TEORI PERAKAUNAN STPM S3 - BELANJAWAN
Hi,我是 Tina,这里我会分享 STPM 的相关资料和美妆推荐!
Dua kelemahan dalam
belanjawan statik bagi tujuan pengawalan kos:
« Belanjawan
statik tidak mengambil kira tahap perubahan tingkat aktiviti / pengeluaran
sebenar.
« Belanjawan
statik hanya mengambil kira satu tahap / satu tingkat / unit pengeluaran.
Cadangkan penambahbaikan
untuk memperbaiki prestasi masa hadapan perniagaan:
®
Penjimatan
kos penggunaan bahan rawatan.
®
Langkah-langkah
kawalan belanja elektrik.
®
Meningkatkan
kecekapan pentadbiran.
®
Meningkatkan
kecekapan penggunaan alat-alat elektrik.
Sebab kos campuran
diasingkan kepada komponen kos tetap dan kos berubah dalam penyediaan
belanjawan boleh ubah:
fBelanjawan boleh ubah disediakan untuk beberapa volum
pengeluaran yang berbeza.
fBelanjawan ini membezakan antara kos berubah dan kos
tetap dan berguna untuk tujuan mengukur prestasi pengurus.
fBelanjawan ini bertujuan untuk kawalan kos. Kawalan kos lebih tepat dengan membandingkan kos sebenar dengan yang dibelanjawankan pada volum yang sama.
Tiga kepentingan
belanjawan fleksibel:
^ Pembuatan keputusan
Belanjawan fleksibel
yang lebih realistik berdasarkan unit keluaran.
^ Varians
Belanjawan fleksibel membolehkan syarikat mengukur variasi yang berlaku
dengan menggunakan analisis varians.
^ Inflasi
Belanjawan fleksibel
membolehkan syarikat mengukur kenaikan harga barang langsung daripada pembekal
akan mengakibatkan kos bahan mentah yang dirancang berbeza dengan kos sebenar.
^ Alat kawalan kos / Pelarasan untuk ramalan
Belanjawan fleksibel
membolehkan syarikat membuat pelarasan terhadap belanjawan apabila terdapat
jualan atau pengeluaran melampaui had atauu tidak memenuhi jangkaan.
^ Alat perancangan / Adaptasi perubahan
Belanjawan fleksibel
merupakan alat yang sangat sesuai untuk menghadapi persekitaran yang tidak
menentukan dalam dunia perniagaan dan membolehkan penyesuaian operasi dibuat
dengan tepat pada masanya.
^ Pengendalian dan penilaian / Kawalan / Penilaian prestasi
Belanjawan fleksibel
membolehkan syarikat melakukan kawalan yang lebih baik kerana belanjawan ini
dapat menunjukkan di mana prestasi sebenar menyimpang atau tersasar daripada
prestasi yang dirancang.
Faktor yang berikut
dapat mempengaruhi belanjawan sesebuah perniagaan:
(i) Ekonomi
 Harga
bahan mentah dan buruh di pasaran mempengaruhi pengurusan dalam menentukan
tingkat pengeluaran dan harga barang untuk mencapai margin keuntungan yang dikehendaki.
 Ketersediaan
sumber di pasaran membolehkan pengurusan memilih pembekal yang menawarkan
produk berkualiti pada harga yang terendah atau mendapatkan alternatif sumber
bekalan. Contohnya, jika terdapat kesukaran mendapatkan kopi jenama Hang Tuah
di pasaran, pengurusan boleh mencari alternatif jenama lain di pasaran yang
masih sama kualiti dan rasa.
Á Melihat
kepada sumber-sumber ekonomi yang sedia ada seperti kewangan, buruh, peralatan,
dan lain-lain.
Á Ketersediaan
sumber sedia ada dapat membantu pengurusan mengurangkan perbelanjaan terhadap
sumber-sumber ini dengan mengoptimumkan penggunaannya.
À Keadaan
ekonomi yang stabil, berkemungkinan mempengaruhi kuasa beli pengguna dan
seterusnya mempengaruhi permintaan dan penawaran di pasaran.
À Berdasarkan
permintaan semasa, pengurusan dapat membuat pengeluaran atau jualan pada
tingkat pengeluaran yang seimbang dan seterusnya mengawal harga jualan dan
belanjawan.
h Ekonomi melibatkan kos, kadar inflasi dan perubahan masa
depan, belanjawan yang disediakan sebelum operasi sebenar dilaksanakan akan
menggambarkan situasi ekonomi semasa yang tidak realistik sekiranya tidak
mengambil kira perubahan ekonomi semasa.
h Oleh itu, belanjawan berterusan (rolling budgeting) perlu
diadakan untuk mengumpul data dan mengubahsuai belanjawan untuk memastikan
objektif belanjawan dicapai.
(ii) Kelakuan
individu dalam organisasi
{ Tahap penyertaan semua peringkat (bawah ke atas)
-
Pekerja
akan bermotivasi.
-
Pekerja
menganggap belanjawan milik negara.
-
Pencapaian
kepada objektif belanjawan satu kebanggaan dan kepuasan.
{ Tiada penyertaan peringkat bawahan (atas ke bawah)
-
Pekerja
anggap belanjawan satu bebanan
-
Pekerja
memberi tekanan kepada prestasi mereka.
Faktor yang perlu
dipertimbangkan dalam penyediaan belanjawan:
| Tempoh belanjawan.
| Pihak yang terlibat.
| Kaedah penyediaan belanjawan.
| Aspek kelakuan dalam belanjawan seperti kelakuan individu
dan jabatan organisasi.
| Ransangan luar seperti faktor ekonomi dan politik.
| Objektif / Tujuan
Langkah penyediaan
belanjawan dalam sesebuah organisasi:
W Penetapan objektif.
W Pembentukan jawatankuasa.
W Pengumpulan data.
W Mengenal pasti faktor-faktor penghalang.
W Penyediaan belanjawan.
W Komunikasi belanjawan.
W Pelaksanaan belanjawan.
题目以及解答思路: