadar upah minimum ini diperlukan? [2 markah]

Maksud upah minimum adalah bayaran atau ganjaran gaji bulanan atau harian yang paling rendah yang diterima oleh seseorang pekerja atau yang dibayar oleh seseorang majikan.


Upah minimum diperlukan kerana:

- Dapat memenuhi keperluan asas kehidupan.

- Dapat melepasi pendapatan garis kemiskinan.

    (b)   Terangkan sebab upah minimum berbeza mengikut:

    (i)  Wilayah [2 markah]

Semenanjung Malaysia lebih tinggi kos sara hidup berbanding dengan Sabah dan Sarawak.

    (ii) Sektor ekonomi [2 markah]

  Sektor pembuatan produktiviti tinggi, jadi mampu bayar upah lebih tinggi berbanding dengan sektor pertanian.


SOALAN 2:

Jelaskan tiga kesan negatif dasar belanjawan kurangan kepada negara. [6 markah]

a) Peningkatan beban hutang kerajaan Persekutuan.

Ini menunjukkan perbelanjaan melebihi hasil, maka negara perlu berhutang.


b) Peningkatan harga umum / Inflasi berlaku.

Permintaan agregat (AD) meningkat, maka tingkat harga umum barang dan perkhidmatan meningkat.


c) Penurunan nilai mata wang tempatan.

Aliran keluar wang yang semakin meningkat, maka nilai mata wang menurun.


SOALAN 3:

Jelaskan tiga jenis inflasi di Malaysia. [6 markah]

a. Inflasi tolakan kos

Inflasi tolakan kos berlaku disebabkan peningkatan kos pengeluaran firma iaitu kesan daripada kenaikan tingkat upah pekerja, harga input dan harga bahan api. Kenaikan kos pengeluaran menyebabkan firma meningkatkan harga barangan.


b. Inflasi tarikan permintaan

Inflasi tarikan permintaan berlaku apabila permintaan agregat melebihi penawaran agregat dalam ekonomi yang telah mencapai guna tenaga penuh. Lebihan permintaan agregat menyebabkan tingkat harga meningkat.


c. Inflasi diimport

Inflasi diimport berlaku disebabkan kenaikan harga barangan yang diimport dan penurunan nilai mata wang tempatan. Kesannya, harga barangan import yang dijual di dalam negara akan meningkat.


SOALAN 4:

Terangkan kesan kenaikan nilai Ringgit Malaysia terhadap:

    (a)    Imbangan dagangan [2 markah]

   Apabila nilai Ringgit Malaysia meningkat, harga eksport secara relatif lebih mahal dan harga import lebih murah. Kesannya, imbangan pembayaran berkurang (semakin buruk), eksport turun dan import naik (eksport besih negatif).

    (b)    Aliran masuk modal [2 markah]

       Apabila nilai Ringgit Malaysia meningkat, aliran masuk modal asing menurun. Maka, kos pelaburan di Malaysia bertambah, pelabur asing menurunkan pelaburan.

    (c)    Hutang negara [2 markah]

   Apabila nilai Ringgit Malaysia naik nilai, hutang negara menjadi semakin rendah. Maka, nilai hutang sektor swasta dan sektor awam meningkat kerana pembayaran hurang berdasarkan kadar pertukaran semasa.


SOALAN 5:

Jelaskan dua peranan agensi kerajaan yang berikut untuk membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) berkembang:

    (a)    Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) [2 markah]

   FAMA menyediakan kemudahan logistik atau tapak pasar tani bagi membolehkan pengusaha PKS menjual terus produk mereka kepada pengguna. Dengan cara ini, eksploitasi orang tengah dapat dielakkan. FAMA turut menyediakan khidmat nasihat berkaitan dengan pemasaran produk.

    (b)    Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) [2 markah]

   SMIDEC berfungsi sebagai pusat maklumat dan rujukan setempat bagi membantu pengusaha PKS mendapatkan maklumat mengenai semua program pembangunan dan program bantuan yang disediakan oleh pelbagai kementerian dan agensi kerajaan. SMIDEC turut bekerjasama dengan MATRADE bagi memberi khidmat nasihat berkaitan dengan aspek pemasaran dalam negara dan luar negara kepada pengusaha PKS.

    (c)    Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) [2 markah]

   MARDI memberi khidmat nasihat berkaitan dengan teknologi pemprosesan dan peningkatan kualiti kepada pengusaha PKS. MARDI juga memberi khidmat nasihat dan latihan berkaitan dengan pemindahan teknologi supaya produknya yang dikeluarkan mampu bersaing dalam pasaran global.


SOALAN 6:

Jelaskan tiga perbezaan antara bank perdagangan dengan syarikat kewangan. [6 markah]

a) Deposit semasa

Bank perdagangan menerima deposit semasa daripada pelanggan, tetapi syarikat kewangan tidak menyediakan perkhidmatan deposit semasa.


b) Kadar faedah

Bank perdagangan menawarkan kadar faedah yang lebih rendah atas deposit tetap dan deposit tabungan berbanding dengan syarikat kewangan.


c) Pinjaman

Bank perdagangan menyediakan kemudahan overdraf untuk pemegang akaun deposit semasa, tetapi syarikat kewangan tidak menyediakan kemudahan overdraf disebabkan ketiadaan perkhidmatan deposit semasa.


d) Kemudahan pembayaran

Bank perdagangan menyediakan kemudahan pembayaran seperti perintah sedia ada, pindahan kredit dan draf bank manakala syarikat kewangan tidak menyediakan kemudahan ini.

考试题目和解答思路:

STPM 2014 ULANGAN - Google Drive

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1