PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2020 SEM 1 / PENGGAL 1


今天 Tina 我会分享的是 Akaun Sem 1 2020年的考试题目和解答思路。

终于吖,还有三份的历年考题和解答思路,就可以暂时停笔了~

老规矩,最后我将会附上PDF给大家下载,考试题目和解答思路仅供参考哦!

想看历年的考试题目和解答思路点击下面的链接哦:

STPM 2013:

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2013 SEM 1 / PENGGAL 1 (scorpion050832.blogspot.com)

STPM 2014:

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2014 SEM 1 / PENGGAL 1 (scorpion050832.blogspot.com)

STPM 2015:

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2015 SEM 1 / PENGGAL 1 (scorpion050832.blogspot.com)

STPM 2016:

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2016 SEM 1 / PENGGAL 1 (scorpion050832.blogspot.com)

STPM 2017:

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 (scorpion050832.blogspot.com)

STPM 2018:

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2018 SEM 1 / PENGGAL 1 (scorpion050832.blogspot.com)

STPM 2019:

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2019 SEM 1 / PENGGAL 1 (scorpion050832.blogspot.com)

请看吧:

SOALAN 1:

(a) Sesebuah perniagaan perlu menyediakan penyata kewangan pada tarikh yang sama pada setiap tahun. 

(i) Berdasarkan pernyataan di atas, perihalkan prinsip perakaunan yang diterima umum. [1 markah]

(ii) Perihalkan dua kepentingan menyediakan penyata kewangan pada tarikh yang sama pada setiap tahun. [2 markah]

(b) Pemilik sebuah perniagaan telah menggunakan satu cek perniagaan untuk membayar insurans peribadi dan insurans perniagaannya. Dengan merujuk kepada prinsip perakaunan yang diterima umum  dan yang berkaitan, perihalkan bagaimana urus niaga ini perlu direkodkan. [2 markah]

(c) Nyatakan dua kesilapan perekodan yang tidak menjejaskan keseimbangan bagi imbangan duga. [2 markah]

(d) Pada 1 April 2018, Cik Murni telah menubuhkan sebuah agensi pelancongan. Urus niaga yang dijalankan oleh agensi itu dalam bulan April 2018 adalah seperti yang berikut:

(1) Melabur sebanyak RM 50,000 secara tunai ke dalam agensi untuk memulakan perniagaan.

(2) Membayar sebanyak RM 1,000 secara tunai untuk sewa pejabat bagi bulan April.

(3) Membeli peralatan pejabat berjumlah RM 2,500. Bayaran dijelaskan secara tunai sebanyak RM 1,000 dan bakinya dibayar secara ansuran.

(4) Membayar belanja pengiklanan sebanyak RM 550 secara tunai.

(5) Menerima sebanyak RM 5,000 secara tunai daripada pelanggan bagi bayaran perkhidmatan yang telah disempurnakan.

(6) Membayar kos percetakan brosur sebanyak RM 400 secara tunai.

(7) Membayar separuh daripada baki bayaran ansuran peralatan pejabat.

(8) Menerima sebanyak RM 15,000 secara tunai daripada pelanggan sebagai tempahan pakej pelancongan untuk lawatan dalam bulan Jun.

(9) Mengeluarkan inovis kepada pelanggan sebanyak RM 5,200 bagi perkhidmatan yang telah disempurnakan.

(10) Membuat pelaburan tambahan ke dalam perniagaan sebanyak RM 6,000 secara tunai.

(11) Membayar bil utiliti bagi bulan April sebanyak RM 320.

(12) Membayar gaji pekerja sebanyak RM 1,600.

(13) Membayar insurans kenderaan peribadi sebanyak RM 800.

Dikehendaki:

Sediakan catatan urus niaga di atas dengan mengikut format yang diberikan di bawah. Tunjukkan setiap catatan sama ada menambah atau mengurang bagi aset, liabiliti, dan ekuiti pemilik. [13 markah]

Aset

Liabiliti

Ekuiti Pemilik

Akaun?

Akaun?

Akaun?

Akaun?

Akaun?

Akaun?

Akaun?

SOALAN 2:

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan paten? [1 markah]

(b) Encik Zul menerima penyata kewangan tahun pertama syarikat perniagaan hiasan dalamannya. Beliau tidak bersetuju dengan perkara yang berikut:

(1) Kepakaran dan kemahiran beliau dalam perniagaan tidak dianggap sebagai aset bagi perniagaan hiasan dalamannya.

(2) Terdapat belanja susut nilai yang dikenakan kepada aset, sedangkan syarikat perniagaan hiasan dalamannya telah mengeluarkan tunai sepenuhnya bagi pembelian aset itu. Beliau berpandangan bahawa pembelian aset itu direkodkan dua kali.

Jelaskan dua sebab pernyataan Encik Zul itu tidak boleh diterima. [2 markah]

(c) Maklumat urus niaga Perniagaan Deen pada bulan Januari 2019 adalah seperti yang berikut:

Tarikh

Rujukan

Urus Niaga

1 Januari

Baki lejar

Tunai RM 850, bank RM 23,470.

Akaun kawalan belum terima RM 29,500.

1 Januari

Bil 124

Jualan tunai sebanyak RM 850.

2 Januari

CT 452

Menerima cek daripada Kedai David bagi menjelaskan hutang yang berjumlah RM 8,500, diskaun diberi ialah 5%.

5 Januari

BI 001

Membayar bil utiliti kediaman pemilik perniagaan berjumlah
RM 250 dengan cek.

6 Januari

Bil 458

Membeli barang niaga secara tunai berjumlah RM 2,170.

10 Januari

BI 002

Mengeluarkan cek untuk bayaran sewa kedai berjumlah RM 1,800.

10 Januari

Resit 49

Menerima bayaran tunai sebanyak RM 4,200 daripada akaun belum terima.

11 Januari

Resit 50

Menerima sebanyak RM 300 secara tunai sebagai komisen jualan.

12 Januari

BI 003

Menjelaskan hutang Syarikat Tee Sdn. Bhd. berjumlah RM 7,300 dengan cek.

20 Januari

Bil 0125

Menerima sebanyak RM 1,315 secara tunai daripada hasil kutipan jualan.

28 Januari

Resit 51

Menerima sebanyak RM 1,850 secara tunai daripada akaun belum terima.

31 Januari

Jurnal

Jumlah jurnal jualan ialah RM 32,850, jumlah pulangan jualan ialah RM 1,530.

Jurnal am menunjukkan sebanyak RM 510 hutang pelanggan perlu dihapus kira.

Dikehendaki:

(i) Sediakan catatan jurnal penerimaan tunai dan catatan jurnal pembayaran tunai bagi bulan Januari 2019 dengan menggunakan format di bawah. [13 markah]

Tarikh

Butir

Rujukan

Diskaun

Tunai

Bank

?

?

?

(ii) Sediakan akaun kawalan belum terima bagi Perniagaan Deen. [4 markah]

SOALAN 3:

(a) Takrifkan liabiliti dan ekuiti. [2 markah]

(b) Akaun belum bayar dan hasil belum terperoleh adalah item liabiliti kerana kedua-duanya mengakibatkan perniagaan menanggung obligasi semasa. Jelaskan perbezaan tuntutan obligasi bagi kedua-dua itu dengan memberikan contoh urus niaga. [3 markah]

(c) Bagaimanakah liabiliti waranti dan liabiliti luar jangka dipersembahkan dalam penyata kewangan? [2 markah]

(d) Syarikat Dapur Nusantara Sdn. Bhd. menyediakan perkhidmatan katering untuk majlis keramaian. Tempoh perakaunan perniagaan berakhir pada setiap 30 Jun. Pada 30 Jun 2018, maklumat liabiliti Syarikat Dapur Nusantara Sdn. Bhd. adalah seperti yang berikut:

Butiran

RM

Akaun belum bayar

26,000

Gaji belum bayar

5,500

Belanja utiliti terakru

2,800

Hasil belum terperoleh

4,200

Nota belum bayar 8%

12,000

Pinjaman 12%

30,000

Maklumat Tambahan:

(1) Nota belum bayar 8% telah diterbitkan pada 1 Mac 2018 untuk belian peralatan dapur dan akan matang dalam tempoh enam bulan.

(2) Pinjaman 12% telah diterima pada 1 Oktober 2017 dengan bayaran ansuran tahunan sebanyak RM 10,000 berserta faedah pada setiap 30 September.

(3) Belanja faedah bagi (1) dan (2) masih belum direkodkan.

(4) Sebanyak 80% daripada hasil belum terperoleh telah diiktiraf.

(5) Pada 29 Jun 2018, Syarikat Dapur Nusantara Sdn. Bhd. telah menerima cek berjumlah RM 7,500 dari Syarikat Mawar Design Sdn. Bhd. sebagai bayaran tempahan bagi perkhidmatan katering pada penghujung Julai 2018. Keseluruhan amaun yang diterima telah diiktiraf sebagai hasil perkhidmatan.

Dikehendaki:

(i) Sediakan catatan jurnal pelarasan pada 30 Jun 2018. [6 markah]

(ii) Sediakan bahagian liabiliti dalam penyata kedudukan kewangan pada 30 Jun 2018. [7 markah]

SOALAN 4:

(a) Perihalkan dua prinsip dann andaian perakaunan yang tidak dipatuhi oleh sesebuah perniagaan yang mengamalkan rekod tidak lengkap dalam merekod urus niaga perniagaan. [2 markah]

(b) Perniagaan runcit Encik Param telah mula beroperasi pada 1 Oktober 2016. Beliau tidak menyimpan rekod perniagaan yang lengkap. Maklumat baki akaun pada 1 Oktober 2018 adalah seperti yang berikut:

Akaun

RM

Kenderaan (kos)

40,000

Kelengkapan (kos)

7,000

Akaun belum terima

17,000

Inventori

3,000

Tunai

30

Akaun belum bayar

12,400

Sewa terakru

400

Ringkasan penyata bank sepanjang tahun kewangan berakhir 2019 adalah seperti yang berikut:

Penerimaan:

RM

RM

Baki pada 1 Oktober 2018

 

10,600

Jualan

 

152,400

 

 

163,000

Pembayaran:

 

 

Akaun belum bayar

124,000

 

Belian

10,200

 

Belanja sewa

5,460

 

Belian kelengkapan

2,330

 

 

 

141,990

Baki pada 30 September 2019

 

21,010

 

 

163,000

Maklumat Tambahan:

(1) Inventori akhir pada 30 September 2019 ialah RM 4,000.

(2) Kenderaan dan kelengkapan perniagaan telah dibeli pada 1 Oktober 2016. Kenderaan disusutnilaikan pada kadar 15% atas kos, sementara kelengkapan disusutnilaikan 10% pada baki berkurangan.

(3) Barang niaga dijual pada harga kos ditambah 20%.

(4) Encik Param telah mengambil barang niaga untuk kegunaan sendiri berjumlah RM 1,200 pada harga jualan.

(5) Belanja operasi perniagaan sebanyak RM 4,520 telah dibayar secara tunai dengan menggunakan hasil jualan.

(6) Tunai daripada jualan berjumlah RM 4,000 telah digunakan bagi tujuan peribadi.

(7) Baki akaun belum bayar dan baki akaun belum terima pada 30 September 2019 masing-masing berjumlah RM 16,200 dan RM 15,800.

(8) Pulangan jualan dan pulangan belian masing-masing ialah RM 2,400 dan RM 2,800.

(9) Baki tunai pada 30 September 2019 ialah RM 110.

Dikehendaki:

(i) Hitung jumlah belian dan jumlah jualan bagi tahun berakhir 30 September 2019. [7 markah]

(ii) Hitung jumlah belanja susut nilai aset perniagaan bagi tahun berakhir 30 September 2019. [6 markah]

(iii) Sediakan penyata pendapatan komprehensif bagi tahun berakhir 30 September 2019. [5 markah]

SOALAN 5:

(a) Dengan menggunakan contoh yang bersesuaian, jelaskan bagaimana prinsip kawalan dalaman yang berikut boleh dilaksanakan:

    (i)     Kelulusan. [1 markah]

    (ii)    Verifikasi dalaman. [1 markah]

    (iii)   Pusingan tugas. [1 markah]

    (iv)   Penetapan tanggungjawab. [1 markah]

    (v)    Pendokumenan. [1 markah]

(b) Kedai Bakeri Seri Adunan menjual bahan membuat kek dan pastri. Pemilik Kedai Bakeri Seri Adunan itu meminta bantuan anda untuk menilai prosedur penerimaan tunai dan pembayaran tunai yang diamalkan.

Prosedur yang berikut telah diperkenalkan bagi merekod dan mengurus:

(1) Kutipan jualan tunai.

(a) Semua urus niaga direkod dengan mengguna mesin daftar tunai dan satu salinan resit diserahkan kepada pelanggan.

(b) Mesin daftar tunai sentiasa dikunci.

(c) Setiap juruwang ditugaskan untuk mengendalikan mesin daftar tunai masing-masing dan setiap juruwang tidak boleh mengakses mesin daftar tunai juruwang yang lain.

(d) Pada penghujung shif, setiap juruwang akan membandingkan kutipan tuani sebenar dengan amaun tunai yang direkod oleh mesin daftar tunai.

(e) Juruwang menyerahkan kutipan tunai kepada kerani akaun.

(f) Kerani akaun merekodkan tunai yang diterima.

(g) Kerani akaun mendepositkan tunai pada penghujung setiap hari dan menyimpan slip deposit tunai itu. 

(2) Pembayaran tunai:

(a) Pembayaran tunai direkod dalam lejar subsidiari secara manual.

(b) Semua pembayaran yang dilakukan melalui cek perlu ditandatangani oleh pemilik Kedai Bakeri Seri Adunan. Kelulusan untuk pembayaran dilakukan mengikut kelapangan pemilik itu yang secara puratanya mengambil masa selama dua minggu. Sekiranya berlaku kelewatan dalam penyediaan cek, kelulusan untuk bayaran akan dilakukan pada pusingan berikutnya. Oleh itu, Kedai Bakeri Seri Adunan seringkali tidak berpeluang untuk mendapat diskaun tunai yang ditawarkan oleh pembekal kerana kelewatan pembayaran.

Dikehendaki:

(i) Bagi setiap prosedur penerimaan tunai yang ditetapkan di atas, kenal pasti prinsip kawalan dalaman yang berkaitan dan jelaskan sama ada setiap prosedur yang ditetapkan mempunyai ciri kawalan dalaman yang baik atau ciri kawalan dalaman yang lemah. [10 markah]

(ii) Bagi prosedur kawalan dalaman yang lemah seperti di (i), cadangkan dua langkah penambahbaikan yang perlu dilakukan. [2 markah]

(iii) Beri tiga cadangan bagaimana sistem pembayaran tunai dapat ditambah baik. [3 markah]

考试题目和解答思路:

STPM 2020 - Google Drive

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!



💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1