EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2019 SEM 3 / PENGGAL 3 - 1


哈啰吖,今天的是 Ekonomi Sem 3 2019 年的考试题目和解答思路。

PART 1 是关于 Ekonomi Soalan Esei, PART 2 是关于 Ekonomi Soalan Kuantitatif !

最后附上PDF,大家可以自行下载哦!(仅供参考哦!)

请看:

SOALAN 1:

Dengan memberikan contoh, jelaskan bagaimana perkara yang berikut mempengaruhi perbezaan tingkat upah mengikut pekerjaan.

    (a)   Perbezaan jumlah jam bekerja [2 markah]

 - Pekerja yang bekerja dengan jumlah jam yang panjang akan menerima upah yang tinggi berbanding dengan pekerja yang bekerja dengan jumlah jam yang pendek.

- Contohnya, pekerja yang kerja lebih masa seperti 12 jam sehari akan menerima upah yang tinggi berbanding dengan pekerja yang bekerja 8 jam sehari.


    (b)   Ganjaran bukan wang [2 markah]

   Pekerja yang menerima ganjaran bukan wang seperti kemudahan perumahan, kupon makanan, perubatan percuma akan menerima upah yang lebih rendah berbanding dengan pekerja yang tidak mendapat ganjaran bukan wang.


    (c)   Perbezaan kemahiran [2 markah]

- Pekerja yang mempunyai kemahiran khusus secara relatif akan mendapat upah yang tinggi.

- Contohnya, golongan profesional seperti doktor pakar akan menerima upah yang tinggi berbanding dengan golongan yang tiada kemahiran khusus.


SOALAN 2:

    (a)   Terangkan perbezaan antara kos sara hidup dengan taraf hidup. [2 markah]

Kos sara hidup adalah jumlah perbelanjaan terhadap barangan keperluan asas atau barangan yang penting dalam kehidupan.


Taraf hidup merujuk kepada status kemewahan yang dicapai oleh seseorang dalam kehidupannya berdasarkan pendapatan yang diperoleh.

    (b)   Jelaskan hubungan antara kos sara hidup dengan taraf hidup. [2 markah]

     Kos sara hidup dan taraf hidup mempunyai hubungan songsang atau negatif. Apabila kos sara hidup meningkat, jumlah barangan yang dapat dibeli dengan nilai pendapatan tertentu semakin berkurang. Ini akan menyebabkan taraf hidup seseorang merosot.

    (c)   Terangkan kesan inflasi terhadap kos sara hidup dan taraf hidup. [2 markah]

      Apabila kadar inflasi meningkat, harga barangan meningkat dan kos memperoleh seunit barangan juga meningkat. Apabila kadar inflasi meningkat, harga barangan meningkat. Keupayaan untuk membeli barangan semakin berkurang. Kesannya, taraf hidup menurun.


SOALAN 3:

    (a)   Nyatakan empat butiran dalam akaun perkhidmatan. [4 markah]

- Pengangkutan.

Perjalanan.

Fret dan insurans.

Urus niaga kerajaan.

    (b)   Nyatakan dua butiran dalam akaun pendapatan primer. [2 markah]

- Pampasan pekerja.

- Pendapatan pelaburan.


SOALAN 4:

    (a)   Nyatakan jenis unit perniagaan berdasarkan ciri seperti yang berikut:

(i) Ahli lembaga pengarah dilantik dalam kalangan pemegang saham semasa mesyuarat agung tahunan. [1 markah]

Syarikat Sendirian Berhad.

(ii)Ahli lembaga pengarah dilantik dalam kalangan pemegang saham atau orang luar semasa mesyuarat agung tahunan. [1 markah]

Syarikat Awam Berhad.

(iii)Pemilik menguruskan perniagaan sendiri dengan bantuan ahli keluarga. [1 markah]

Milikan Tunggal.

(iv)Ahli lembaga pengarah dipilih oleh ahli kumpulan melalui pengundian semasa mesyuarat agung tahunan. [1 markah]

Koperasi.

   (b)   Nyatakan perbezaan antara Syarikat Sendirian Berhad dengan Syarikat Awam Berhad dari segi pemilikan modal. [2 markah]

    Syarikat Sendirian Berhad memperoleh modal melalui penjualan saham dalam kalangan pemegang saham manakala Syarikat Awam Berhad memperoleh modal melalui terbitan saham yang dijual kepada orang ramai.


SOALAN 5:

    (a)   Nyatakan fungsi institusi kewangan berdasarkan pernyataan seperti yang berikut:

(i) Syarikat insurans menerima caruman daripada pemegang polisi sebagai jaminan perlindungan. [1 markah]

Sebagai perkongsian risiko.

(ii) Bank perdagangan yang menerima deposit daripada orang ramai telah memberikan pinjaman kepada banyak pihak yang mempelbagaikan portfolio pinjaman. [1 markah]

Sebagai penyerakan risiko.

    (b)   Jelaskan dua peranan institusi kewangan. [4 markah]

i. Pertumbuhan ekonomi

Institusi kewangan menggerakkan dana yang terkumpul supaya dapat dipinjamkan kepada isi rumah dan firma untuk meningkatkan perkembangan ekonomi negara.


ii. Kos menjalankan perniagaan

Institusi kewangan berperanan untuk memberi pinjaman dana kepada unit-unit perniagaan bagi menampung kos perniagaan.


SOALAN 6:

(a)   (i)  Jelaskan maksud Pekali Gini. [2 markah]

Pekali Gus mengukur ketidaksamaan dalam agihan pendapatan dalam sesebuah negara. Nilai 0 menunjukkan agihan pendapatan paling tidak saksama.

(ii) Jika Pekali Gini di negara A ialah 0.34, manakala Pekali Gini di negara B ialah 0.73, bandingkan agihan pendapatan di kedua-dua buah negara tersebut. [2 markah]

Agihan pendapatan di negara A lebih saksama berbanding dengan negara B.

(b)   Nyatakan dua sumber pendapatan daripada bayaran pindahan. [2 markah]

- Bayaran pencen.

- Biasiswa.

考试题目和解答思路:

STPM 2019 - Google Drive

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1