PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2014 SEM 3 / PENGGAL 3


今天的是 Akaun 的 Sem 3 2014年的考试题目和解答思路。

最后我会附上PDF给大家,大家可以自行下载哦!(仅供参考哦!)

废话不多说,请看:

SOALAN 1:

       (a) Perihalkan empat fungsi belanjawan yang dapat membantu pihak pengurusan mengurus perniagaan dengan berkesan. [4 markah]

        (b) Salun Cantik menjalankan perniagaan memberi perkhidmatan spa dan sauna. Maklumat yang berkaitan dengan kos perniagaan ini adalah seperti yang berikut:

 

Kos Tetap Sebulan

RM

Kos Berubah Bagi Setiap Pelanggan

RM

Bahan rawatan

 

35.00

Elektrik

1,500

2.50

Gaji dan upah

12,000

5.00

Sewa kedai

4,000

 

Susut nilai peralatan

6,000

 

Kos penyelenggaraan

3,000

1.20

Kos pentadbiran

4,000

0.50

Perniagaan ini menjangkakan dapat memberi perkhidmatan spa dan sauna kepada 1,500 orang pelanggan dalam bulan November 2013. Perniagaan ini akan mengenakan bayaran perkhidmatan spa dan sauna sebanyak RM 90.00 bagi setiap pelanggan.

Maklumat kewangan sebenar Salun Cantik bagi bulan November 2013 untuk 1,250 orang pelanggan adalah seperti yang berikut:

Butiran

RM

RM

Hasil perkhidmatan

 

112,500

Perbelanjaan:

 

 

   Bahan rawatan

45,070

 

   Elektrik

4,800

 

   Gaji dan upah

17,880

 

   Sewa kedai

4,000

 

   Susut nilai peralatan

6,000

 

   Kos penyelenggaraan

4,850

 

   Kos pentadbiran

5,250

 


Dikehendaki:

(i)       Sediakan belanjawan Salun Cantik bagi bulan November 2013. [4 markah]

(ii)   Sediakan laporan prestasi belanjawan fleksibel Salun Cantik bagi bulan November 2013. [10 markah]

(iii) Berdasarkan laporan prestasi belanjawan fleksibel pada (ii) di atas, sediakan dua cadangkan penambahbaikan untuk memperbaiki prestasi masa hadapan perniagaan tersebut. [2 markah]

SOALAN 2:

(a)   Apakah yang dimaksudkan dengan modal saham dibenarkan? [1 markah]

(b)   Nyatakan dua kelebihan pemegang saham keutamaan boleh tebus berbanding dengan pemegang saham biasa. [2 markah]

(c)   Syarikat Adam Berhad mempunyai modal saham berdaftar RM 7,750,000 yang terdiri daripada 2,500,000 unit saham biasa bernilai par RM 2.50 dan 500,000 unit saham keutamaan 10% pada nilai par RM 3.00 sesaham.

Aset bersih syarikat itu dibiayai oleh yang berikut:

Ekuiti dan Liabiliti

RM

250,000 modal saham keutamaan 10% nilai par RM 3.00 sesaham

750,000

800,000 modal saham biasa nilai par RM 2.50 sesaham

2,000,000

Rizab

380,000

Debentur 6%

300,000

 Maklumat Tambahan:

(1) Rizab terdiri daripada pendapatan tertahan yang berjumlah RM 290,000, manakala bakinya merupakan premium saham.

(2) Lembaga Pengarah telah mengambil keputusan untuk menyusun semula struktur modal syarikat. Bagi tujuan tersebut, terbitan hak pada kadar satu unit saham biasa yang baharu bagi setiap empat unit saham biasa yang dipegang telah diterbitkan pada harga RM 3.00 sesaham. Semua terbitan hak telah dilanggan dan dibayar sepenuhnya.

(3) Selain terbitan hak, syarikat juga telah melaksanakan terbitan bonus pada kadar lima unit saham baharu bagi setiap seratus unit saham biasa yang dipegang selepas terbitan hak. Terbitan bonus dilaksanakan dengan menggunakan rizab modal.

(4) Debentur 6% telah ditebus pada nilai par. Bayaran penuh berserta faedah telah dilangsaikan pada tarikh penebusan.

Dikehendaki:

(i)    Sediakan catatan jurnal bagi merekod semua urus niaga Syarikat Adam Berhad. [11 markah]

(ii) Sediakan bahagian ekuiti pemilik Syarikat Adam Berhad selepas mengambil kira semua urus niaga di atas. [6 markah]

SOALAN 3:

(a)   Jelaskan dua implikasi ke atas sesebuah syarikat yang tidak menyediakan penyata aliran tunai. [2 markah]

(b)   Nyatakan dua urus niaga yang tidak melibatkan aliran tunai tetapi memberikan kesan kepada perubahan aset, liabiliti, dan ekuiti.

(c)   Baki akaun Syarikat Marikh Berhad yang berakhir pada 30 Jun pada tahun 2012 dan tahun 2013 dilaporkan seperti yang berikut:

Butiran

2013

2012

RM

RM

Bank

70,340

30,800

Akaun belum terima

252,000

137,500

Inventori

72,500

91,300

Kilang dan peralatan

280,000

185,900

Akaun belum bayar

124,160

129,800

Cukai belum bayar

3,600

1,100

Dividen dicadangkan

17,150

13,200

Saham keutamaan 15%

128,000

110,000

Saham ekuiti, RM 1 sesaham

247,000

132,000

Pendapatan tertahan

154,930

59,400

Maklumat Tambahan:

(1)   Penyata pendapatan Syarikat Marikh Berhad bagi tempoh berakhir 30 Jun 2013 adalah seperti yang berikut:

Syarikat Marikh Berhad

Penyata Pendapatan Komprehensif (Penyata Pendapatan)

bagi tahun berakhir 30 Jun 2013

 

RM

RM

Jualan

 

850,000

Kos barang dijual

 

530,000

Untung kasar

 

320,000

Belanja operasi

164,460

 

Rugi jualan aset

5,500

169,960

Untung bersih sebelum cukai

 

150,040

Cukai

 

37,510

Untung bersih selepas cukai

 

112,530

Dividen dibayar

 

17,000

Pendapatan tertahan

 

95,530

(2)   Peralatan kilang pada nilai kos RM 42,000 dengan susut nilai terkumpul sebanyak
RM 16,800 telah dijual dalam tahun semasa.

(3)   Jumlah belanja susut nilai untuk tahun semasa bernilai RM 56,000.

Dikehendaki:

Sediakan penyata aliran tunai untuk Syarikat Marikh Berhad bagi tahun berakhir 30 Jun 2013 mengikut kaedah langsung.

考试题目和解答思路:

STPM 2014 - Google Drive

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!

💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1