PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 3 / PENGGAL 3


终于吖,我终于写到2021年啦!(想哭泣~)

老规矩:下载考试题目和解答思路的,请点击下方的 Google Drive Link 进行下载哦!

大家注意,仅供参考!

不多说了,请看:

SOALAN 1:

(a) Perihalkan tiga kepentingan belanjawan fleksibel. [3 markah]

(b)Syarikat Geliga Berhad menyediakan belanjawan fleksibel untuk menganggar kos overhed perkilangan yang berasaskan jam buruh langsung. Belanjawan kos overhed perkilangan syarikat itu yang berasaskan kepada 300,000 jam buruh langsung bagi tahun 2019, adalah seperti yang berikut:

Kos Berubah

RM

Kos Tetap

RM

Buruh tak langsung

360,000

Gaji penyelia

60,000

Bahan mentah langsung

150,000

Susut nilai

24,000

Bahan mentah tak langsung

90,000

Cukai hartanah

18,000

Penyelenggaraan

210,000

Insurans

12,000

Utiliti

120,000

 

 

 

930,000

 

114,000

Sepanjang bulan Julai, sebanyak 24,000 jam buruh langsung digunakan dan kos berubah yang telah dilibatkan adalah seperti yang berikut:

 

RM

Buruh tak langsung

30,200

Bahan mentah langsung

11,600

Bahan mentah tak langsung

8,400

Penyelenggaraan

17,500

Utiliti

9,200

 

76,900

Kos overhed tetap sebenar adalah sama dengan kos overhed tetap yang dibelanjawankan.

Dikehendaki:

(i)                 Hitung kos sejam buruh langsung bagi setiap item kos berubah. [5 markah]

(ii)           Sediakan laporan belanjawan fleksibel Syarikat Geliga Berhad bagi bulan berakhir 31 Julai 2019. [12 markah]

SOALAN 2:

(a)   (i) Bandingkan antara kaedah menegak dengan kaedah mendatar dalam menganalisis penyata kewangan. [2 markah]

(ii) Beri satu contoh bagi setiap kaedah di 2(a)(i). [2 markah]

(b)   Bagi tujuan untuk mendapatkan pinjaman bank, Cik Maisarah, iaitu Kerani Akaun di Syarikat Mawar Berhad telah menghitung nisbah yang berikut:

(1)   Nisbah semasa

2.8 : 1

(2)   Nisbah cepat

2.2 : 1

(3)   Nisbah hutang atas aset

0.20 : 1

(4)   Pusing ganti akaun belum terima

20 kali

(5)   Pusing ganti inventori

15 kali

(6)   Pulangan atas aset

16%

Syarikat Mawar Berhad telah melantik anda sebagai Eksekutif Akaun syarikatnya. Anda mendapati bahawa semasa penghitungan nisbah di atas, beberapa urus niaga telah diambil kira oleh Cik Maisarah. Urus niaga itu adalah seperti yang berikut:

    (1)   Membayar akaun belum bayar sebanyak RM 125,000.

    (2)   Menjual sekuriti boleh pasar pada kos sebanyak RM 80,000.

    (3)   Membeli peralatan bernilai RM 150,000 dengan menerbitkan nota belum bayar 6%.

    (4)   Membeli inventori secara tunai sebanyak RM 200,000.

    (5)   Menerima pembayaran daripada akaun belum terima sebanyak RM 85,000.

Dikehendaki:

(i)     Berdasarkan setiap nisbah yang telah dihitung oleh Cik Maisarah itu, adakah Syarikat Mawar Berhad layak untuk mendapatkan pinjaman bank? Beri alasan anda. [5 markah]

(ii)    Kenal pasti satu nisbah yang akan mengalami perubahan bagi setiap urus niaga (1) hingga (5) jika urus niaga itu diambil kira secara berasingan. [5 markah]

(a)   Penyata kewangan Syarikat Pertiga Berhad bagi tahun 2019 adalah seperti yang berikut:

Syarikat Pertiga Berhad

Penyata Pendapatan Komprehensif

Bagi tahun berakhir 31 Disember 2019

 

RM

Jualan

5,000,000

Kos barang dijual

(3,400,000)

Untung kasar

1,600,000

Belanja operasi

(1,080,000)

Pendapatan daripada operasi

520,000

Lain-lain hasil

25,000

Pendapatan sebelum cukai

545,000

Belanja cukai

(300,000)

Pendapatan bersih

245,000

 

Syarikat Pertiga Berhad

Penyata Kedudukan Kewangan

Pada 31 Disember 2019

 

RM

Aset semasa

1,500,000

Aset bukan semasa

3,843,000

Jumlah aset

5,343,000

 

 

Liabiliti semasa

750,000

Liabiliti bukan semasa

1,210,000

Jumlah liabiliti

1,960,000

 

 

Ekuiti pemilik

3,383,000

Jumlah liabiliti dan ekuiti pemilik

5,343,000

Maklumat Tambahan:

Maklumat bagi akaun belum terima, inventori, dan jumlah aset Syarikat Pertiga Berhad adalah seperti yang berikut:

 

2019

RM

2018

RM

Akaun belum terima

425,000

325,000

Inventori

720,000

480,000

Jumlah aset

5,343,000

4,173,000

Dikehendaki:

Hitung nisbah semasa, untung bersih atas jualan, pusing ganti inventori, pusing ganti akaun belum terima, pulangan atas aset, dan nisbah hutang atas aset. [6 markah]

SOALAN 3:

(a)   Penghasilan sumber dan penggunaan tunai terhasil daripada aktiviti operasi, aktiviti pelaburan, dan aktiviti pembiayaan syarikat. Berikan dua contoh urus niaga yang memberi kesan kepada aliran tunai bagi setiap aktiviti tersebut. [3 markah]

(b)   Penyata kewangan bagi Syarikat Jejari Berhad bagi tahun 2019 dan tahun 2018 adalah seperti yang berikut:

Syarikat Jejari Berhad

Penyata Kedudukan Kewangan

Pada 31 Disember

 

2019

2018

 

RM

RM

Aset

 

 

   Tunai

38,000

23,000

   Akaun belum terima

26,000

34,000

   Inventori

30,000

15,000

   Hartanah, loji dan peralatan

50,000

78,000

   Susut nilai terkumpul

(20,000)

(24,000)

   Jumlah

124,000

126,000

Liabiliti

 

 

   Akaun belum bayar

17,000

23,000

   Cukai belum bayar

13,000

8,000

   Nota belum bayar

7,000

33,000

 

37,000

64,000

Ekuiti Pemilik

 

 

   Syer ekuiti (Saham biasa)

41,000

24,000

   Pendapatan terkumpul

46,000

38,000

   Jumlah

124,000

126,000


Syarikat Jejari Berhad

Penyata Pendapatan Komprehensif

Bagi tahun berakhir 31 Disember 2019

 

RM

Jualan

400,000

Kos jualan

(280,000)

Untung kasar

120,000

Belanja operasi

(46,000)

Pendapatan dari operasi

74,000

Belanja faedah

(4,000)

Pendapatan sebelum cukai

70,000

Cukai

(21,000)

Pendapatan bersih

49,000

 

Maklumat Tambahan sepanjang tahun 2019 adalah seperti yang berikut:

    (1)   Dividen diistihar dan dibayar sepenuhnya dalam tahun semasa.

   (2)   Peralatan telah dijual pada harga RM 15,000 secara tunai. Kos peralatan itu adalah sebanyak RM 28,000 dan nilai buku bagi peralatan pada tarikh peralatan itu dijual ialah RM 15,000.

    (3)   Semua belanja susut nilai termasuk dalam belanja operasi.

    (4)   Semua jualan dan belian dibuat secara kredit.

    (5)   Akaun belum bayar kesemuanya adalah berkaitan dengan belian barang niaga sahaja.

    (6)   Semua belanja operasi kecuali belanja susut nilaii dibayar secara tunai.

Dikehendaki:

(i)              Sediakan penyata aliran tunai Syarikat Jejari Berhad bagi tahun berakhir 31 Disember 2019 dengan menggunakan kaedah langsung. [14 markah]

(ii)              Berikan ulasan anda tentang prestasi aliran tunai bagi Syarikat Jejari Berhad itu. [3 markah]

考试题目和解答思路:

STPM 2021 - Google Drive

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!

💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1