EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 3 / PENGGAL 3 - 1

Halo Halo 啊,Tina 又要更新啦~

今天要分享 Ekonomi Sem 3 2021 年的考试题目和解答思路。

PART 1 是关于 Ekonomi Soalan Esei, PART 2 是关于 Ekonomi Soalan Kuantitatif !

最后我会附上PDF给大家,大家可以自行下载哦!(仅供参考哦!)

SOALAN 1:

Terangkan kesan pengangguran terhadap aspek yang berikut:

(a)   Keluaran negara [3 markah]

- Pengangguran menyebabkan tenaga buruh tidak digunakan dengan sepenuhnya.

- Kesannya, keluaran negara berkurang kerana daya pengeluaran tidak mencapai tingkat maksimum.

(b)   Taraf hidup masyarakat [3 markah]

- Pengangguran menyebabkan masyarakat hilang sumber pendapatan.

- Lantaran itu, pendapatan per kapita jatuh dan kuasa beli turut merosot.


SOALAN 2:

Terangkan kesan inflasi terhadap golongan yang berikut:

(a)   Peniaga [2 markah]

Inflasi mendatangkan kebaikan kepada para peniaga kerana kenaikan harga barangan akan menambahkan keuntungan mereka.

(b)   Pemilik harta tetap [2 markah]

- Inflasi akan memberi kesan positif kepada pemilik harta tetap.

- Nilai harta tetap seperti kedai dan rumah akan meningkat serta seterusnya akan meningkatkan keuntungan kepada pemilik harta tetap.

(c)   Pemiutang [2 markah]

- Inflasi akan merugikan golongan pemiutang.

- Ini kerana nilai wang benar yang diterima daripada penghutang lebih kecil daripada nilai mata wang pinjaman yang diberikan.


SOALAN 3:

Terangkan tiga kesan positif perdagangan antarabangsa kepada sektor isi rumah. [6 markah]

a. Memperoleh barangan yang tidak dikeluarkan dalam negara

- Perdagangan antarabangsa membolehkan sesebuah negara mengimport barangan yang tidak dapat dikeluarkan akibat perbezaan sumber semulajadi seperti iklim.

Oleh itu, isi rumah dapat membeli dan menikmati barangan yang dikeluarkan oleh negara lain.


b. Mempelbagai pilihan pengguna / Memperluas pilihan pengguna

Perdagangan antarabangsa membolehkan isi rumah mempunyai banyak pilihan barangan untuk memenuhi keperluan mereka.


c. Memperoleh barangan dengan harga yang lebih murah

Perdagangan antarabangsa membolehkan sesebuah negara menjalankan pengkhususan.

Oleh itu, negara dapat mengeluarkan barang dengan kos relatif yang lebih murah.

Lantaran itu, isi rumah boleh menggunakan barang dari luar negara dengan harga yang lebih murah.


SOALAN 4:

Perusahaan ini mempunyai nilai jualan tahunan tidak melebihi RM 25 juta dan mempunyai bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang.

    (a)   Berdasarkan pernyataan di atas,

i.  Apakah jenis perusahaan di atas? [1 markah]

Jenis perusahaan di atas merupakan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

ii. Nyatakan tiga ciri perusahaan tersebut. [3 markah]  

- Teknik pengeluaran lebih berintensifkan buruh.

Struktur organisasinya mudah, berskala kecil dan tidak formal.

Lokasi PKS lebih bertumpu di kawasan luar bandar.

  (b) Bagaimanakah masalah mendapatkan modal mengekang perkembangan perusahaan tersebut? [2 markah] 

- PKS sukar mendapatkan pinjaman bank kerana syarat pinjaman bank yang ketat seperti keperluan cagaran.

- Ini menyebabkan PKS kekurangan modal untuk mengembangkan perusahaannya.


SOALAN 5:

Jelaskan secara ringkas peranan agensi pemberi kredit yang berikut:

    (a)   Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) [1 markah]

   Peranan AIM sebagai agensi pemberi kredit ialah memberikan bantuan modal kepada pengusaha daripada golongan miskin dan berpendapatan rendah.

    (b)   Syarikat Ar-Rahnu [1 markah]

     Syarikat Ar-Rahnu berperanan memberikan pinjaman jangka pendek berdasarkan nilai gadaian emas berdasarkan prinsip Islam.

    (c)   Koperasi [1 markah]

      Koperasi berperanan memberi kemudahan pinjaman kepada ahlinya.

    (d)   Pemberi Pinjaman Wang Berlesen [1 markah]

      Pemberi Pinjaman Wang Berlesen memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan pinjaman dengan cara yang sah dan mudah.

    (e)   Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) [1 markah]

      TEKUN berperanan memberi bantuan kredit makro dan khidmat nasihat untuk memulakan perniagaan.

    (f)    Syarikat Takaful [1 markah]

      Syarikat Takaful memberi perlindungan insurans secara Islam ke atas risiko yang diinsuranskan.


SOALAN 6:

Pada tahun 2018, pendapatan kasar bulanan purata isi rumah di negara X ialah RM 4,715 manakala pendapatan kasar bulanan purata isi rumah di negeri Y ialah RM 9,252. Data ini menunjukkan pendapatan kasar bulanan purata isi rumah di negeri X lebih rendah berbanding dengan pendapatan kasar bulanan purata isi rumah di negeri Y.

    (a)   (i) Nyatakan jenis kemiskinan yang digambarkan dalam situasi di atas. [1 markah]

          Kemiskinan relatif.

   (ii) Berdasarkan jawapan anda di (a)(i), takrifkan jenis kemiskinan tersebut. [1 markah]

  Kemiskinan relatif mengukur tahap kemiskinan berdasarkan perbezaan pendapatan antara negeri.

   (b)   Jelaskan dua punca yang menyebabkan pendapatan kasar bulanan purata isi rumah di negeri X lebih rendah berbanding dengan pendapatan kasar bulanan purata isi rumah di negeri Y. [4 markah]

- Kesannya, produktiviti yang rendah menyebabkan pendapatan isi rumah lebih rendah berbanding dengan isi rumah di negeri Y.

- Isi rumah di negeri X mempunyai akses pasaran yang terhad disebabkan oleh kekurangan infrastruktur dengan penduduk di negeri Y.

考试题目和解答思路:

STPM 2021 - Google Drive

                              好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!

💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!


此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1