EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2016 SEM 3 / PENGGAL 3 - 1

Halo吖,是 Tina 酱~

今天是 Ekonomi Sem 3 2016 年的考试题目和解答思路。

PART 1 是关于 Ekonomi Soalan Esei, PART 2 是关于 Ekonomi Soalan Kuantitatif !

最后我会附上PDF给大家,大家可以自行下载哦!(仅供参考哦!)

请看:

SOALAN 1:

Nyatakan enam jenis pengangguran. [6 markah]

a) Pengangguran geseran

b) Pengangguran tak ketara / tersembunyi

c) Pengangguran bermusim

d) Pengangguran teknologi

e) Pengangguran kitaran

f) Pengangguran struktur


SOALAN 2:

Terangkan tiga kesan negatif inflasi terhadap ekonomi isi rumah. [6 markah]

a.) Kuasa beli menurun

Apabila inflasi berlaku, pendapatan benar isi rumah akan menurun. Ini menyebabkan kuasa beli isi rumah terhadap sesuatu barang atau perkhidmatan turut merosot.


b.) Taraf hidup menurun

Apabila inflasi berlaku, kuasa beli isi rumah terhadap sesuatu barangan akan menurun. Dengan jumlah wang atau pendapatan yang sama, kuantiti barangan yang diperoleh semakin berkurang.


c.) Tabungan berkurangan

Apabila inflasi berlaku, faedah benar atas tabungan yang dapat dinikmati oleh isi rumah akan berkurang. Kesannya, isi rumah akan mengeluarkan wang tabungan mereka.


d.) Kos sara hidup isi rumah meningkat

Kos perbelanjaan untuk makanan, pakaian, dan keperluan asas yang lain semakin tinggi akibat kenaikan tingkat harga semasa inflasi.


SOALAN 3:

Terangkan tiga kesan positif perdagangan antarabangsa kepada pengguna domestik. [6 markah]

a) Menikmati barangan yang tidak dikeluarkan dalam negara.

Perbezaan iklim dan sumber semulajadi akan menyebabkan barang yang dikeluarkan berbeza. Barang yang tidak dapat dikeluarkan oleh sesebuah negara dapat diimport.


b) Memperoleh barang dengan harga yang lebih murah / Harga barangan lebih murah.

Ini kerana pengkhususan dalam pengeluaran barang tertentu oleh sesebuah negara menyebabkan kos pengeluaran lebih rendah. Maka, barang import menjadi lebih murah.


c) Meningkatkan peluang pekerjaan.

Aktiviti perdagangan antarabangsa akan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan kepada buruh tempatan. Sebagai contoh, di sektor perhotelan dan pengangkutan.


SOALAN 4:

Jelaskan unit perniagaan yang berikut dari aspek pemilikan dan modal:

    (a)   Pemilikan tunggal [2 markah]

- Dari segi pemilikan, dimiliki oleh seorang pemilik tunggal.

- Dari segi modal, disumbangkan oleh pemilik sendiri.


    (b)   Syarikat Sendirian Berhad [2 markah]

- Syarikat ini terdiri antara minimum 2 orang hingga 50 orang ahli atau pemegang saham.

- Modal yang disumbangkan oleh pemegang saham melalui terbitan saham.


    (c)   Syarikat Awam Berhad [2 markah]

- Syarikat tersebut terdiri daripada minimum 2 orang ahli dan tiada had maksimum.

- Modal yang dikumpulkan melalui penjualan saham dan bon atau debentur kepada orang ramai.


SOALAN 5:

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) menghadapi masalah untuk mendapatkan pembiayaan kredit daripada institusi kewangan. Terangkan tiga masalah PKS untuk mendapatkan pembiayaan tersebut. [6 markah]

a) Masalah cagaran

Sebilangan bakal peminjam sukar untuk menyediakan cagaran yang boleh diterima oleh pemberi pinjaman kerana mereka tidak mempunyai aset bernilai yang mencukupi.


b) Masalah penyediaan kertas kerja

Kebanyakan pemohon pinjaman tidak dapat menyediakan kertas kerja yang lengkap seperti yang dikehendaki oleh pihak pemberi kredit terutamanya tentangg unjuran kedudukan kewangan pada masa hadapan.


c) Masalah membayar balik kredit

Membuat pinjaman yang lebih ketat terhadap kemampuan seseorang atau organisasi membayar balik pinjaman yang dibuat.


SOALAN 6:

Terangkan tiga dasar kerajaan untuk membasmi kemiskinan. [6 markah]

i. Dasar Ekonomi Baru

- Dasar ini bertujuan membasmi kemiskinan melalui peningkatan pendapatan dan menambah peluang pekerjaan tanpa mengira kaum.

Kerajaan meningkatkan kemudahan infrastruktur, kesihatan, latihan, dan pelajaran serta peningkatan taraf dan kualiti hidup.


ii. Dasar Pendidikan Negara

Rakyat dididik supaya mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh sektor swasta.


iii. Dasar Wawasan Negara

Matlamat untuk membasmi kemiskinan relatif, strata, dan etnik.

Tumpuan kepada kelompok kecil yang terpencil atau golongan minoriti orang asli, kumpulan minoriti di Sabah dan Sarawak.


iv. Dasar Pembangunan Nasional

Melalui mempertingkat latihan kemahiran kepada belia-belia luar bandar melalui bantuan subsidi dan khidmat nasihat.

- Bantuan subsidi kepada golongan petani dan nelayan supaya dapat mempertingkatkan produktiviti dan seterusnya mampu menambahkan pendapatan.

考试题目和解答思路:

STPM 2016 - Google Drive

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!



💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1