EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2020 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1


大家好啊!我今天要分享 Ekonomi Sem 1 2020 年的考试题目和解答思路。 

PART 1 是关于 Ekonomi Soalan Objektif, PART 2 是关于 Ekonomi Soalan Esei, PART 3 是 Ekonomi Soalan Kuantitatif !

参考的答案我会加黑哦,注意噢!

请看:

SOALAN 1:

Antara berikut, yang manakah barang perantaraan?

A. Mesin.

B. Rumah api.

C. Telefon bimbit.

D. Tepung gandum.

SOALAN 2:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran bagi barang Y dan barang X dalam sebuah ekonomi.

Pertambahan 1 unit pengeluaran barang X, pengeluar perlu

A. mengurangkan kuantiti barang Y sebanyak 3 unit pada setiap kombinasi pengeluaran.

B. menambahkan kuantiti barang Y sebanyak 3 unit pada setiap kombinasi pengeluaran.

C. mengurangkan kuantiti barang Y sebanyak 1 unit pada setiap kombinasi pengeluaran.

D. menambahkan kuantiti barang Y sebanyak 1 unit pada setiap kombinasi pengeluaran.

SOALAN 3:

Antara yang berikut, yang manakah yang benar tentang sistem ekonomi pasaran bebas?

A. Daya usaha individu tinggi.

B. Agihan pendapatan lebih setara.

C. Kerajaan menyediakan barang ekonomi.

D. Keputusan ekonomi dibuat oleh kerajaan dan swasta.

SOALAN 4:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk penawaran (S) bagi suatu barang.

Berapakah kuantiti ditawar pada harga RM 13.00?

A. 90 unit.

B. 82 unit.

C. 69 unit.

D. 63 unit.

SOALAN 5:

Yang berikut ialah persamaan permintaan (Qd) dan persamaan penawaran (Qs) bagi ikan patin:

Qd = 180 - 5P

Qs = 30 + 10P

Dengan P ialah harga (RM / kg) dan Q ialah kuantiti (kg). 

Pada harga RM 20 per kg, maka wujud masalah 

A. lebihan permintaan sebanyak 130 kg.

B. lebihan penawaran sebanyak 130 kg.

C. lebihan permintaan sebanyak 150 kg.

D. lebihan penawaran sebanyak 150 kg.

SOALAN 6:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan (DD) dan keluk penawaran (SS) bagi kereta tempatan.

Peralihan keluk penawaran disebabkan oleh

A. penurunan harga kereta import.

B. kenaikan harga kereta tempatan.

C. kenaikan kadar cukai kereta tempatan.

D. penurunan tingkat pendapatan pengguna.

SOALAN 7:

Fungsi permintaan dan fungsi penawaran suatu barang ialah

Qd = 20 - 2P

Qs = -10 + 4P

Qd = kuantiti diminta (unit), Qs = kuantiti ditawar (unit) dan P = tingkat harga umum (RM).

Jumlah lebihan pengguna ialah

A. RM 12.50

B. RM 25.00

C. RM 37.50

D. RM 50.00

SOALAN 8:

Jadual di bawah menunjukkan tingkat harga dan kuantiti diminta bagi barang M di pasaran.

Harga (RM)

Kuantiti diminta (unit)

10.00

4,000

20.00

3,000

Apabila harga barang M meningkat daripada RM 10.00 kepada RM 20.00, apakah darjah keanjalan permintaan harga bagi barang tersebut?

A. Anjal.

B. Tak anjal.

C. Anjal satu.

D. Anjal sempurna.

SOALAN 9:

Sekiranya nilai pekali keanjalan permintaan silang adalah positif, ini bermakna kedua-dua barang tersebut adalah 

A. barang mewah. 

B. barang bawahan.

C. barang pengganti.

D. barang penggenap.

SOALAN 10:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan (DD) dan keluk penawaran (SS) pasaran barang R sebelum dan selepas pelaksanaan cukai ke atas pengeluar oleh kerajaan.

Pelaksanaan cukai oleh kerajaan menyebabkan 

A. beban cukai yang ditanggung oleh pengeluar sebanyak RM 60.00.

B. jumlah hasil yang diperoleh kerajaan sebanyak RM 90.00.

C. perbelanjaan pengguna meningkat sebanyak RM 270.00

D. lebihan pengguna bertambah sebanyak RM 140.00

SOALAN 11:

Pada tingkat keluaran 40 unit, sebuah firma menanggung kos tetap sebanyak RM 2,000 dan kos purata sebanyak RM 600.

Berapakah kos berubah purata?

A. RM 50.00

B. RM 65.00

C. RM 550.00

D. RM 650.00

SOALAN 12:

Gambar rajah di bawah menunjukkan jumlah keluaran (TP) bagi barang Z yang dikeluarkan pada pelbagai tingkat upah.

Pernyataan yang berikut adalah benar tentang keluk TP yang ditunjukkan, kecuali 

A. keluaran maksimum ialah 23 unit.

B. keluaran sut bagi penggunaan buruh kedua ialah 5 unit. 

C. keluaran purata bagi penggunaan buruh kedua ialah 4 unit.

D. keluaran sut pada penggunaan buruh yang kelima ialah 15 unit.

SOALAN 13:

Yang manakah pernyataan yang benar tentang untung?

A. Untung perakaunan mengambil kira kos lepas.

B. Untung perakaunan lebih kecul daripada untung ekonomi.

C. Untung ekonomi merupakan perbezaan antara jumlah hasil dengan jumlah kos implisit.

D. Untung merupakan pulangan kepada usahawan kerana mereka sanggup menanggung risiko.

SOALAN 14:

Apabila sebuah firma menambahkan output daripada 2 unit kepada 3 unit, hasil purata bertambah daripada RM 15.00 kepada RM 18.00.

Hasil sut firma bagi output keempat ialah RM 26.00 dan jumlah kos ialah RM 45.00, maka keuntungan firma pada output yang keempat ialah

A. RM 59.00

B. RM 35.00

C. RM 30.00

D. RM 24.00

SOALAN 15:

Yang manakah bukan ciri pasaran persaingan sempurna?

A. Firma bebas keluar masuk pasaran.

B. Firma mengeluarkan barang homogen.

C. Firma mempunyai kuasa menentukan harga.

D. Firma mendapat untung normal dalam jangka panjang.

SOALAN 16:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata (AC), keluk kos berubah purata (AVC), keluk kos sut (MC), keluk hasil purata (AR), dan keluk hasil sut (MR) sebuah firma pasaran persaingan sempurna.

Berapakah jumlah kos?

A. 0P2FQ.

B. 0P1GQ.

C. P1P2FG.

D. P0P2FH.

SOALAN 17:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata (AC), keluk kos berubah purata (AVC), keluk kos sut (MC), keluk hasil purata (AR), dan keluk hasil sut (MR) bagi firma pasaran monopoli.

Pada tingkat keseimbangan, firma memperoleh keuntungan sebanyak 

A. RM 234.00

B. RM 80.00

C. RM 54.00

D. RM 32.00

SOALAN 18:

Sebuah firma pasaran persaingan bermonopoli mendapat untung normal dalam jangka panjang kerana

A. bilangan firma yang banyak.

B. peningkatan kos pengiklanan.

C. kebebasan keluar masuk firma.

D. keluarannya mengambil pengganti hampir.

SOALAN 19:

Jadual di bawah menunjukkan jumlah output pada setiap tingkat input berubah.

Input berubah (unit)

1

2

3

4

5

Output (unit)

10

22

35

49

55

Jika harga keluaran ialah RM 5.00, berapakah keluaran hasil sut bagi input berubah keempat?

A. RM 245.00

B. RM 70.00

C. RM 30.00

D. RM 20.00

SOALAN 20:

Kesatuan sekerja menuntut kenaikan upah melalui cara seperti yang berikut, kecuali

A. mengurangkan penawaran buruh. 

B. mengadakan perundingan kolektif.

C. meningkatkan daya keluaran sut buruh.

D. menambahkan kemasukan pekerja asing.

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!



💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1