SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN ESEI PENGAJIAN AM POPULAR 5

大家好,这是 Pengajian Am 的 Contoh Esei Panjang,仅供参考哦!


作文题目:

Pandemik Covid-19 memberi kesan kepada pelbagai pihak yang terlibat dalam industri pelancongan negara. Jelaskan.

Covid-19 大流行对该国旅游业的各方产生了影响。 解释。

PENGENALAN开头:

Penularan wabak koronavirus (Covid-19) telah memberikan kesan besar kepada ekonomi negara, khususnya terhadap industri pelancongan negara sehingga mengakibatkan kerugian yang besar kepada pihak kerajaan.

冠状病毒爆发(Covid-19)的蔓延对国民经济产生了重大影响,特别是对国家旅游业造成了巨大损失政府。

KESAN KEPADA PELBAGAI PIHAK:

ISI 1: Pihak kerajaan 政府

HURAIAN:

Kerajaan mengalami kerugian susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyaksikan pintu sempadan negeri dan negara ditutup bagi mengekang penularan wabak Covid-19. 

在实施运动控制令 (MCO) 后,政府蒙受了损失,该命令关闭了州和国家边境大门以遏制 Covid-19 流行病的蔓延。

Kedatangan pelancong asing turun mendadak berikutan sekatan perjalanan dan penutupan sempadan antarabangsa yang dikuatkuasakan. 

在实施旅行限制和关闭国际边境后,外国游客人数急剧下降。

Apabila pelancong tidak datang, pendapatan negara akan terjejas terutama dari segi pertukaran mata wang asing yang masuk dan perbelanjaan yang sepatutnya mereka lakukan di negara ini.

当游客不来时,该国的收入将受到影响,特别是在入境外汇兑换和他们在该国应做的费用方面。

Negara kehilangan pendapatan sekitar RM 45 bilion (Januari  hingga Jun 2020) di sektor pelancongan akibat penularan wabak Covid-19.

由于 Covid-19 流行病的蔓延,该国旅游业损失了约 450 亿令吉(2020 年 1 月至 6 月)的收入。

ISI 2: Pihak agensi pelancongan 旅行社

HURAIAN:

Banyak pakej pelancongan terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan. 

许多旅游套餐不得不取消或推迟。

Pembatalan tempahan dan perkhidmatan yang mendadak menyebabkan agensi pelancongan menanggung kerugian besar. 

突然取消预订和服务,导致旅行社蒙受巨大损失。

Jualan pihak agensi pelancongan juga menjadi sifar apabila sempadan tidak dibuka dan orang ramai tidak berani untuk melancong walaupun dalam negara.

国境不开放,国内也不敢出游,旅行社的销售额也归零。

ISI 3: Pihak peniaga 经销商

HURAIAN:

Memberi kesan kepada peniaga terutamanya di kawasan tumpuan pelancong berikutan kedatangan pelancong yang semakin berkurang. 

由于游客数量减少,影响了贸易商,尤其是旅游热点地区的贸易商。

Hasil jualan semakin merosot dan aktiviti perniagaan berkaitan pelancongan tidak dapat dijalankan. 

销售收入下降,无法开展与旅游相关的经营活动。

Terpaksa menggunakan wang simpanan sendiri untuk membiayai kehidupan seharian kerana kekurangan  pelanggan secara drastik.

由于极度缺乏客户,被迫使用自己的积蓄来资助日常生活。

ISI 4: Pihak masyarakat setempat 当地社区

HURAIAN:

Pembangunan industri pelancongan menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat. 

旅游业的发展为当地社区提供了许多就业机会。

Namun penularan Covid-19 menyebabkan masyarakat setempat hilang pekerjaan dan sumber pendapatan akibat ketiadaan pelancong.  

然而,由于没有游客,Covid-19 的传播导致当地社区失去工作和收入来源。

Larangan merentas daerah dan negeri dalam negara turut menjejaskan pendapatan masyarakat setempat yang mengusahakan aktiviti pelancongan.

国内各地区和各州的禁令也会影响从事旅游活动的当地社区的收入。

ISI 5: Pengusaha Kraf Tangan / Industri Kecil dan Sederhana 手工业企业家/中小型工业

HURAIAN:

Pengusaha kraf tangan / Industri Kecil dan Sederhana yang beroperasi di tempat pelancongan terjejas teruk kerana bergantung kepada pembelian yang dibuat oleh pelancong  domestik dan pelancong asing. 

在旅游景点经营的手工业企业家/中小型企业受到严重影响,因为他们依赖国内游客和外国游客的购买。

Barangan kraf tangan / Industri Kecil dan Sederhana tidak dapat dijual kerana tiada permintaan daripada pelancong.

手工艺品/中小型工业无法出售,因为没有游客的需求。

Selain keuntungan yang berkurangan ekoran ketiadaan pelanggan, antara cabaran utama pengusaha dalam memastikan perniagaan mereka tidak ‘gulung tikar’ adalah keperluan membayar hutang kepada pembekal, sewa premis dan memenuhi tanggungjawab mengekalkan pekerja.

除了由于没有客户而导致利润减少外,企业家在确保其业务不会“倒闭”方面面临的主要挑战之一是需要向供应商偿还债务、租用场所和履行留住员工的责任。

ISI 6: Pihak pengusaha hotel /  rumah tumpangan 酒店/旅馆企业家

HURAIAN:

Kadar penginapan di hotel / rumah tumpangan merosot dengan ketara dan kekal berada di bawah paras pulangan modal. 

酒店/宾馆住宿率大幅下降,仍低于资本回报率水平。

Pembatalan tempahan hotel oleh pelancong domestik dan luar negara turut direkodkan di seluruh negara.

全国各地也有国内外游客取消酒店预订的记录。

Pihak hotel terpaksa melakukan usaha penjimatan kos bagi membolehkan perniagaan mereka mampu bertahan dengan lebih lama.

酒店必须努力节约成本,才能让他们的业务持续更长时间。

Terdapat hotel yang memilih untuk menutup operasi kerana tidak mempunyai aliran tunai atau simpanan selepas  mengalami kerugian kewangan sejak Perintah Kawalan  Pergerakan dilaksanakan.

有些酒店选择关闭业务,因为他们在实施行动管制令后遭受财务损失后没有现金流或积蓄。

ISI 7: Pengusaha perkhidmatan  pengangkutan 运输服务商

HURAIAN:

Pengusaha perkhidmatan pengangkutan terpaksa menutup operasi kerana sukar mendapatkan penumpang. 

运输服务运营商不得不关闭运营,因为很难吸引乘客。

Syarikat penerbangan terpaksa mengehadkan atau memberhentikan seketika operasi penerbangan luar negara akibat sekatan kemasukan pelancong asing. 

由于限制外国游客入境,航空公司被迫限制或暂时停止海外航班运营。

Pengusaha bas persiaran pula berdepan risiko bankrap kerana tidak dapat melunaskan pinjaman kenderaan akibat tidak dapat beroperasi. 

旅游巴士经营者因无法经营而无力偿还车辆贷款,面临倒闭的风险。

Terpaksa menanggung kos operasi yang tinggi disebabkan tiada keuntungan jualan.

由于没有销售利润,被迫承担高昂的运营成本。

KESIMPULAN结尾:
Hampir keseluruhan pemain industri pelancongan terpaksa menanggung kerugian ekoran daripada pandemik Covid-19 yang melanda negara ini. Penurunan yang ketara bagi jumlah ketibaan pelancong dan pelawat harian adalah disebabkan oleh penutupan pintu-pintu sempadan Malaysia serta Perintah Kawalan Pergerakan yang dijalankan di negara ini.

由于袭击该国的 Covid-19 大流行,几乎所有旅游业参与者都不得不承担损失。 由于关闭马来西亚边境大门以及在该国实施的运动控制令,入境游客人数和每日游客人数显着减少。
Kombinasi Jawapan : 5+0
Kesan kepada pelbagai pihak yang terlibat dalam industri pelancongan negara

Isi / Idea 在PDF里面,可以点击下面的网址哦!

考试题目和解答思路:

PENGAJIAN AM - ESEI PANJANG - Google Drive

                                     好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1