SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN SOALAN STRUKTUR PENGAJIAN AM SEM 1 / PENGGAL 1 - 1


今天 Tina 我想要分享的是 Sem 1 Pengajian Am 的 Soalan Struktur 给大家作为参考。

大家请看:

Sistem Pilihan Raya

SOALAN 1:

Jelaskan dua jenis pilihan raya yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. [4]

- Pilihan raya umum 

Apabila Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dibubarkan atau terbubar sendiri selepas tamat tempoh lima tahun.

- Pilihan raya kecil 

Mengisi kekosongan kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri disebabkan kematian, peletakan jawatan, hilang kelayakan dan pembatalan keputusan  pilihan raya oleh mahkamah. 

SOALAN 2:

Nyatakan tiga keadaan yang menyebabkan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya hilang kelayakan. [3]

- Telah didapati atau diisytiharkan tidak siuman. 

- Didapati dan belum dilepaskan bankrap. 

- Memegang jawatan berkepentingan ‘office of profit’. 

- Gagal mengemukakan laporan perbelanjaan pilihan raya. 

- Telah didapati bersalah oleh mahkamah di Malaysia dan dijatuhi hukuman penjara untuk tempoh tidak kurang dari 1 tahun atau denda tidak kurang dari RM 2,000 dan belum mendapat pengampunan. 

- Telah memperoleh kewarganegaraan asing. 

SOALAN 3:

Jelaskan dua kategori pengundi pos luar negara. [4]

- Warganegara Malaysia Di Luar Malaysia.

Warganegara Malaysia yang telah mendaftar sebagai pemilih tetapi berada di luar negara dan tidak berkesempatan untuk pulang mengundi di Malaysia, dibenarkan untuk memohon mengundi secara pos.

- Pelajar Di Luar Negara Dan Pasaran.

Pelajar Malaysia yang telah mendaftar sebagai pemilih tetapi berada di luar negara kerana menuntut sepenuh masa dan pasangannya layak mengundi secara pos.

- Penjawat Awam Di Luar Negara Dan Pasangan.

Penjawat awam yang bertugas di luar negara dan pasangannya layak mengundi secara pos.

Tadbir Urus Baik

SOALAN 1:

Senaraikan empat punca yang menjejaskan daya saing negara. [4]

- Kegiatan ekonomi luar dan dalam negara.

- Kegawatan politik dalam dan luar negara.

- Kekurangan tenaga mahir dan separa mahir.

- Sistem penyampaian yang lemah.

- Kurang pengetahuan.

- Teknologi rendah.

- Gaji rendah. 

SOALAN 2:

Nyatakan tiga tugas Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. [3]

- Pengesahan dalam perkhidmatan.

- Pemberian taraf berpencen.

- Pertukaran perkhidmatan.

- Kawalan tatatertib.

- Kenaikan pangkat.

- Pelantikan.

SOALAN 3:

Huraikan dua prinsip tadbir urus baik dalam sesebuah organisasi. [4]

- Fokus kepada pelanggan.

Sentiasa memberikan keutamaan menyeluruh kepada pelanggan.

- Beretika.

Nilai-nilai positif dalam pelaksanaan dan penyampaian perkhidmatan.

- Ketelusan.

Perkongsian maklumat kepada pihak yang berkepentingan dengan jelas dan mudah difahami.

- Integriti.

Berdasarkan kejujuran dan objektiviti, tahap tatasusila yang tinggi, penuh tanggungjawab dalam pengawasan dana dan sumber awam serta pengurusan hal ehwal agensi.

- Akauntabiliti.

Bertanggungjawab terhadap semua keputusan yang dibuatnya dan tindakan yang diambilnya.

- Efektif dan Efisien

Penyampaian perkhidmatan dilaksanakan secara efektif (cekap) dan efisien (berkesan).

- Pengurusan perubahan

Tadbir urus yang cekap dan berkesan (terbaik) adalah bagaimana pengurusan mengurus dan menangani perubahan.

- Pengamanahan dan Pengawalan.

Pegawai kerajaan pemegang amanah dan pegawas terhadap penggunaan kuasa dan sumber yang dipertanggungjawabkan.

SOALAN 4:

Nyatakan dua peringkat pentadbiran Negeri Sabah. [2]

- Daerah.

- Kampung.

SOALAN 5:

Kemukakan tiga tugas Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). [3]

Melesenkan kepada operator-operator perkhidmatan air.

- Menetapkan kadar tarif air.

- Menguatkuasa prestasi operator-operator perkhidmatan air.

- Mengawal selia industri perkhidmatan air termasuk sektor pembetungan.

- Menetapkan spesifikasi teknikal dan kualiti yang perlu dipatuhi oleh pelesen-pelesen.

Kedaulatan Malaysia

SOALAN 1:

Nyatakan tiga cabaran yang boleh menggugat kedaulatan Malaysia. [3]

- Pertahanan yang lemah.

- Ancaman sosial dan budaya.

- Krisis ekonomi.

- Ketidakstabilan politik.

- Penyalahgunaan sains dan teknologi.

- Tiada integrasi dan perpaduan.

SOALAN 2:

Kemukakan empat usaha rakyat bagi menjamin kedaulatan Malaysia. [4] 

- Menyokong dasar negara.

- Memajukan diri dalam bidang sains dan teknologi.

- Menyertai bidang pertahanan negara.

- Mengharumkan nama negara melalui aktiviti sosial dan budaya.

- Gigih meningkatkan ekonomi.

- Mengeratkan perpaduan.

SOALAN 3:

Nyatakan tiga ancaman dari luar negara yang boleh menjejaskan pertahanan negara. [3]

- Kedudukan geostrategi.

- Kemunculan kuasa-kuasa besar serantau.

- Konflik negara berjiran / sempadan.

- Aktiviti jenayah sempadan.

SOALAN 4:

Nyatakan empat jenis jenayah siber. [4]  

- Pengintipan Judi Siber.

- Skim cepat kaya.

- Pornografi.

- Penggodam atau ‘hacker’.

- Penyebaran virus.

- Menyalurkan maklumat-maklumat palsu.

- Buli siber.

SOALAN 5:

Nyatakan tiga kesan sosial jika jenayah dalam kalangan golongan muda meningkat. [3]

- Perpaduan tergugat.

- Pendidikan terjejas.

- Hilang kepercayaan terhadap golongan muda.

- Pemimpin golongan muda berkurangan.

- Aktiviti sosial terjejas.

SOALAN 6:

Nyatakan empat faktor kemanusiaan yang boleh meningkatkan mutu sukan negara. [4]

- Faktor semangat kesukanan.

- Faktor disiplin.

- Faktor kesihatan.

- Faktor minat untuk bersukan.

- Faktor ilmu pengetahuan.

- Faktor kemahiran.

SOALAN 7:

Nyatakan tiga faktor utama yang boleh menjejaskan integriti. [3] 

- Faktor individu.

- Faktor kepimpinan.

- Faktor budaya.

- Faktor struktur dan institusi.

- Faktor sistem dan prosedur.

SOALAN 8:

Nyatakan tiga cabaran ekonomi negara dari segi kemanusiaan. [3]

- Kemiskinan.

- Faktor pengangguran.

- Kurang daya saing.

- Sikap negatif individu.

- Kurang ilmu pengetahuan dan kemahiran.

SOALAN 9:

Nyatakan tiga kebaikan penggunaan internet di agensi kerajaan. [3]

- Memudahkan pengguna.

- Menjimatkan masa.

- Menjimatkan kos.

- Meningkatkan ketelusan.

- Perkhidmatan yang cekap.

SOALAN 10:

Jelaskan dua contoh aspek sosial yang boleh menjejaskan perpaduan rakyat. [4]

- Aspek kefahaman.

Kurang memahami adat dan budaya masing-masing.

- Aspek penempatan.

Cenderung untuk menetap bersama kaum sendiri.

- Aspek pendidikan.

Wujudnya sekolah jenis kebangsaan yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

SOALAN 11:

Jelaskan dua faktor kemanusiaan yang menjejaskan sifat integriti. [4]

- Faktor individu.

Sikap tamak, cuai, tidak amanah, malas, dan tidak cekap dalam menjalankan tugas.

- Faktor pemimpin.

Pemimpin yang lemah daya kepimpinan dan tiada wawasan.

SOALAN 12:

Huraikan dua prinsip tadbir urus baik dalam sektor awam. [4]

- Fokus kepada pelanggan.

Tadbir urus yang terbaik sentiasa memberikan keutamaan menyeluruh kepada pelanggan.

- Akauntabiliti.

Proses sesebuah agensi bertanggungjawab terhadap semua keputusan yang dibuatnya dan tindakan yang diambilnya.

SOALAN 13:

Berikan dua kesan sekiranya sistem penyampaian khidmat awam lemah. [4]

-  Menjejaskan reputasi perkhidmatan awam dan kerajaan.

- Merosakkan hubungan dan kepercayaan antara kerajaan dengan pihak peniaga / pedagang dan komuniti.

SOALAN 14:

Huraikan dua keadaan keluarga yang boleh mewujudkan masalah remaja. [4]

- Ibu bapa yang terpisah.

Anak remaja terpisah dengan ibu bapa dan tidak diberi perhatian.

- Ibu bapa yang sibuk bekerja.

Anak remaja yang diberi kebebasan tanpa pengawasan.

- Ibu bapa yang jahil ajar agama.

Ibu bapa yang tidak mengamalkan agama dalam mengajar anak remaja.

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!

💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1