PENGAJIAN PERNIAGAAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2013 SEM 3 / PENGGAL 3

大家好吖,这是 Pengajian Perniagaan 的 STPM S3 2013 年,仅供参考哦!


SOALAN 1:

Encik Ismail ialah seorang usahawan yang mengeluar dan menjual peralatan telekomunikasi. Huraikan tiga peranan Encik Ismail kepada masyarakat. [6 markah]

- Membuka peluang pekerjaan dengan menyediakan peluang menjadi pembekal, penjaga sektor, penyelia akaun, kerani, dan lain-lain.

- Sebagai ‘role model’ (teladan) kepada individu lain yang ingin menjadi usahawan dalam bidang yang sama.

- Mempelbagaikan pilihan produk telekomunikasi kepada masyarakat melalui penghasilan produk baru dan penambahbaikan produk sedia ada.

- Meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat dengan penambahbaikan prasarana. Sebagai contoh, mewujudkan peluang perniagaan kedai minuman dan makanan, laluan jalan yang baik dan sebagainya.

- Menjalankan tanggungjawab sosial seperti membuat majlis amal, derma dan lain-lain.

SOALAN 2:

Bagaimanakah keseluruhan ciri-ciri (i), (ii), dan (iii) di bawah, boleh membantu seseorang peniaga untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya? 

(i)   Lokus kawalan [2 markah]

Kepercayaan seseorang peniaga terhadap kemampuannya, menggunakan prinsip kawalan dalaman diri yang tinggi, mampu mengatasi sebarang pengaruh luaran dalam meneroka serta mempunyai keinginan yang lebih tinggi untuk mengembangkan produk yang sedang diniagakan.
 
(ii)  Bijak mengambil peluang [2 markah]

Seseorang peniaga mampu mengenal pasti ruang penambahbaikan daripada kekurangan produk sedia ada dan memandang jauh kehadapan dalam usaha mengenal pasti peluang-peluang yang boleh diterokai dalam memperkenalkan produk baharu, seterusnya mengambil tindakan daripada peluang tersebut untuk meningkatkan kemajuan dan penambahbaikan dalam produk yang sedia ada.
 
(iii) Kreatif dan inovatif [2 markah]

Seseorang peniaga mampu menghasilkan idea inovatif dengan menambahbaik produk sedia ada sama ada dari aspek kegunaan, spesifikasi dan kaedah serta idea kreatif dalam menghasilkan produk baharu, justeru menguasai pasaran dengan produk yang diperkenakan.

SOALAN 3:

Terangkan dua bentuk bantuan yang disediakan oleh kerajaan kepada usahawan. [4 markah]

- Bantuan kewangan.

Bantuan tersebut menyediakan bantuan kewangan untuk usahawan bumiputera seperti Skim Pinjaman MARA dan Skim Tabung Bantuan Teknikal Industri.

- Bantuan tapak kilang.

Bantuan ini menyediakan tapak kilang atau ruang niaga kepada usahawan. Contohnya, Arked MARA, bazar, rumah kedai, dan sebagainya.

SOALAN 4:

Huraikan dua kepentingan rancangan perniagaan sebuah syarikat pengeluaran biskut kepada pekerja syarikat. [4 markah]

- Mengawal operasi pengeluaran agar selari dengan perancangan yang ditetapkan daripada aspek penjadualan dan kualiti biskut yang dikeluarkan agar memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan.

- Garis panduan dalam menjalankan tugas dalam setiap proses pengeluaran biskut yang bermula daripada pemilihan bahan mentah seperti tepung, mentega, peralatan, pembuatan, pembungkusan, pelabelan, dan sebagainya.

- Pengeluaran biskut dilaksanakan secara efisien iaitu penggunaan sumber yang optimum dan efektif bagi mencapai matlamat yang dikongsi bersama.

SOALAN 5:

Terangkan tiga elemen dalam rancangan organisasi bagi pengilang pakaian. [6 markah]

- Senarai kakitangan pengurusan berserta gaji dan bilangannya serta status.

- Belanjawan pentadbiran yang merangkumi belanja pos, telefon, dan sebagainya.

- Imbuhan dan insentif yang akan diberikan kepada pekerja perniagaan membuat pakaian.

SOALAN 6:

Terangkan dua kepentingan perniagaan antarabangsa dalam ekonomi. [4 markah]

- Mempertingkatkan pengetahuan pengurusan atau kepakaran.

Menambah kemahiran pengurusan seperti pengurusan sumber manusia, pengurusan pelaburan,
pengurusan pasaran, dan lain-lain.

- Memperbaiki imbangan dagangan.

Peningkatan eksport dan pengurangan import dapat meningkatkan imbangan dagangan.

SOALAN 7:

Huraikan cabaran syarikat produk kosmetik tempatan yang mempunyai anak syarikat di Amerika Syarikat dari asepk:

(i)  Sosiobudaya [2 markah]

Cabaran pertama adalah perbezaan jenis kulit muka untuk kesesuaian kandungan kosmetik. Seterusnya, cabaran syarikat produk kosmetik tempatan adalah corak pembelian, ini mungkin pelanggan di Kesatuan Eropah mengutamakan produk berjenama dari kalangan negara anggota.

(ii) Politik dan perundangan [2 markah]

Cabaran syarikat produk kosmetik tempatan adalah kestabilan politik dan kecekapan pihak berkuasa. Selain itu, cabarannya yang lain dalam politik dan perundangan adalah kepenggunaan kuota, tarif, cukai yang tinggi bagi produk bukan negara Amerika Syarikat.

SOALAN 8:

Jelaskan dua peranan Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) kepada pengusaha produk kraf tangan Malaysia. [6 markah]

- Menemukan pengusaha produk kraf tangan Malaysia dengan pengimport dari luar negara menganjurkan perjumpaan antara penjual dengan pembeli.

- Menasihati kerajaan berkaitan perkara-perkara yang berkaitan dengan produk kraf tangan.

SOALAN 9:

Huraikan tiga kesan komitmen warga korporat terhadap persekitaran dalam jangka panjang. [6 markah]

- Menggunakan tenaga atau bahan secara optimum bagi mengelakkan pembaziran. Sebagai contoh, mengurangkan penggunaan tenaga dengan memastikan suis bila tidak digunakan.

- Memastikan persekitaran bebas dari sebarang masalah pencemaran seperti mengurangkan kesan gas rumah hijau.

SOALAN 10:

Terangkan dua hak pengguna untuk mendapatkan maklumat ketika membeli barangan elektrik. [4 markah]

- Pengguna perlu dimaklumkan cara untuk mengendalikan barangan tersebut dengan selamat.

- Pengguna diberitahu fakta-fakta yang diperlukan bagi membolehkan mereka membuat pilihan tepat.

SOALAN 11:

AirAsia: Tan Sri Tony Fernandes

    Pemilik syarikat penerbangan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes pernah bersekolah di England ketika beliau berusia 12 tahun. Pada ketika itu, beliau perlu menaiki bas ke sekolah secara bersendirian. Beliau pernah bertanya kepada ibunya sama ada beliau boleh pulang ke kampung semasa cuti penggal persekolahan atau tidak. Namun begitu, ibunya tidak membenarkannya kerana tiket kapal terbang terlalu mahal pada waktu itu. Dari saat itu, beliau berazam bahawa pada suatu hari nanti beliau ingin menubuhkan syarikat penerbangan tambang rendah.

    Semasa remaja, beliau seringkali mengikuti ibunya menaiki pesawat ke pelbagai destinasi, termasuk ke luar negara atas urusan perniagaan. Apabila dewasa, beliau menceburi bidang hiburan. Namun begitu, minat beliau terhadap perniagaan perdagangan tambang rendah semakin tinggi setelah melihat kejayaan syarikat tambang rendah England, iaitu Easylet. Bersama-sama dengan rakannya, Kamarudin, beliau berusaha untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan tambang rendah. Disebabkan ini merupakan idea beliau, pegangan ekuiti syarikat sebanyak 51 peratus menjadi miliknya dan selebihnya diberikan kepada Kamarudin. Seorang lagi rakan mereka, iaitu Aziz Bakar turut serta menjadi rakan kongsi. Disebabkan kekangan modal, mereka mencagarkan rumah mereka kepada bank untuk mendapatkan modal sebanyak RM 1 juta. Mereka memulakan perniagaan syarikat penerbangan tambang rendah dengan mengambil alih sebuah syarikat penerbangan yang bermasalah.

    Pada tahun 2001, Tan Sri Tony Fernandes dan rakan kongsinya mengambil alih Syarikat AirAsia daripada DRB Hicom pada harga RM 1 berserta hutang sebanyak RM 40 juta. Ketika itu, AirAsia mempunyai hanya dua buah kapal terbang Boeing 737 terpakai, terbang hanya ke satu destinasi, membawa 250,000 penumpang setahun dan mempunyai 250 orang pekerja. Selepas sembilan tahun beroperasi, AirAsia kini bernilai RM 4 billion, mencatat keuntungan sebanyak RM 549 juta, memiliki lebih 85 buah pesawat Airbus A230 dan A330, melakukan penerbangan melalui 130 laluan ke 70 destinasi di seluruh dunia, menerbangkan lebih 20 juta orang penumpang setahun, dan kini mempunyai lebih 8,000 orang pekerja di Malaysia, Thailand, dan Indonesia.

 Berdasarkan kes di atas:

(i)     Jelaskan bagaimana Tan Sri Tony Fernandes memulakan perniagaan penerbangan tambang rendah. [4 markah]

- Memulakan perniagaan sendiri.

HURAIAN:

Maksud memulakan perniagaan sendiri merujuk kepada membina perniagaan baharu

bermula dari awal.

KDK:

1. Bersama-sama dengan rakannya, Kamarudin, beliau berusaha untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan tambang rendah.

2. Disebabkan ini merupakan idea beliau, pegangan ekuiti syarikat sebanyak 51 peratus menjadi miliknya dan selebihnya diberikan kepada Kamarudin.

- Pengambilalihan perniagaan.

HURAIAN:

Maksud pengambilalihan perniagaan merupakan membeli perniagaan sedia ada.

KDK:

1. Mereka memulakan perniagaan syarikat penerbangan tambang rendah dengan mengambil alih sebuah syarikat penerbangan yang bermasalah.

2. Pada tahun 2001, Tan Sri Tony Fernandes dan rakan kongsinya mengambil alih Syarikat AirAsia daripada DRB Hicom pada harga RM 1 berserta hutang sebanyak RM 40 juta.

(ii)  Apakah sumber modal yang telah digunakan oleh Tan Sri Tony Fernandes dalam perniagaan penerbangan tambang rendah? [4 markah]

Pinjaman bercagaran

HURAIAN:

Maksud pinjaman bercagaran ialah membuat pinjaman dengan bercagar aset yang dimiliki kepada bank.

KDK:

Disebabkan kekangan modal, mereka mencagarkan rumah mereka kepada bank untuk mendapatkan modal sebanyak RM 1 juta.

- Ekuiti.

HURAIAN:

Maksud ekuiti adalah pelaburan peribadi pemilik perniagaan.

KDK:

Disebabkan ini merupakan idea beliau, pegangan ekuiti syarikat sebanyak 51 peratus menjadi miliknya dan selebihnya diberikan kepada Kamarudin.

(iii) Huraikan tiga sumber pencetus idea Tan Sri Tony Fernandes untuk menjalankan perniagaan penerbangan tambang rendah. [12 markah]

- Pengalaman.

HURAIAN:

Pengalaman adalah situasi atau keadaan yang pernah dilalui atau dialami pada masa lalu.

KDK:

1. Beliau pernah bertanya kepada ibunya sama ada beliau boleh pulang ke kampung semasa cuti penggal persekolahan atau tidak. Namun begitu, ibunya tidak membenarkannya kerana tiket kapal terbang terlalu mahal pada waktu itu.

2. Semasa remaja, beliau seringkali mengikuti ibunya menaiki pesawat ke pelbagai destinasi, termasuk ke luar negara atas urusan perniagaan.

- Minat.

HURAIAN:

Minat adalah kecenderungan dan keinginan terhadap sesuatu bidang yang ingin diceburi.

KDK:

1. Dari saat itu, beliau berazam bahawa pada suatu hari nanti beliau ingin menubuhkan syarikat penerbangan tambang rendah.

2. Namun begitu, minat beliau terhadap perniagaan perdagangan tambang rendah semakin tinggi setelah melihat kejayaan syarikat tambang rendah England, iaitu Easylet.

- Syarikat sedia ada

HURAIAN:

Menilai kekuatan, kelemahan, peluang, dan ancaman syarikat sedia ada (SWOT).

KDK:

1. Namun begitu, minat beliau terhadap perniagaan perdagangan tambang rendah semakin tinggi setelah melihat kejayaan syarikat tambang rendah England, iaitu Easylet.

2. Pada tahun 2001, Tan Sri Tony Fernandes dan rakan kongsinya mengambil alih Syarikat AirAsia daripada DRB Hicom pada harga RM 1 berserta hutang sebanyak RM 40 juta.

- Produk sedia ada.

HURAIAN:

Produk sedia ada dalam pasaran dan pembaharuan terhadap produk sedia ada (inovasi).

KDK:

Ketika itu, AirAsia mempunyai hanya dua buah kapal terbang Boeing 737 terpakai, terbang hanya ke satu destinasi, membawa 250,000 penumpang setahun dan mempunyai 250 orang pekerja.

(iv)  Huraikan lima ciri usahawan berjaya yang ada pada Tan Sri Tony Fernandes. [10 markah]

- Kreatif.

HURAIAN:

Idea-idea baharu yang unik ini dapat menghasilkan sesuatu produk atau perkhidmatan yang baharu untuk memenuhi kehendak pelanggan.

KDK:

Dari saat itu, beliau berazam bahawa pada suatu hari nanti beliau ingin menubuhkan syarikat penerbangan tambang rendah.

- Inovatif.

HURAIAN:

Usahawan berusaha melakukan pembaharuan dalam keluaran atau perkhidmatan yang dihasilkannya dan ini dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat.

KDK:

1. Ketika itu, AirAsia mempunyai hanya dua buah kapal terbang Boeing 737 terpakai, terbang hanya ke satu destinasi, membawa 250,000 penumpang setahun dan mempunyai 250 orang pekerja.

2. Selepas sembilan tahun beroperasi, AirAsia kini bernilai RM 4 billion, mencatat keuntungan sebanyak RM 549 juta, memiliki lebih 85 buah pesawat Airbus A230 dan A330, melakukan penerbangan melalui 130 laluan ke 70 destinasi di seluruh dunia, menerbangkan lebih 20 juta orang penumpang setahun, dan kini mempunyai lebih 8,000 orang pekerja di Malaysia, Thailand, dan Indonesia.

- Inisiatif yang tinggi.

HURAIAN:

Usahawan akan mengenal pasti dan menganalisis sesuatu situasi dan mengambil tindakan secara proaktif sebelum sesuatu berlaku.

KDK:

Disebabkan kekangan modal, mereka mencagarkan rumah mereka kepada bank untuk mendapatkan modal sebanyak RM 1 juta.

- Berani menanggung risiko.

HURAIAN:

Usahawan menghadapi keadaan ketidakpastian pada masa hadapan dengan keyakinan yang tinggi.

KDK:

Pada tahun 2001, Tan Sri Tony Fernandes dan rakan kongsinya mengambil alih Syarikat AirAsia daripada DRB Hicom pada harga RM 1 berserta hutang sebanyak RM 40 juta.

- Bijak mengambil peluang.

HURAIAN:

Seseorang usahawan bijak meramal dan menganalisis peluang yang boleh membawa keuntungan kepada perniagaan.

KDK:

Melakukan penerbangan melalui 130 laluan ke 70 destinasi di seluruh dunia.


SOALAN 12:

Jelaskan jenis-jenis risiko syarikat antarabangsa. [20 markah]

- Risiko ekonomi.

HURAIAN:

Pengamalan sistem ekonomi yang berbeza, seperti sistem ekonomi perancangan pusat, campuran dan kapitalis akan mempengaruhi kuasa beli penduduk setiap negara.

Risiko ini boleh disebabkan oleh masalah kemeseletan ekonomi atau inflasi.

Contohnya, keadaan ekonomi meleset di Malaysia menjejaskan prestasi jualan syarikat 
antarabangsa.

- Risiko politik.

HURAIAN:

Sistem pemerintahan sesebuah negara adalah berbeza menyebabkan syarikat akan mengalami kerugian sekiranya tindakan kerajaan asing menurunkan nilai pelaburan syarikat tersebut.

Syarikat mengalami risiko operasi disebabkan oleh perubahan undang-undang, persekitaran, dan penetapan cukai.

Contohnya, pelaksanaan dasar gaji minimum di Malaysia menyebabkan kos operasi syarikat antarabangsa di Malaysia meningkat.

- Risiko kredit.

HURAIAN:

Risiko ini berkaitan dengan risiko untuk mendapatkan pembayaran dari luar negara.

Masalah yang dialami oleh negara ini akan menyebabkan syarikat yang membuat pinjaman tidak mampu untuk membayar balik pinjaman bersama faedah yang dikenakan.

Contohnya,peperangan di negara Syria menyebabkan sebuah syarikat Malaysia gagal mendapat bayaran untuk barang yang dijual kepada Syarikat A-Salim di Syria.

- Risiko pemilikan negara.

HURAIAN:

Risiko ini adalah kemungkinan berlakunya perubahan pemerintah bagi sesebuah negara.

Hal ini demikian kerana pengambilalihan aset melalui espropriation atau confiscation boleh berlaku.

Sebagai contoh, perubahan pemerintahan demokrasi kepada pemerintahan komunisme menyebabkan negara tuan rumah akan mengambil alih syarikat antarabangsa tanpa membayar sebarang pampasan.

- Risiko kadar pertukaran asing.

HURAIAN:

Kadar pertukaran wang asing yang berubah.

Kadar pertukaran wang asing perlu meramal pergerakan tukaran mata wang pada masa hadapan yang memberi kesan kepada perniagaan.

Contohnya, kenaikan dolar Amerika Syarikat berbanding dengan Ringgit Malaysia menjejaskan operasi perniagaan syarikat elektronik yang mengimport komponen dari luar negara.

考试题目和解答思路:


好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1