EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2015 ULANGAN SEM 3 / PENGGAL 3 - 1


大家好啊!我今天要分享 Ekonomi Sem 3 2015 Ulangan 年的考试题目和解答思路。

PART 1 是关于 Ekonomi Soalan Esei, PART 2 是关于 Ekonomi Soalan Kuantitatif !

最后我会附上PDF给大家,大家可以自行下载哦!(仅供参考哦!)

废话不多说,请看:

SOALAN 1:

Huraikan kesan buruk pengangguran kitaran kepada:

    (a)   Taraf hidup masyarakat [3 markah]

      Pengangguran kitaran akan mengurangkan pendapatan negara. Kesannya, pendapatan per kapita juga akan merosot. Seterusnya, taraf hidup rakyat turut merosot dan meningkatkan kadar kemiskinan.

    (b)   Tenaga buruh [3 markah]

  Pengangguran kitaran menyebabkan faktor pengeluaran seperti buruh tidak digunakan dengan sepenuhnya atau dimaksimumkan. Oleh itu, tingkat keluaran negara adalah kurang daripada yang sepatutnya. Maka, tenaga buruh meningkatkan kos latihan untuk meningkatkan semula kemahiran buruh yang sedia ada.


SOALAN 2:

Kerajaan telah menurunkan cukai pada satu tahun yang berkenaan. Oleh itu, pendapatan boleh guna rakyat meningkat. Permintaan agregat turut meningkat. Ini menyebabkan harga umum barangan dan perkhidmatan meningkat.


 (a)       Berdasarkan situasi di atas, apakah masalah ekonomi yang berlaku? [1 markah]
    
       Masalah ekonomi yang berlaku inflasi.

       (b)      Berdasarkan jawapan dalam (a), berikan jenisnya. [1 markah]

       Jenis inflasi adalah inflasi tarikan permintaan.

    (c)  Berdasarkan jawapan dalam (b), jelaskan dua faktor yang menyebabkan masalah ekonomi itu berlaku. [4 markah]

i. Pertambahan perbelanjaan agregat

Apabila perbelanjaan agregat meningkat seperti perbelanjaan kerajaan, permintaan agregat akan meningkat. Maka, pendapatan negara meningkat dan harga umum juga meningkat.


ii. Pertambahan bekalan wang

Apabila bekalan wang bertambah, kadar bunga akan menurun, pelaburan akan meningkat. Maka, permintaan agregat meningkat dan harga umum juga meningkat.


SOALAN 3:

Terangkan tiga komponen dalam akaun semasa di Malaysia. [6 markah]

a) Imbangan akaun dagangan

Imbangan akaun dagangan mencatatkan perbezaan antara nilai eksport barangan dengan nilai import barangan.


b) Imbangan akaun perkhidmatan

Imbangan akaun perkhidmatan mencatatkan perbezaan antara nilai eksport perkhidmatan dengan nilai import perkhidmatan yang melibatkan aktiviti pengangkutan, perjalanan, dan urus niaga kerajaan.


c) Imbangan akaun pendapatan

Imbangan akaun pendapatan mencatatkan perbezaan antara nilai penerimaan keuntungan pelaburan dengan nilai pembayaran keuntungan pelaburan. Keuntungan pelaburan melibatkan dividen, faedah dan pampasan pekerja.


SOALAN 4:

Terangkan dua masalah yang dihadapi oleh PKS di Malaysia dari setiap aspek yang berikut:

    (a)   Pemasaran [2 markah]

- PKS kurang berdaya saing disebabkan kekurangan modal untuk melakukan promosi.

- PKS tidak mempunyai rantaian yang kukuh dengan PKS yang lain serta dengan syarikat multinasional.


    (b)   Bahan mentah [2 markah]

- Harga bahan mentah tidak stabil kerana harganya dikawal oleh pemborong atau orang tengah.

- Bekalan bahan mentah tidak berterusan, terutama bekalan bahan mentah yang diimport.


    (c)   Teknologi [2 markah]

- Modal yang rendah menyebabkan PKS tidak mampu menggunakan teknologi canggih dalam proses pengeluaran.

- Kemahiran buruh yang rendah juga menyebabkan PKS tidak berupaya mengendalikan mesin berteknologi tinggi.


SOALAN 5:

Berbantukan contoh, terangkan dua fungsi institusi kewangan. [6 markah]

a) Perantara kewangan

Perantara kewangan iaitu menerima deposit daripada unit yang mempunyai lebihan dana dan memberikan pinjaman kepada unit yang mengalami kekurangan dana. Sebagai contoh, bank menerima deposit daripada orang ramai dan kemudian meminjamkannya kepada individu atau syarikat yang layak.


b) Penyerakan risiko

Penyerakan risiko iaitu menyalurkan pelbagai bentuk pinjaman seperti pinjaman perniagaan dan pinjaman peribadi. Hal ini akan dapat menyerakkan risiko pinjaman. Sebagai contoh, Bank perdagangan memberikan pinjaman overdraf, pinjaman bercagar, dan pinjaman peribadi kepada pelanggan-pelanggannya.


SOALAN 6:

    (a)   Jelaskan maksud pendapatan garis kemiskinan. [2 markah]

    Pendapatan garis kemiskinan bermaksud pendapatan yang mencukupi bagi membolehkan isi rumah untuk memenuhi keperluan asas iaitu makanan, pakaian, dan tempat tinggal.

    (b)   Berbantukan contoh, terangkan sumber pendapatan bukan upah yang berikut:

(i)   Sewa [2 markah]

     Sewa adalah pendapatan yang diterima oleh pemilik faktor pengeluaran tanah atau penawarannya terhad. Sebagai contoh, sewa tanah atau sewa rumah.

(ii)  Bayaran pindahan [2 markah]

      Bayaran pindahan adalah pendapatan yang diterima oleh individu tanpa sebarang sumbangan dalam proses pengeluaran. Contohnya merupakan pencen diterima pesara.

考试题目和解答思路:

STPM 2015 ULANGAN - Google Drive

                                        好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!

💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1