EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2016 SEM 3 / PENGGAL 3 - 2


我来填坑啦!!!

这次是 Ekonomi Sem 3 2016 年的考试题目和解答思路。

这是 PART 2 的 Soalan Kuantitatif 哦!不要看错哦!

还没有看过 PART 1 的 Soalan Esei 请点这里:

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2016 SEM 3 / PENGGAL 3 - 1 (scorpion050832.blogspot.com)

老规矩,PDF 在下方,自行下载吧!(仅供参考哦!)

SOALAN 7:

Jadual di bawah menunjukkan cukai langsung, cukai tak langsung, dan hasil bukan cukai pada tahun 2012 dan tahun 2013.

Tahun

Cukai Langsung

(RM juta)

Cukai Tak Langsung

(RM juta)

Hasil Bukan Cukai

(RM juta)

2012

116,937

34,706

56,270

2013

163,506

36,486

56,916

(Sumber: Laporan Ekonomi 2013/2014)

(a)   Nyatakan dua contoh cukai tak langsung. [2 markah]

Dua contoh cukai tak langsung:

• Duti import.

• Cukai perkhidmatan.

• Cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

(b)   Hitung jumlah hasil kerajaan pada tahun 2012 dan tahun 2013. [3 markah]

Tahun

Jumlah Hasil Kerajaan (RM juta)

2012

116,937 + 34,706 + 56,270 = 207,913

2013

163,506 + 36,486 + 56,916 = 256,908

(c)   (i)   Hitung peratus sumbangan cukai langsung, cukai tak langsung, dan hasil bukan cukai kepada jumlah hasil kerajaan pada tahun 2013. [4 markah]

Peratus sumbangan cukai langsung = 163,506 / 256,908 x 100 = 63.64%

Peratus sumbangan cukai tak langsung = 36,486 / 256,908 x 100 = 14.21%

Peratus sumbangan hasil bukan cukai = 56,916 / 256,908 x 100 = 22.15%

(ii)  Berdasarkan jawapan pada (c)(i), rumuskan sumbangan cukai-cukai tersebut kepada jumlah hasil kerajaan. [1 markah]  

Sumbangan cukai langsung lebih tinggi berbanding dengan sumbangan cukai langsung dan sumbangan hasil bukan cukai.


SOALAN 8:

Jadual di bawah menunjukkan data eksport dan import bagi barangan dan perkhidmatan serta Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia dari tahun 2013 hingga tahun 2015.

Butiran

RM juta

Tahun 2013

Tahun 2014

Tahun 2015

Eksport barangan dan perkhidmatan

649,978

391,003

408,446

Import barangan dan perkhidmatan

530,325

320,635

350,543

Jumlah KDNK

674,946

709,261

743,543

 (a)   (i)   Hitung kadar pertumbuhan eksport barangan dan perkhidmatan dan kadar pertumbuhan import barangan dan perkhidmatan pada tahun 2014 dan tahun 2015. [5 markah] 

(ii)  Berdasarkan jawapan pada (a)(i), terangkan arah aliran kadar pertumbuhan eksport dan arah aliran kadar pertumbuhan import barangan dan perkhidmatan. [1 markah]

Arah aliran kadar pertumbuhan eksport meningkat daripada -39.84% kepada 4.46% dari tahun 2014 hingga tahun 2015.

Arah aliran kadar pertumbuhan import menurun daripada 5.08% kepada 4.83% dari tahun 2014 hingga tahun 2015.

(b)   Berdasarkan nilai eksport dan nilai import barangan dan perkhidmatan, hitung darjah keterbukaan ekonomi negara pada tahun 2013, tahun 2014, dan tahun 2015. [4 markah]

Tahun

Darjah Keterbukaan Ekonomi

2013

(649,978 + 530,325) / 674,946 = 1.75

2014

(391,003 + 320,635) / 709,261 = 1.00

2015

(408,446 + 350,543) / 743,543 = 1.02

考试题目和解答思路:

STPM 2016 - Google Drive

                                    好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!

💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

                                                               重要的事情说三次!!! 

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1