SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN SOALAN STRUKTUR PENGAJIAN AM SEM 1 / PENGGAL 1 - 2


今天分享的是 Sem 1 Pengajian Am 的 Soalan Struktur 给大家作为参考。

请看:

Negara Berdaulat

SOALAN 1:

Huraikan dua keadaan yang bercanggah dengan ciri-ciri negara berdaulat. [4]

- Tidak merdeka iaitu masih dijajah oleh kuasa asing.

- Tidak boleh berkuasa sendiri iaitu tidak mampu mentadbir.

- Kurang berwibawa iaitu tidak mampu menjamin keamanan dan keselamatan negara.

- Tidak mempunyai identiti negara.

SOALAN 2:

Nyatakan dua cabaran yang dihadapi dalam merealisasikan penubuhan Persekutuan Malaysia. [2]

- Filipina telah menuntut hak ke atas Sabah bagi pihak waris Sultan Sulu.

- Indonesia mengumumkan dasar konfrontasi terhadap gagasan Malaysia.

Perlembagaan Persekutuan

SOALAN 1:

Nyatakan tiga cara Perlembagaan Persekutuan boleh dipindah. [3]

- Cara pungutan suara majoriti mudah ahli hadir Majlis Parlimen.

- Cara pungutan suara majoriti dua pertiga ahli hadir Majlis Parlimen.

- Cara pungutan suara majoriti dua pertiga ahli hadir Majlis Parlimen dan mendapat perkenan Majlis Raja-Raja.

- Cara pungutan suara majoriti dua pertiga ahli hadir Majlis Parlimen dan persetujuan Yang di-Pertua Negeri (Perkara yang menyentuh Sabah dan Sarawak).

- Cara melalui deklarasi daurat (Perkara 150).

SOALAN 2:

Terangkan dua perkara yang tidak boleh dipersoalkan yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan. [4]

- Agama Persekutuan.

Agama Islam sebagai agama Persekutuan.

- Kedudukan Istimewa.

Kedudukan Istimewa Raja-Raja Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.

- Kedudukan Bahasa.

Kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan soal kerakyatan.

Sistem Pemerintahan

SOALAN 1:

Huraikan dua ciri perbezaan antara ahli Dewan Rakyat dengan ahli Dewan Negara. [4]

Ciri-Ciri

Dewan Rakyat

Dewan Negara

Umur

21 tahun.

30 tahun.

Tempoh berkhidmat

Sepenggal 5 tahun.

Sepenggal 3 tahun.

Cara menduduki kerusi

Dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.

Dipilih oleh Dewan Undangan Negeri atau dilantik oleh Yang di-Pertuan Agung (YDPA).

Tempoh perkhidmatan maksimum

Memegang jawatan selagi menang dalam pilihan raya.

Memegang jawatan maksimum 6 tahun (dua penggal).

SOALAN 2:

Senaraikan tiga bidang kuasa rayuan Mahkamah Tinggi. [3]

- Membicarakan semua kes rayuan sivil daripada mahkamah bawahan.

- Membicarakan semua kes rayuan jenayah daripada mahkamah bawahan.

- Menyelia dan boleh mengubah keputusan mahkamah bawahan.

SOALAN 3:

Apakah tanggungjawab Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara. [2]

Memastikan akauntabiliti pengurusan wang awam oleh pegawai-pegawai awam dengan meneliti laporan Ketua Audit Negara berkenaan dengan peruntukan kerjasama sama ada mendatangkan 'nilai untuk wang' kepada kerajaan.

SOALAN 4:

Nyatakan dua ciri Orang Kena Tuduh (OKT) memberi keterangan dalam mahkamah. [2]

- Memilih untuk berdiam diri.

- Memilih memberi keterangan secara bersumpah di kandang saksi.

- Memilih untuk tidak mahu memberi keterangan bersumpah, sebaliknya membaca kenyataan daripada 'kandang OKT', bukan kandang saksi.

Sistem Pilihan Raya

SOALAN 1:

Jelaskan dua jenis pemilih yang didaftarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. [4]

- Pengundi biasa.

Pemilih berdaftar yang perlu hadir untuk mengundi di pusat-pusat mengundi semasa pilihan raya.

- Pengundi tidak hadir.

Pemilih yang dinyatakan dalam Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, iaitu anggota tentera dan pasangan, anggota perkhidmatan awam yang bertugas di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya serta pelajar sepenuh masa yang menuntut di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya.

SOALAN 2:

Nyatakan tiga jenis pengundian di Malaysia. [3]

- Pengundian biasa.

- Pengundian awal.

- Pengundian pos.

Tadbir Urus Negara

SOALAN 1:

Berikan tiga cara layanan yang baik perlu dipamerkan oleh seseorang pegawai kaunter di pejabat kerajaan kepada pelanggan. [3]

- Melayan pelanggan dengan mesra dan sopan.

- Bercakap dengan suara yang lembuh.

- Bercakap dengan cara yang terang atau jelas.

- Tidak membiarkan pelanggan menunggu terlalu lama di ruangan menunggu.

- Bersedia membantu tanpa diminta.

- Bersedia mengambil pesanan bagi pihak pegawai lain yang tiada di pejabat.

SOALAN 2:

Encik Lai menunggu hampir 2 jam untuk menguruskan pertukaran hak milik kenderaan di pejabat X.

Berdasarkan situasi di atas, nyatakan tiga kesan perkhidmatan yang diberikan oleh pejabat X. [3]

- Menjejaskan imej kakitangan perkhidmatan atau organisasi.

- Mewujudkan tanggapan negatif pelanggan negatif terhadap perkhidmatan yang diberikan.

- Melanggarkan keyakinan pelanggan terhadap perkhidmatan yang diberikan.

- Melahirkan tenaga kerja yang tidak produktiviti atau bersikap negatif.

- Menjejaskan daya saing kakitangan perkhidmatan atau organisasi.

SOALAN 3:

Nyatakan tiga kebaikan pemantapan teknologi maklumat dan komunikasi dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam. [3]

- Meningkatkan produktiviti perkhidmatan awam.

- Meningkatkan keyakinan atau kekuasan pelanggan terhadap perkhidmatan awam.

- Meningkatkan daya saing negara di persada antarabangsa.

- Memudahkan pengurusan perkhidmatan awam.

- Melahirkan perkhidmatan awam yang cekap, berkeyakinan tinggi, dan berkemahiran.

SOALAN 4:

Penjawat awam yang berkemahiran tinggi mampu menyelesaikan tugasnya dengan komitmen dan efisien dalam masa yang singkat.

Nyatakan 4 usaha yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk melahirkan lebih ramai penjawat awam yang berkemahiran tinggi. [4]

- Meluaskan akses kepada pendidikan yang berkualiti.

- Memperkasakan pendidikan di peringkat awal kanak-kanak.

- Memantapkan pendidikan rendah dan menengah dalam melahirkan pelajar berpengetahuan.

- Memperkasakan pendidikan teknik dan profesional dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran.

- Memperkasakan pengajian tinggi dalam melahirkan graduan berbakat.

- Mempergiatkan program latihan dan kemahiran dalam meningkatkan produktiviti negara.

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!



💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1