PENGAJIAN AM - LATIHAN SOALAN OBJEKTIF SEMESTER 1 / PENGGAL 1 - 3


大家好噢,我是 Tina 酱 ~

如标题所见,这篇文章是科目 Pengajian Am 的 Latihan Soalan Objektif,希望大家喜欢噢!

参考的答案我会加黑哦,注意噢!

请看下去:

SOALAN 1:

I  Bendera Jalur Gemilang.

I  Lagu Negaraku.

I  Bunga Raya.

Elemen-elemen di atas melambangkan Malaysia sebuah negara 

A. berwibawa.

B. beridentiti.

C. mempunyai keunikan.

D. berdaulat.

SOALAN 2:

Apakah tujuan sesebuah negara mempunyai perlembagaan?

I.      Menjamin kestabilan politik.

II.     Memantau hak kebebasan bersuara.

III.    Mengelakkan penyalahgunaan kuasa.

IV.    Memastikan Perdana Menteri mempunyai kuasa tertinggi.

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

SOALAN 3:

Yang manakah bidang kuasa yang sesuai bagi P, Q, dan R mengikut peruntukan Senarai Perundangan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia?

 

P

Q

R

A.

Pelancongan.

Tanah perkuburan.

Perpustakaan.

B.

Harta karun.

Pendaftaran penduduk.

Undang-undang kecil daerah.

C.

Pajakan.

Cukai pintu.

Suruhanjaya siasatan.

D.

Kelab malam.

Rumah tumpangan.

Pengurusan sisa pepejal.

SOALAN 4:

Yang manakah tertakluk kepada bidang kuasa bagi Sabah dan Sarawak?

A. Kastam Tempatan.

B. Kerja Raya.

C. Pelancongan.

D. Kerajaan Tempatan.

SOALAN 5:

Yang manakah menerangkan kuasa Parlimen disemak untuk mewujudkan periksa dan imbang (Check and Balance) dalam Doktrin Pengasingan Kuasa?

A.  Parlimen menggubal undang-undang tetapi mahkamah mempunyai kuasa untuk mentafsir undang-undang.

B. Mahkamah boleh menyemak tindakan kerajaan yang bertentangan dengan perlembagaan dan memperbetul tindakan tersebut.

C.  Dewan Rakyat (Parlimen) memastikan bahawa kerajaan bertindak demi kepentingan rakyat dan tidak menyalahgunakan kuasanya.

D.  Ahli-ahli Dewan Rakyat boleh meminta Perdana Menteri atau Kabinet untuk menjelaskan sebarang perkara yang dilakukan atau tidak dilakukan oleh kerajaan.

SOALAN 6:

( Mengawasi perjalanan mesyuarat dewan.

( Memastikan perbahasan berkaitan dengan usul.

( Menjaga disiplin ahli Dewan Negara.

Pernyataan di atas merujuk kepada

A. Setiausaha Parlimen.

B. Jawatankuasa Peraturan Dewan.

C. Yang Dipertua Dewan.

D. Setiausaha Dewan Negara.

SOALAN 7:

Yang manakah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong?

A. Melantik Diplomat Malaysia di luar negara.

B. Melantik Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

C. Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja.

D. Memberi pengampunan di Mahkamah Syariah Johor.

SOALAN 8:

Yang manakah jawatan yang perlantikannya dibuat melalui perundingan dengan Majlis Raja-Raja?

I.      Ahli Dewan Negara.

II.     Ketua Audit Negara.

III.    Hakim Mahkamah Syariah.

IV.    Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya.

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

SOALAN 9:

Yang manakah benar tentang Dewan Negara?

A. Memulakan usul rang undang-undang Perbekalan.

B. Setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya.

C. Berkuasa menangguhkan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat.

D. Boleh memegang jawatan lebih daripada dua penggal.

SOALAN 10:

Mahkamah yang manakah tidak menjatuhkan hukuman?

A. Mahkamah Khas.

B. Mahkamah Koroner.

C. Mahkamah Majistret.

D. Mahkamah Tentera.

SOALAN 11:

Fungsi Perbendaharaan ialah

I.      mengagihkan kewangan kepada agensi kerajaan.

II.     menganalisis ekonomi negara dan antarabangsa.

III.    menyediakan belanjawan bagi program dan projek pembangunan.

IV.    menyelaras, memantau, dan menilai dasar dan projek pembangunan.

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

SOALAN 12:

X mengeluarkan saman kepada pengunjung sebuah taman rekreasi kerana kesalahan merokok di tempat awam.

Berdasarkan pernyataan di atas, X merujuk kepada

A. Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.

B. Kementerian Kesihatan.

C. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

D. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

SOALAN 13:

: Pegawai tertinggi dalam Kerajaan Tempatan.

: Dilantik oleh Sultan atas nasihat X di negeri Y.

Maklumat yang bertanda X merujuk kepada

A. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

B. Setiausaha Kerajaan Negeri.

C. Perdana Menteri.

D. Ketua Kerajaan Negeri.

SOALAN 14:

ª      Pulangan balik perbelanjaan.

ª      Caruman.

ª      Terimaan perkhidmatan.

Perkara di atas merujuk kepada

A. Hasil-hasil cukai.

B. Terimaan bukan hasil.

C. Hasil-hasil bukan cukai.

D. Hasil-hasil Wilayah Persekutuan.

SOALAN 15:

Ketirisan maklumat dalam organisasi perkhidmatan awam boleh dielakkan dengan cara

A. melebarkan jurang komunikasi antara kakitangan.

B. penggunaan sumber yang ekonomik.

C. prosedur kerja yang lebih kompleks.

D. meningkatkan kemampuan komunikasi penjawat awam.

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1