PENGAJIAN AM - LATIHAN SOALAN OBJEKTIF SEMESTER 3 / PENGGAL 3 - 1


大家好鸭,还是我 Tina 酱 ~

如标题所见,这篇文章是科目 Pengajian Am 的 Latihan Soalan Objektif,希望大家喜欢噢!

参考的答案我会加黑哦,注意噢!

开始看吧:

SOALAN 1:

Projek Sub-Serantau Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)

Kawasan Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT).

Kawasan Pertubuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA).

Pembangunan Lembangan Mekong.

Strategi kerjasama pembangunan wilayah kecil Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) adalah untuk

A. Mengurangkan jurang pembangunan antara Negara-Negara Anggota ASEAN.

B. Mewujudkan persekitaran yang selamat di rantau Asia Tenggara.

C. Mempertingkatkan hubungan dan kerjasama anggota.

D. Mengadakan projek usaha sama perindustrian ASEAN.

SOALAN 2:

Yang manakah bentuk kerjasama yang difokuskan dalam ASEAN + 3?

I.      Mewujudkan kestabilan politik.

II.     Kerjasama dalam perdagangan.

III.    Kerjasama dalam bidang keselamatan.

IV.    Kerjasama dalam Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

A. I dan III 

B. I dan IV

C. II dan III

D. II dan IV

SOALAN 3:

Yang manakah benar tentang isu yang dipersetujui dalam sidang kemuncak ASEAN ke 11 di Kuala Lumpur Disember 2005?

I.      Menyokong GATT.

II.     Komuniti keselamatan ASEAN.

III.    ASEAN melanjutkan kerjasama dengan kumpulan G-15.

IV.    Pembentukan Piagam ASEAN yang menjadi dokumen bersifat perlembagaan.

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

SOALAN 4:

Yang manakah prinsip komuniti ASEAN pada tahun 2020 yang diutarakan dalam sidang kemuncak ASEAN kali ke-9?

I.      Komuniti Ekonomi ASEAN.

II.     Komuniti Keselamatan ASEAN.

III.    Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama.

IV.    Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN. 

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

SOALAN 5:

Yang manakah benar tentangg tugas misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)?

I.      Mengawasi pelaksanaan gencatan senjata.

II.     Memberi bantuan kemanusiaan dan ketenteraan.

III.    Memberi bantuan kewangan kepada negara yang terlibat.

IV.    Membantu memulihkan pergolakan politik di negara berkenaan.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV 

SOALAN 6:

Tuntutan Malaysia terhadap sebahagian daripada Kepulauan Spratly adalah berasaskan 

A. Deklarasi Langkawai.

B. Zon Ekonomi Eksklutif.

C. Perundingan Ekonomi Asia Timur.

D. Pergerakan Negara-Negara Berkecuali.

SOALAN 7:

Yang manakah benar tentang isu pemanasan global masa kini?

I.      Penggunaan bahan bakar fosil banyak mendatangkan kesan.

II.     Semua negara di dunia menyumbang dana kepada Greenpeace.

III.    Semua negara diwajibkan memperuntukkan sekurang-kurangnya 20 peratus kawasan hijau.

IV.    Hampir kebanyakan negara di dunia tidak melaksanakan sepenuhnya Protokol Kyoto.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV 

SOALAN 8:

Sidang kemuncak OIC ke 10 di Putrajaya 2013 telah dipersetujui

I.      Mengadakan dialog antara budaya dan tamadun lain. 

II.     Menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah semua negara.

III.    Meningkatkan penyertaan dalam pembuatan keputusan di peringkat antarabangsa.

IV.    Menimbangkan cadangan mengenai Aturan Pembayaran Perdagangan berasaskan em.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV 

SOALAN 9:

  • Membangkitkan isu alam sekitar.
  • Memberikan maklumat tentang benih getah.

Pernyataan di atas berkaitan dengan

A. Pertubuhan Komanwel.

B. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

C. Pertubuhan / Pergerakan Negara-Negara Berkecuali.

D. Pertubuhan Persidangan Islam.

SOALAN 10:

  • Menentukan semula syarat perdagangan dan segi cukai.
  • Memberikan bantuan teknikal dan pemindahan teknologi.

Pernyataan di atas berkaitan dengan

A. Dialog Utara-Selatan.

B. Dialog Selatan-Selatan.

C. Order Baru Ekonomi Dunia.

D.  Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD).

SOALAN 11:

Merapatkan komunikasi antara Malaysia dengan Negara-Negara Afrika dan menangani isu-isu global dan menghadapi kuasa-kuasa besar.

Pernyataan di atas merujuk pada matlamat

A. Dialog Utara Selatan.

B. Dialog Selatan-Selatan.

C. Dialog Antarabangsa Langkawi.

D. Pergerakan Negara-Negara Berkecuali.

SOALAN 12:

Yang manakah di antara yang berikut yang menjelaskan kejayaan kerjasama ekonomi di ASEAN?

A. Negara-negara anggota kurang berjaya mewujudkan pasaran bersama. 

B. Negara anggota lebih mengutamakan kepentingan kebangsaan daripada kepentingan serantau.

C. Sistem pemerintahan yang berbeza melemahkan persefahaman dalam kalangan negara anggota.

D. Keadaan politik di sesetengah negara anggota tidak stabil. 

SOALAN 13:

 

Lokasi

Sumbangan

I.

Kuala Lumpur

Mengendali Sidang Kemuncak NAM 2013.

II.

Timor Leste

Menghantar bantuan kemanusian.

III.

Acheh

Menghantar bantuan kemanusian.

IV.

Bosnia Herzegovina

Menghantar tentera pengaman.

Berdasarkan pernyataan di atas, yang manakah padanan yang betul tentang sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa?

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV 

SOALAN 14:

Yang manakah benar mengenai penglibatan Malaysia di peringkat antarabangsa?

I.      Menjadi Pengerusi Majlis Perhimpunan Agung PBB 1996.

II.     Menjadi Pengerusi Persidangan Bumi Rio De Janeiro. 

III.    Pernah menjadi anggota tetap Majlis Keselamatan PBB 1996.

IV.    Menjadi Pengerusi Persidangan Anti Dadah Antarabangsa (ICDAT) 1987.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV 

SOALAN 15:

 

Pertubuhan

 

Tujuan

I.

Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)

P

Menggalakkan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua benua.

II.

Kumpulan 15 (G15)

Q

Mewujudkan perdagangan bebas dan terbuka.

III.

Persidangan Asia Timur (EAS)

R

Mempromosi keamanan, kestabilan, dan kemakmuran di Asia Timur.

IV.

Mesyuarat Asia Eropah (ASEM)

S

Menggalakkan kerjasama teknikal dalam kalangan negara anggota.

Yang manakah padanan yang betul antara pertubuhan dan tujuannya?

 

I.

II.

III.

IV.

A.

Q

P

R

S

B.

R

S

Q

P

C.

Q

S

R

P

D.

S

Q

P

R


好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1