PENGAJIAN AM - GOLONGAN RENTAN DAN PEMBAYARAN TANPA TUNAI
什么是弱势群体?
Golongan rentan merujuk kepada United Nation Electronic Government Development Index Survey (UNEG-DI), golongan rentan atau vulnerable groups yang terdiri daripada:
弱势群体是指联合国电子政府发展指数调查(UNEG-DI)中的弱势群体或由以下弱势群体组成的:
1. Wanita 妇女
2. Warga Emas 老人家
3. Orang Miskin 穷人
4. Belia 青少年
5. Pelarian atau Imigran 逃亡者或移民
6. Orang Kelainan Upaya atau Orang Kurang Upaya (OKU) 残疾人
什么是付款?
Pembayaran merujuk kepada kaedah pembayaran kepada perkhidmatan kerajaan secara elekronik dengan menggunakan mod bayaran tanpa tunai seperti kad kredit, kad debit, kad caj, kad prabayar, dan sebagainya melalui pelbagai saluran bayaran.
支付是指通过各种支付渠道,使用信用卡、借记卡、签账卡、预付卡等非现金支付方式,以电子方式支付政府服务费用的方式。
Contoh saluran bayaran adalah terminal kad pembayaran (POS), Automated Teller Machine (ATM), kios, perbankan Internet, pembayaran mudah alih, portal agensi, gerbang pembayaran kerajaan dan lain-lain.
支付渠道的示例包括支付卡终端 (POS)、自动取款机 (ATM)、信息亭、网上银行、移动支付、代理门户、皇家支付网关等。
无现金支付的七大优势
Kaedah pembayaran tanpa tunai lebih cepat dan menjimatkan masa.
无现金支付方式更快,更省时。
Tidak perlu beratur panjang serta tidak perlu menunggu giliran yang sangat lama untuk berurusan di kaunter pembayaran.
无需排长队,也无需在支付柜台排长队等待交易。
Lebih efisien memandangkan pengguna boleh membuat pembayaran pada bila-bila masa dan di mana sahaja mereka berada.
更高效,因为用户可以随时随地进行支付。
Meringankan beban pengguna apatah lagi bagi mereka yang sibuk dengan urusan kerja seharian.
减轻用户的负担,更不用说那些忙于日常工作的用户了。
Menjimatkan kos pengangkutan.
节省运输成本。
Dapat memantau rekod kewangan secara sistematik.
能够系统地监控财务记录。
Tidak perlu menanggung risiko membawa wang tunai dalam jumlah yang banyak kerana pembayaran dapat dilakukan terus menerusi platform perbankan pilihan pelanggan.
无需承担携带大量现金的风险,可直接通过客户选择的银行平台进行支付。
Lima Kaedah Bayaran Tanpa Tunai
五种无现金支付方式
Bagi anda yang belum pasti mengenai kaedah bayaran yang sesuai digunakan, berikut terdapat lima kaedah bayaran tanpa tunai yang popular seperti yang berikut:
对于那些不确定使用哪种适当付款方式的人,这里有五种流行的非现金付款方式,如下所示:
1. My Debit
Perkhidmatan pembayaran menggunakan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang membolehkan pelanggan membuat pembayaran atau pembelian dengan hanya memasukkan enam digit nombor pengenalan peribadi PIN atau kaedah tanpa sentuhan (wave) pada peranti Terminal Point-of-Sale (POS) menggunakan wang yang didebitkan daripada akaun bank pelanggan.
支付服务使用自动取款机 (ATM) 卡,客户只需在销售点 (POS) 终端设备上输入六位数个人识别码 PIN 或非接触式方法 (wave) 即可进行支付或购买使用从客户银行账户中扣除的款项。
2. JomPAY
Perkhidmatan yang membolehkan pelanggan membayar sebarang bil melalui Internet atau perbankan mudah alih dengan menggunakan wang dari akaun simpanan, akaun semasa, atau kad kredit.
允许客户使用储蓄账户、活期账户或信用卡中的资金通过互联网或手机银行支付任何账单的服务。
3. FPX
Perkhidmatan penyelesaian pembayaran dalam talian (online) yang membolehkan pelanggan membuat pembayaran untuk pembelian dalam talian melalui Internet atau perbankan mudah alih kepada pedagang yang mengambil bahagian dengan menggunakan wang dari akaun semasa dan akaun simpanan.
一种在线支付结算服务,允许客户使用活期账户和储蓄账户中的资金,通过互联网或手机银行向参与商户支付在线购物费用。
4. Direct Debit
Perkhidmatan yang membolehkan pelanggan membuat pembayaran bil berkala secara automatik terus daripada akaun bank dengan kebenaran pelanggan.
允许客户在客户许可的情况下直接从银行账户自动定期支付账单的服务。
5. Duit Now QR
Perkhidmatan yang membolehkan pelanggan membuat pembayaran menggunakan mana-mana aplikasi bank atau e-dompet yang mengambil bahagian dengan mengimbas kod Duit Now QR yang tersedia.
一项服务,允许客户通过扫描可用的 Duit Now 二维码使用任何参与的银行或电子钱包应用程序进行支付。
Jika ingin membuat sebarang transaksi di kaunter, anda boleh menggunakan kemudahan My Debit atau Duit Now QR.
如果您想在柜台进行任何交易,您可以使用 My Debit 或 Duit Now QR 工具。
Bagi perbankan dalam talian pula, anda boleh memanfaatkan perkhidmatan FPX, JomPAY, dan Direct Debit.
至于网上银行,您可以利用 FPX、JomPAY 和直接借记服务。
现在,我国的政府已经开始推行无现金支付的政策,我们可以通过以下的影片来证实:
同时,Duit Now QR 也是无现金支付的一种方式,可是却很少有人知道如何正确使用它,所以我也会在这里附上如何使用它的过程: