TEORI PERAKAUNAN STPM S3 - PERKONGSIAN


早上好啊,各位!

又是大家期待的 Teori Part 哦!

这是 Teori Perkongsian 哦!

想要打印的,记得划到最下方找到 Google Drive Link 进行复印哦!

SOALAN 1 :

Tiga perbezaan antara kandungan penyata kewangan perkongsian dengan kandungan penyata kewangan syarikat:

SOALAN 2:

Banding antara kaedah menegak dengan kaedah mendatar dalam menganalisis penyata kewangan:

SOALAN 3:

Satu contoh bagi setiap kaedah di bawah:

Kaedah Menegak menilai peratus untung kasar atas jualan dengan membandingkan peratus untung kasar atas jualan tahun semasa dengan tahun sebelumnya.

Kaedah Mendatar menghitung amaun perubahan jualan tahun sebelumnya (tahun asas) kepada tahun berikutnya (tahun semasa). 

SOALAN 4:

Kelebihan dalam menubuhkan perniagaan perkongsian:

d Bekongsi kerja dan berkongsi modal.

d Keputusan akan menjadi lebih baik melalui pandangan rakan kongsi.

d Sumber kewangan yang lebih dari gabungan rakan kongsi.

d Gabungan idea, pengetahuan, kemahiran, buat fikiran, dan sumber-sumber daya yang lain.

Kelemahan dalam menubuhkan perniagaan perkongsian:

z    Rakan kongsi bertanggungjawab ke atas keputusan yang dibuat oleh rakan kongsi yang lain.

z  Risiko dan hutang-hutang perniagaan akan ditanggung sekalipun ia berpunca dari tindakan rakan kongsi.

z Setiap rakan kongsi bertanggungjawab melunaskan hutang-hutang yang ditinggalkan rakan kongsinya.

z    Perselisihan faham dan pertikaian mudah berlaku di antara rakan kongsi.

z    Pembubaran perniagaan sekiranya rakan kongsi menarik diri atau meninggal dunia. 

SOALAN 5:

Perbezaan antara ambilan dalam perkongsian dengan pembahagian dividen dalam syarikat berhad:

Ambilan dalam Perkongsian

Dividen dalam Syarikat Berhad

"Mengurangkan akaun modal.

"Dikenakan faedah.

"Boleh dalam bentuk tunai atau barang niaga.

" Merupakan agihan keuntungan.

" Dikenakan cukai.

" Dalam bentuk tunai atau saham bonus.

SOALAN 6:

Sebab muhibah perlu diambil kira dalam urus niaga penilaian semula aset ketika persaraan rakan kongsi:

( Untuk menentukan nilai aset sebenar perniagaan dan tuntutan rakan kongsi ke atasnya.

SOALAN 7:

Tindakan yang perlu diambil oleh perniagaan perkongsian rakan kongsi bagi menyelesaikan tuntutan isteri kepada mendiang rakan kongsi ke atas bahagian modal dan pendapatan rakan kongsi hasil daripada perniagaan perkongsian itu:

T  Semua aset perkongsian dilupuskan.

T  Semua liabiliti dijelaskan.

T  Bayar balik pinjaman pekongsi.

T  Tutup akaun modal dan akaun semasa rakan kongsi.

T  Pemberhentian operasi perniagaan.

SOALAN 8:

Alasan yang munasabah masing-masing untuk mengekalkan dan tidak mengekalkan akaun muhibah dalam akaun perkongsian:

Mengekalkan Muhibah

Tidak Mengekalkan Muhibah

Menunjukkan keadaan sebenar kedudukan kewangan atau gambaran prestasi perniagaan sebenar.

Nilai muhibah adalah subjektif atau tidak objektif.

SOALAN 9:

Empat perkara penting yang boleh dimasukkan dalam perjanjian perkongsian:

*         Pembahagian untung rugi.

*         Faedah atas modal.

*         Faedah atas ambilan.

*         Gaji, elaun, bonus, dan komisen pekongsi.

*         Tugas / Tanggungjawab setiap pekongsi

*         Faedah atas pinjaman dari rakan kongsi.

*         Syarat penarikan diri / pembubaran / persaraan.

*         Kemasukan rakan kongsi baru.

*         Butiran latar belakang perniagaan.

SOALAN 10:

Adakah tujuan penyediaan akaun realisasi sama dengan tujuan penyediaan akaun pengasingan untung rugi perkongsian?

ç         Tidak.

ç         Tujuan akaun realisasi untuk pembubaran perkongsian.

ç         Tujuan akaun pengasingan untung rugi untuk mengagihkan untung rugi perkongsian.

SOALAN 11:

Definisi muhibah:

Maksud muhibah merupakan aset tak nyata atau aset tak ketara yang dimiliki oleh perniagaan.

SOALAN 12:

Muhibah timbul mungkin kerana:

o   Lokasi perniagaan yang strategik.

o   Jenis dan nama baik barang-barang dan perkhidmatan.

o   Cap dagangan dan paten.

o   Mempunyai buruh yang cekap dan mahir.

o   Kebebasan daripada batasan undang-undang.

o   Mempunyai monopoli yang penuh atau separa penuh.

o   Hubungan yang baik dengan pembekal, pelanggan, institusi kewangan, dan pihak-pihak yang berkenaan.

SOALAN 13:

Kebaikan perniagaan jensi perkongsian:

·         Dapat berkongsi kemahiran dan kepakaran daripada kalangan rakan kongsi.

·         Dapat mengutip modal yang lebih banyak daripada rakan kongsi berbanding perniagaan milikan tunggal.

·         Risiko perniagaan dapat ditanggung bersama antara rakan kongsi.

·         Lebih mudah ditubuhkan berbanding dengan syarikat berhad.

·         Perkongsian tidak perlu bayar cukai keuntungan syarikat dan rakan kongsi hanya perlu membayar cukai pendapatan perseorangan.

SOALAN 14:

Apabila berlaku pembubaran perkongsian, nyatakan tindakan yang perlu dilakukan:

(i)     Terhadap perolehan tunai daripada realisasi aset.

˜Bayar liabiliti (pemiutang dagangan, pinjaman dari luar, dan pinjaman dari rakan kongsi).

˜Bayar balik rakan kongsi berdasarkan sumbangan modal rakan kongsi yang diwakili oleh akaun semasa dan akaun modal.

(ii)   Jika tunai daripada realisasi aset tidak mencukupi untuk menyelesaikan liabiliti.

˜Sekiranya hasil realisasi aset tidak mencukupi untuk menjelaskan segala hutang, semua rakan kongsi mesti membawa masuk tunai tambahan.

(iii)  Jika tunai daripada realisasi aset tidak mencukupi untuk menyelesaikan liabiliti dan sebahagian rakan kongsi tidak mampu menampung kekurangan tunai.

˜Sekiranya seorang rakan kongsi menghadapi masalah kekurangan modal dan tidak mampu membawa masuk tunai, rakan kongsi lain yang mampu bayar hendaklah bersama-sama menanggung kurangannya.

SOALAN 15:

Cara-cara membubarkan perkongsian:

A  Segala aset perniagaan dijual dan semua liabiliti dijelaskan.

A Semua aset dan liabiliti perniagaan diambil alih oleh salah seorang pekongsi dan tuntutan terhadap baki modal pekongsi-pekongsi yang lain dibayar dengan tunai atau bank.

A Perkongsian dijual kepada seorang individu, perkongsian lain, atau sebuah syarikat. 

SOALAN 16:

Sebab-sebab perkongsian dibubarkan:

& Kematian, ketidaksiuman, atau kebankrapan salah seorang rakan kongsi.

& Persetujuan sesama pekongsi-pekongsi.

& Apabila perniagaan tidak mampu menjelaskan hutangnya dan terpaksa ditutup.

& Atas perintah undang-undang (mahkamah).

& Apabila tidak menguntungkan untuk meneruskan perniagaan lagi.

& Apabila tujuan penubuhan perkongsian sudah tercapai.

& Apabila firma perkongsian ditukar kepada syarikat berhad.

SOALAN 17:

Satu akaun sementara yang dibuka semasa pembubaran perkongsian untuk:

u Merekod jualan aset, kos pembubaran dan pendapatan misalnya diskaun diterima daripada pemiutang.

u   Menghitung sama ada keuntungan atau kerugian diperoleh daripada pembubaran.

u  Keuntungan atau kerugian pembubaran akan diagihkan antara pekongsi-pekongsi mengikut nisbah pembahagian untung rugi yang telah dipersetujui dalam perjanjian perkongsian.

题目以及解答思路:

TEORI PERAKAUNAN S3 - Google Drive

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!

💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1