EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2014 ULANGAN SEM 3 / PENGGAL 3 - 2


又是我吖!没错,我今天要分享的是 Ekonomi Sem 3 2014 Ulangan 年的 PART 2 的 Soalan Kuantitatif 哦!

还没有看过 PART 1 的 Soalan Esei 请点这里:

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2014 ULANGAN SEM 3 / PENGGAL 3 - 1 (scorpion050832.blogspot.com)

老规矩,PDF 在下方哦!(仅供参考哦!)

SOALAN 7:

Jadual di bawah menunjukkan jumlah guna tenaga dalam sektor pembuatan mengikut industri di Malaysia bagi tahun 2000, tahun 2005, dan tahun 2010.

Jenis Industri

Bilangan (‘000 orang)

Tahun 2000

Tahun 2005

Tahun 2010

Berasaskan sumber

1,186.6

1,423.7

1,703.4

Bukan berasaskan sumber

1,319.4

1,628.3

1,798.3

Lain-lain

61.9

80.0

93.0

Jumlah

2,567.6

3,132.0

3,594.7

(Sumber: Rancangan Malaysia Ke-9)

(a) (i)  Terangkan maksud industri berasaskan sumber dan industri bukan berasaskan sumber. [2 markah]

Maksud industri berasaskan sumber adalah sebuah industri yang menggunakan sumber bahan mentah. Maksud industri bukan berasaskan sumber adalah sebuah industri yang menggunakan barang separuh siap.

   (ii)  Nyatakan dua contoh industri pembuatan yang berasaskan sumber dan industri pembuatan yang bukan berasaskan sumber. [2 markah]

Dua contoh industri pembuatan yang berasaskan sumber:

- Getah.

- Kelapa sawit.

Industri berasaskan sumber yang lebih tinggi peratus guna tenaganya berbanding dengan Industri bukan berasaskan sumber.

Dua contoh industri pembuatan yang bukan berasaskan sumber:

- Mesin.

- Elektrik.

(b) (i) Hitung peratus guna tenaga bagi industri berasaskan sumber dan industri bukan berasaskan sumber bagi tahun 2000, tahun 2005, dan tahun 2010. [3 markah]

Tahun

Industri Berasaskan Sumber

Industri Bukan Berasaskan Sumber

2000

1,186.6 / 2,567.6 x 100 = 46.21%

1,319.4 / 2,567.6 x 100 = 51.39%

2005

1,423.7 / 3,132.0 x 100 = 45.45%

1,628.3 / 3,132.0 x 100 = 51.99%

2010

1,703.4 / 3,594.7 x 100 = 47.39%

1,798.3 / 3,594.7 x 100 = 50.03%


(ii)  Nyatakan jenis industri yang lebih tinggi peratus guna tenaganya. [1 markah]

      Industri berasaskan sumber yang lebih tinggi peratus guna tenaganya berbanding dengan Industri bukan berasaskan sumber.

(iii) Berdasarkan (b)(i), jelaskan arah aliran peratus guna tenaga bagi industri berasaskan sumber dan  industri bukan berasaskan sumber dari tahun 2000 hingga tahun 2010. [2 markah]

      Arah aliran peratus guna tenaga bagi industri berasaskan sumber menurun dari tahun 2000 hingga tahun 2005 iaitu 46.21% kepada 45.45% dan meningkat pada tahun 2010 daripada 45.45% ke 47.39%. Manakala, arah aliran peratus guna tenaga bagi industri bukan berasaskan sumber meningkat daripada 51.39% kepada 51.99% dari tahun 2000 hingga tahun 2005 tetapi pada tahun 2010 menurun iaitu 51.99% ke 50.03%.


SOALAN 8:

Jadual di bawah menunjukkan indeks harga pengguna, indeks harga pengeluar, dan pendapatan kasar isi rumah di Malaysia.

Tahun

Indeks Harga Pengguna

(2005 = 100)

Indeks Harga Pengeluar

(2005 = 100)

Pendapatan Kasar Isi Rumah (RM / bulan)

2006

103.6

103.8

-

2007

105.7

111.2

3,686

2008

111.4

125.8

-

2009

112.1

112.2

4,025

2010

114.0

120.9

-

(Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011)

(a)    (i)   Hitung kadar inflasi negara berdasarkan indeks harga pengeluar dari tahun 2007 hingga tahun 2009. [2 markah]

 (ii)  Berdasarkan (a)(i) , nyatakan arah aliran kadar inflasi tersebut. [1 markah]

Arah aliran kadar inflasi meningkat dari tahun 2007 hingga tahun 2008 daripada 7.13% ke 13.13% tetapi menurun dari tahun 2008 hingga tahun 2009 daripada 13.13% ke -10.81%.

 (iii) Berikan dua alasan kadar inflasi tinggi dari tahun 2007 hingga tahun 2009. [2 markah]

Dua alasan kadar inflasi tinggi:

- Kenaikan harga petroleum dunia.

- Kenaikan harga bahan mentah makanan seperti minyak masak.

(b)    (i)   Hitung kadar inflasi negara berdasarkan indeks harga pengguna dan indeks harga pengeluar pada tahun 2010. [2 markah]

Indeks Harga

Kadar Inflasi Pada Tahun 2010

Pengeluar

(120.9 112.2) / 112.2 x 100 = 7.75%

Pengguna

(114.0 112.1) / 112.1 x 100 = 1.69%

     (ii)  Berdasarkan (b)(i), berikan satu sebab terdapat perbezaan yang ketara dalam kadar inflasi berdasarkan kedua-dua indeks harga tersebut. [1 markah]

Satu sebab terdapat perbezaan yang ketara dalam kadar inflasi berdasarkan kedua-dua indeks harga tersebut:

❖ Untuk indeks harga pengguna adalah dikawal oleh kerajaan melalui pemberian subsidi.

❖ Untuk indeks harga pengeluar meningkat disebabkan kenaikan harga petroleum dunia dan ia tidak dikawal oleh kerajaan.

(c)    Hitung pendapatan benar isi rumah pada tahun 2007 dan tahun 2009. [2 markah]

Pendapatan benar isi rumah pada tahun 2007 = 100 / 105.7 x RM 3,686 = RM 3,487.23

Pendapatan benar isi rumah pada tahun 2009 = 100 / 112.1 x RM 4,025 = RM 3,590.54

考试题目和解答思路:

STPM 2014 ULANGAN - Google Drive

                                     好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!

💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

                                                               重要的事情说三次!!! 

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1