PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2020 SEM 3 / PENGGAL 3


大家早安,午安,晚安吖!

Tina 现在想要分享的是 Akaun Sem 3 2020年的考试题目和解答思路。(仅供参考哦!)

老规矩: 下载考试题目和解答思路的,请点击下方的 Google Drive Link 进行下载哦!

请看:

SOALAN 1:

(a)   Perihalkan tiga kepentingan belanjawan. [3 markah]

(b)   Jelaskan kelemahan dalam belanjawan statik bagi tujuan pengawalan kos. [2 markah]

(c)   Anggaran operasi pengeluaran bagi Syarikat Cekap Rajin Sdn. Bhd. ialah 11,000 unit. Syarikat itu tidak mempunyai inventori awal barang siap, manakala inventori akhir barang siap ialah 1,000 unit. Maklumat belanjawan Syarikat Cekap Rajin Sdn. Bhd. adalah seperti yang berikut:

 

RM

Jualan

150,000

Tolak: Kos berubah

30,000

Margin caruman

120,000

Tolak: Kos tetap

10,000

Untung bersih

110,000

Unit jualan sebenar ialah 12,000 unit.

Dikehendaki:

Sediakan belanjawan fleksibel bagi Syarikat Cekap Rajin Sdn. Bhd. [5 markah]

(d)   Petikan maklumat kewangan Syarikat Daiyu Berhad adalah seperti yang berikut:

Syarikat Daiyu Berhad

Penyata Pendapatan Komprehensif

Bagi tahun berakhir 31 Disember

 

2019

2018

RM ‘000

RM ‘000

Jualan

38,940

44,500

Keuntungan sebelum cukai

11,140

11,130

Peruntukan cukai

2,150

2,040

Keuntungan terkumpul awal

12,756

4,300

Dividen dicadang

802

634

Keuntungan terkumpul akhir

20,944

12,756


Syarikat Daiyu Berhad

Penyata Kedudukan Kewangan

Pada 31 Disember

 

2019

2018

Aset:

RM ‘000

RM ‘000

Harta tanah dan loji, dan peralatan

30,414

24,046

Pelaburan

8,300

7,550

Aset semasa bersih

2,520

1,485

 

41,234

33,081

Ekuiti pemilik:

 

 

Saham biasa @ RM 0.50 sesaham

20,000

20,000

Rizab hasil

20,944

12,756

Pinjaman bank

290

325

 

41,234

33,081

 Maklumat Tambahan:

  (1) Jumlah aset dan akaun belum terima pada 31 Disember 2017 masing-masing berjumlah RM 32,450,000 dan RM 1,588,000.

    (2)   Sebanyak 70% daripada jualan adalah jualan secara tunai.

    (3)   Aset semasa terdiri daripada yang berikut:

 

2019

2018

RM ‘000

RM ‘000

Tunai dan bank

150

175

Deposit tetap

470

1,030

Akaun belum terima

1,800

1,680

Belanja prabayar

15

23

Inventori

1,168

990

 

3,603

3,898

Dikehendaki:

Hitung nisbah yang berikut pada tahun 2019 dan tahun 2018 bagi Syarikat Daiyu Berhad. Beri ulasan bagi setiap nisbah dengan membandingkan antara nisbah tahun 2019 dengan nisbah tahun 2018.

(i)                 Nisbah cepat [2 markah]

(ii)              Pulangan atas aset [2 markah]

(iii)            Hutang atas ekuiti [2 markah]

(iv)             Pusing ganti akaun belum terima [2 markah]

(v)               Perolehan sesaham [2 markah]

SOALAN 2:

(a) Jelaskan tiga perbezaan antara kandungan penyata kewangan perkongsian dengan kandungan penyata kewangan syarikat. [3 markah]

(b) Doktor Roslina ialah seorang doktor perubatan keluarga. Beliau telah membuka Klinik Keluarga dengan kerjasama dua orang rakan kongsinya sejak lima tahun lalu. Perkongsian itu dimiliki bersama dengan Doktor Lara, iaitu seorang pakar perbidanan dan Puan Anita, iaitu seorang ahli farmasi. Sehingga awal tahun 2018, baki modal rakan kongsi adalah seperti yang berikut:

Pekongsi

RM

Doktor Roslina

120,000

Doktor Lara

100,000

Puan Anita

85,000

Pada tahun 2018, hasil bagi yuran perundingan yang dikenakan kepada pesakit ialah
RM 720,000 dan pendapatan bersih ialah RM 410,000.

Syarat perjanjian perkongsian yang telah dipersetujui adalah seperti yang berikut:

    (1)   Gaji tetap bulanan adalah sebanyak RM 3,000 bagi setiap rakan kongsi.

   (2)   Selain gaji tetap bulanan itu, Doktor Roslina, Doktor Lara, dan Puan Anita masing-masing akan menerima imbuhan pada kadar 10%, 8%, dan 5% daripada yuran perundingan yang dikenakan kepada pesakit.

    (3)   Faedah atas modal ialah 5% bagi setiap rakan kongsi berdasarkan baki modal di awal tahun.

    (4)   Pembahagian untung bersih adalah pada kadar sama rata.

Dikehendaki:

(i)              Sediakan penyata pengasingan untung rugi pada 31 Disember 2018. [5 markah]

(ii)            Sediakan penyata modal pekongsi pada 31 Disember 2018. [4 markah]

(iii)         Oleh kerana bilangan pesakit yang semakin ramai, Klinik Keluarga menerima seorang lagi rakan kongsi, iaitu Doktor Razani, seorang doktor perubatan keluarga. Doktor Razani menyumbang modal sebanyak RM 200,000 pada 2 Januari 2019. Nisbah pembahagian untung yang dipersetujui untuk Doktor Roslina, Doktor Lara Puan Anita, dan Doktor Razani masing-masing ialah 40%, 30%, 20%, dan 10%. Akaun muhibah tidak akan dikekalkan dalam perkongsian. Sediakan catatan jurnal untuk merekodkan kemasukan Doktor Razani dengan andaian muhibah dinilai berdasarkan 20% daripada jumlah baki akhir modal rakan kongsi lama. [8 markah]

SOALAN 3:

(a)   Beri dua kegunaan penyata aliran tunai. [2 markah]

(b)   Jelaskan empat sumber maklumat yang diperlukan dalam penyediaan penyata aliran tunai bagi sesebuah perniagaan. [4 markah]

(c)   Maklumat kewangan Syarikat Fazira Berhad bagi tahun 2019 adalah seperti yang berikut:

    1)      Jualan tunai dan jualan kredit masing-masing adalah sebanyak RM 1,500,000 dan
RM 1,800,000.

    2)      Kos barang dijual ialah 50% daripada jumlah jualan.

    3)      Semua inventori dibeli secara kredit.

    4)      Belanja susut nilai peralatan bagi tahun 2019 ialah RM 990,000.

    5)      Kutipan akaun belum terima berjumlah RM 1,140,000.

    6)      Bayaran kepada pembekal untuk inventori adalah sebanyak RM 1,170,000.

    7)      Belanja sewa dibayar secara tunai sebanyak RM 330,000.

    8)      Sebanyak 600,000 unit saham biasa telah diterbitkan pada nilai RM 720,000.

    9)      Sebidang tanah dibeli melalui terbitan nota belum bayar berjumlah RM 3,180,000.

    10)  Peralatan pejabat dibeli secara tunai pada harga RM 2,520,000.

    11)  Dividen bagi tahun 2019 diisytiharkan sebanyak RM 1,138,000.

    12)  Bayaran bagi dividen yang diisytiharkan pada tahun 2018 berjumlah RM 450,000.

   13)  Sebuah mesin yang telah diguna pakai telah dijual pada harga RM 360,000. Mesin ini mempunyai nilai buku sebanyak RM 210,000.

   14)  Sebuah mesin lain yang mempunyai nilai buku RM 15,000 telah dihapuskan dan direkodkan sebagai rugi atas jualan. Tiada tunai yang diterima untuk urus niaga itu.

    15)  Baki tunai pada 31 Disember 2019 ialah RM 870,000.

Dikehendaki:

(i)    Sediakan penyata aliran tunai Syarikat Fazira Berhad bagi tahun berakhir 31 Disember 2019 dengan menggunakan kaedah langsung. [10 markah] 

(ii)     Berdasarkan penyata aliran tunai di (c)(i) bagi Syarikat Fazira Berhad,

(1)   Jelaskan kedudukan setiap aktiviti aliran tunai [3 markah]

(2)   Beri ulasan secara keseluruhan kedudukan aliran tunai itu. [1 markah]

考试题目和解答思路:

STPM 2020 - Google Drive

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!

💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1