EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 3 / PENGGAL 3 - 1


大家好亚!

我今天要分享Ekonomi Sem 3 2017 年的考试题目和解答思路。

PART 1 是关于 Ekonomi Soalan Esei, PART 2 是关于 Ekonomi Soalan Kuantitatif !

不要迷路哦!

最后我会附上PDF给大家,自行下载哦!(仅供参考哦!)

废话不多说,请看:

SOALAN 1:

Encik Ahmad seorang kerani menerima gaji bulanan sebanyak RM 1,600, manakala Encik Abu seorang inspektor polis menerima gaji sebanyak RM 3,050.

Terangkan tiga faktor yang membezakan gaji yang diterima oleh kedua-dua individu tersebut. [6 markah]

a) Tanggungjawab pekerjaan

Inspektor polis mempunyai tanggungjawab yang lebih besar berbanding dengan kerani. Oleh kerana itu gaji Encik Abu lebih tinggi daripada Encik Ahmad.


b) Perbezaan masa kerja

Inspektor polis bekerja tidak menentukan masa seperti di syif dan lebih masa berbanding dengan kerani yang masa kerja tetap. Oleh kerana itu gaji Encik Abu lebih tinggi daripada Encik Ahmad.


c) Risiko pekerjaan

Inspektor polis mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding dengan kerani. Oleh kerana itu gaji Encik Abu lebih tinggi daripada Encik Ahmad.


SOALAN 2:

Satu daripada dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk menstabilkan ekonomi ialah mengubah perbelanjaan kerajaan dan pencukaian.

    (a)   (i)   Berdasarkan pernyataan di atas, nyatakan dasar kerajaan tersebut. [1 markah]

     Dasar kerajaan tersebut adalah dasar fiskal atau dasar belanjawan.

   (ii)  Berdasarkan jawapan anda pada (a)(i), jelaskan bagaimana dasar tersebut boleh digunakan untuk mengawal inflasi. [4 markah]

Melaksanakan dasar fiskal menguncup atau dasar belanjawan lebihan iaitu dengan kurangkan perbelanjaan kerajaan atau meningkatkan cukai atau mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan menaikkan cukai serentak. Maka, perbelanjaan agregat atau permintaan agregat jatuh, keluaran jatuh, harga juga jatuh dan inflasi dapat dikawal.

    (b)    Nyatakan satu kesan buruk inflasi terhadap ekonomi. [1 markah]

     Kesan buruk ialah tabungan menurun / kos sara hidup meningkat / taraf hidup menurun.


SOALAN 3:

Terangkan tiga dasar perdagangan yang menyebabkan keterbukaan ekonomi negara semakin tinggi. [6 markah]

a) Liberalisasi perdagangan

Liberalisasi perdagangan merupakan mengurangkan atau menghapuskan alat-alat sekatan perdagangan antarabangsa bagi memudahkan aliran barang, perkhidmatan, dan sumber antara negara. Kesannya aktiviti perdagangan antarabangsa meningkat, maka keterbukaan ekonomi negara meningkat.


b) Kawasan perdagangan bebas ASEAN (AFTA)

Tujuan AFTA adalah untuk meningkatkan perdagangan di rantau ASEAN dengan melaksanakan perdagangan bebas dengan mengurangkan atau menghapuskan tarif. Kesannya aktiviti eksport dan import antara negara ASEAN meningkat, maka keterbukaan ekonomi negara meningkat.


c) Galakan eksport

Galakan eksport adalah dasar untuk meningkatkan daya persaingan eksport negara di pasaran antarabangsa. Kesannya eksport negara meningkat, aktiviti perdagangan antarabangsa meningkat dan ini meningkatkan keterbukaan ekonomi negara.


SOALAN 4:

    (a)   Berikan takrif Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi sektor pembuatan dari aspek yang berikut:

(i)   Nilai jualan tahunan [1 markah]

Nilai jualan tahunan tidak melebihi RM 50 juta.

(ii) Bilangan pekerja [1 markah]

Bilangan pekerja tidak melebihi 200 orang pekerja.

     (b)   Nyatakan dua agensi kerajaan yang membantu usahawan PKS dari aspek yang berikut:

(i)   Memberikan pembiayaan atau pinjaman modal [2 markah]

- Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad (SME Bamk).

- Majlis Amanah Rakyat (MARA).

- Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC).

(ii) Memberikan khidmat nasihat perniagaan [2 markah]

- Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC).

- Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN).


SOALAN 5:

    (a)   (i)  Nyatakan dua jenis pinjaman yang ditawarkan oleh bank perdagangan. [2 markah]

      Dua jenis pinjaman yang ditawarkan oleh bank perdagangan adalah overdraf dan kad kredit.

   (ii)  Senaraikan dua agensi pemberi kredit selain bank perdagangan. [2 markah]

Dua agensi pemberi kredit selain bank perdagangan adalah Koperasi dan Syarikat Kewangan.

    (b)   Mengapakah cagaran boleh menjadi satu masalah kepada peminjam untuk mendapatkan pinjaman. [2 markah]

Sebab cagaran boleh menjadi satu masalah kepada peminjam untuk mendapatkan pinjaman:

Masalah cagaran iaitu berkaitan dengan peminjam yang tidak dapat menyediakan cagaran seperti aset tetap kepada pihak bank atau nilai cagaran rendah daripada jumlah yang dipohon.


SOALAN 6:

Jelaskan bagaimana faktor-faktor berikut boleh menyebabkan berlaku kemiskinan.

(i)    Pendidikan [2 markah]

       Tahap pendidikan yang rendah menyebabkan sukar mendapatkan pekerjaan dengan gaji yang tinggi atau terpaksa bekerja dengan upah yang rendah. Kesannya, pendapatan yang rendah atau tidak berubah dan menyebabkan masalah kemiskinan.

(ii)  Teknologi [2 markah]

   Tahap pengeluaran teknologi yang rendah menyebabkan daya pengeluaran dan tingkat keuntungan rendah sehingga gagal keluar dari masalah kemiskinan seperti pertanian sara diri.

(iii) Akses pasaran [2 markah]

   Tiada atau Kekurangan akses pasaran untuk memasarkan produk menyebabkan mereka memperoleh pendapatan yang rendah dan menyebabkan masalah kemiskinan wujud.

考试题目和解答思路:

STPM 2017 - Google Drive

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!

💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1