TEORI PERAKAUNAN STPM S3 – PENYATA ALIRAN TUNAI


终于啊!Teori 的最后一个啦~

相信大家看到现在是不是在学校已经学到最后一课啦!

在这里,我祝福大家 STPM 金榜题名啦~

言归正传,立即来看看吧:

SOALAN 1 :

Kegunaan penyata aliran tunai:

§      Melihat atau mengukur kemampuan menjana aliran tunainya pada masa depan.

§      Melihat ketepatan aliran tunai masa lepas ke atas aliran tunai masa depan.

§      Menilai perubahan aset bersih sesebuah entiti.

§      Menilai struktur kewangan sesebuah entiti termasuk kecairan dan kemampuan untuk membayar.

§  Menentukan kemampuan untuk membayar dividen kepada pemegang saham dan kemampuan membayar faedah serta hutang kepada pemiutang / pembiaya.

SOALAN 2:

Sumber maklumat yang diperlukan dalam penyediaan penyata aliran tunai bagi sesebuah perniagaan:

¨   Penyata kedudukan kewangan untuk melihat perubahan pertambahan atau pengurangan aset, liabiliti, dan ekuiti awal tahun berbanding akhir tahun semasa.

¨  Penyata pendapatan komprehensif tahun semasa untuk menentukan hasil dan belanja secara tunai serta menentukan item bukan tunai.

¨    Penyata perubahan ekuiti untuk menentukan agihan dividen dan terbitan syer.

¨    Nota kepada akaun yang berkaitan aktiviti operasi, pelaburan, dan pembiayaan yang tidak diperoleh dari penyata kewangan.

SOALAN 3:

Contoh urus niaga yang memberi kesan kepada aliran tunai bagi setiap aktiviti tersebut:


SOALAN 4:

Tiga kemungkinan yang menyebabkan situasi itu berlaku:

|  Kos perbelanjaan bertambah seperti bayaran belanja gaji.

|  Hasil yang diterima berkurang seperti hasil sewa dibayar.

|  Pertambahan pembekal secara kredit. 

SOALAN 5:

Perbezaan antara Penyata Aliran Tunai dengan Penyata Pendapatan Komprehensif:

SOALAN 6:

Contoh urus niaga yang tidak melibatkan tunai tetapi mempengaruhi kedudukan kewangan syarikat:

{  Memperoleh aset jangka panjang dengan menerbitkan saham modal.

{  Menjelaskan liabiliti dengan menerbitkan saham modal.

{  Membayar dividen saham atau saham bonus.

{  Tukar beli aset tanpa melibatkan tunai.

{  Penilaian semula aset.

{  Mengkelaskan semula liabiliti jangka panjang dan liabiliti jangka pendek.

SOALAN 7:

Encik Zaman, Pengarah Urusan Syarikat Purnama Sdn. Bhd. berpendapat bahawa penyata aliran tunai yang disediakan tidak memberikan gambaran yang sebenar tentang aliran tunai syarikat itu kerana penyata tersebut tidak disediakan dengan betul. Beliau juga berpendapat bahawa prestasi aliran tunai itu tidak memuaskan.

Jelaskan sama ada anda bersetuju atau tidak setuju dengan pendapat Encik Zaman dengan memberikan justifikasi bagi jawapan anda.

6   Bersetuju, dengan Encik Zaman kerana penyata aliran tunai yang disediakan tidak menunjukkan aliran tunai daripada aktiviti operasi, aktiviti pelaburan, dan aktiviti pembiayaan. Item bukan tunai iaitu belanja susut nilai dianggap sebagai aliran tunai keluar.

atau

6     Tidak bersetuju bahawa prestasi aliran tunai itu tidak memuaskan kerana terdapat peningkatan bersih dalam tunai.

SOALAN 8:

Implikasi ke atas sesebuah syarikat yang tidak menyediakan penyata aliran tunai:

à   Dikenakan tindakan undang-undang kerana tidak mematuhi peraturan kewangan (Akta Syarikat dan Bursa Malaysia).

à   Syarikat sukar mendapat pembiayaan.

à   Syarikat sukar mendapat pelaburan.

à   Tidak mengetahui aliran tunai masuk dan keluar syarikat.

à   Harga saham syarikat jatuh kerana maklumat kewangan tidak lengkap.

SOALAN 9:

Perbezaan antara Penyata Kedudukan Kewangan dengan Penyata Aliran Tunai:

Penyata Kedudukan Kewangan

Penyata Aliran Tunai

Menunjukkan kedudukan aset, liabiliti, dan ekuiti pemilik pada satu titik masa.

Menunjukkan pergerakan tunai dalam satu tempoh.

Berasaskan akruan atau tunai dan bukai tunai.

Berasaskan tunai.

Baki tunai sahaja.

Pergerakan tunai.

Menunjukkan kedudukan aset, liabiliti, dan ekuiti pemilik.

Menunjukkan aktiviti operasi, aktiviti pelaburan, dan aktiviti pembiayaan.

SOALAN 10:

Contoh urus niaga yang melibatkan aliran tunai masuk dan aliran tunai keluar bagi setiap aktiviti:

Aktiviti

Aliran Tunai Masuk

Aliran Tunai Keluar

 

Operasi

Jualan barang niaga.

Bayaran kepada pembekal.

Hasil sewa.

Bayaran belanja cukai.

 

Bayar gaji pekerja dan belanja operasi yang lain.

Pelaburan

Jualan sekuriti pelaburan.

Beli sekuriti pelaburan.

Jualan bangunan.

Beli aset bukan semasa / aset tetap.

 

Pembiayaan

Pinjaman bank.

Bayaran balik pinjaman.

Terbitan saham biasa.

Bayaran dividen.

Terbitan bon / debentur.

Tebusan bon / debentur.

题目以及解答思路:

TEORI PERAKAUNAN S3 - Google Drive

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!



💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1