PENGAJIAN AM - LATIHAN SOALAN OBJEKTIF SEMESTER 1 / PENGGAL 1 - 4


大家好噢,我是 Tina 酱 ~

如标题所见,这篇文章是科目 Pengajian Am 的 Latihan Soalan Objektif,希望大家喜欢噢!

参考的答案我会加黑哦,注意噢!

请看下去:

SOALAN 1:

Yang manakah menjadikan Malaysia negara berdaulat?

I.      Penduduk yang berbilang kaum.

II.     Parti politik yang memimpin negara.

III.    Keupayaan mengawal hal ehwal dalam negara.

IV.    Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kestabilan negara.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

SOALAN 2:

Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Jemaah Pengampunan berkuasa untuk mengampunkan kesalahan-kesalahan yang dibicarakan di

A. Mahkamah Majistret Pulau Pinang.

B. Mahkamah Majistret Pahang.

C. Mahkamah Syariah Sarawak.

D. Mahkamah Sesyen Selangor.

SOALAN 3:

Yang manakah pernyataan yang benar tentang Dewan Rakyat?

A. Ketua Setiausaha Negara merupakan Setiausaha Dewan Rakyat.

B. Ahli Dewan Rakyat boleh mewakili dua kawasan Dewan Rakyat.

C. Yang di-Pertua Dewan Rakyat mesti dipilih dalam kalangan ahli Dewan Rakyat.

D. Rang undang-undang Perbekalan dikemukakan dan dimulakan di Dewan Rakyat.

SOALAN 4:

Antara berikut, yang manakah benar tentang seorang Perdana Menteri?

I.      Beliau ialah ketua kerajaan Malaysia.

II.     Beliau mestilah ahli Dewan Rakyat.

III.    Beliau merupakan pengerusi Majlis Keselamatan Negara.

IV.    Beliau berkuasa dalam menentukan gaji kakitangan awam.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

SOALAN 5:

¨  Meningkatkan daya saing Malaysia bagi mencapai matlamat Model Baru Ekonomi.

¨   Mengkormersialkan hasil penemuan penyelidikan dan pembangunan (R&D) oleh universiti dan institusi penyelidikan.

Pernyataan di atas berkaitan dengan fungsi

A. Unit Inovasi Khas.

B. Unit Perancang Ekonomi.

C. Unit Kerjasama Awam Swasta.

D. Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan.

SOALAN 6:

Antara mesyuarat berikut, yang manakah berperanan untuk menyelaraskan tadbir urus antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri?

I.      Mesyuarat Majlis Tanah Negara.

II.     Mesyuarat Majlis Perancangan Negara.

III.    Mesyuarat Setiausaha-Setiausaha Kementerian.

IV.    Mesyuarat Menteri-Menteri Besar atau Ketua Menteri.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

SOALAN 7:

Antara yang berikut, yang manakah benar tentang Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya? 

A. Pemecatan dilakukan oleh Perdana Menteri.

B. Seorang pegawai kanan dalam perkhidmatan awam.

C. Perlantikan dibuat selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

D. Saraan ditentukan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan.

SOALAN 8:

Yang manakah pernyataan yang benar tentang Ketua Audit Negara?

A. Saraannya ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong.

B. Pemilihannya adalah dalam kalangan ahli Parlimen.

C. Pelantikannya dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

D. Pemecatannya dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong atas syor tribunal.

SOALAN 9:

Yang manakah yang berkaitan dengan Senarai Persekutuan, Senarai Negeri, dan Senarai Bersama yang terdapat dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan?

 

Senarai Persekutuan

Senarai Negeri

Senarai Bersama

A.

Pekerjaan Profesional.

Rekod Purbakala dan Sejarah.

Ternakan binatang.

B.

Hari Kelepasan Am.

Syarikat Kerjasama.

Perikanan Laut Dalam.

C.

Pemeliharaan Warisan.

Menangkap ikan di sungai.

Keselamatan Sosial.

D.

Kebajikan Masyarakat.

Bekalan dan Perkhidmatan Air.

Kawalan terhadap musuh tanaman.

SOALAN 10:

Individu yang manakah yang layak mengundi secara pos dalam pilihan raya?

I.      Seseorang pegawai kedutaan Malaysia di Britain.

II.     Seseorang pengundi yang sedang melancong ke luar negara.

III.    Seseorang guru yang bertugas di pusat membuang undi pada hari mengundi.

IV.    Seseorang pengundi yang sedang menerima rawatan perubatan di negara asing.

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

SOALAN 11:

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang badan kehakiman?

A. Ketua pentadbir mahkamah-mahkamah di Malaysia ialah ketua pendaftar.

B. Hakim Mahkamah Sesyen memegang jawatan sehingga berusia 66 tahun.

C. Pesuruhjaya kehakiman tidak boleh memegang jawatan lebih daripada 2 penggal.

D. Badan kehakiman berperanan melaksanakan undang-undang yang digubal oleh badan perundangan.

SOALAN 12:

Yang manakah benar tentang kabinet dalam pentadbiran Malaysia?

A. Badan Eksekutif tertinggi negara.

B. Ahlinya dilantik oleh Perdana Menteri.

C. Dianggotai oleh Menteri-Menteri dan Ketua Setiausaha Negara.

D. Bertanggungjawab merancang dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan.

SOALAN 13:

Yang manakah benar tentang kuasa perundangan Dewan Undangan Negeri?

I.      Menggubal undang-undang bagi perkara yang tidak disebutkan dalam mana-mana senarai.

II.     Berkuasa untuk meminda undang-undang Persekutuan yang bercanggah dengan undang-undang Negeri.

III.    Menggubal undang-undang bagi perkara yang disebutkan dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama.

IV.    Berkuasa menolak sebarang rang undang-undang yang disebut dalam Senarai Negeri dan Senarai Persekutuan.

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

SOALAN 14:

Doktrin Pengasingan Kuasa diwujudkan dalam Sistem Kerajaan Malaysia bertujuan untuk

A. Mengelakkan monopoli kuasa pada sesebuah parti politik.

B. Mengelakkan pemusatan kuasa pada satu pihak berkuasa yang tertentu.

C. Pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.

D. Mengasingkan kuasa antara Yang di-Pertuan Agong dengan Badan Eksekutif.

SOALAN 15:

Yang manakah pernyataan yang benar tentang Ketua Setiausaha Negara?

A. Menjadi ahli Majlis Kewangan Negara.

B. Menjadi Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

C. Memegang jawatan setelah dilantik oleh Perdana Menteri.

D. Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Negara.

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1