EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 3 / PENGGAL 3 - 1
我今天要分享Ekonomi Sem 3 2017 年的考试题目和解答思路。
PART 1 是关于 Ekonomi Soalan Esei, PART 2 是关于 Ekonomi Soalan Kuantitatif !
不要迷路哦!
最后我会附上PDF给大家,自行下载哦!(仅供参考哦!)
废话不多说,请看:
SOALAN 1:
Encik Ahmad seorang
kerani menerima gaji bulanan sebanyak RM 1,600, manakala Encik Abu seorang
inspektor polis menerima gaji sebanyak RM 3,050.
Terangkan tiga faktor
yang membezakan gaji yang diterima oleh kedua-dua individu tersebut. [6 markah]
a) Tanggungjawab pekerjaan
Inspektor polis mempunyai tanggungjawab yang lebih besar berbanding dengan kerani. Oleh kerana itu gaji Encik Abu lebih tinggi daripada Encik Ahmad.
b) Perbezaan masa kerja
Inspektor polis bekerja tidak menentukan masa seperti di syif dan lebih masa berbanding dengan kerani yang masa kerja tetap. Oleh kerana itu gaji Encik Abu lebih tinggi daripada Encik Ahmad.
c) Risiko pekerjaan
Inspektor polis mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding dengan kerani. Oleh kerana itu gaji Encik Abu lebih tinggi daripada Encik Ahmad.
SOALAN 2:
Satu daripada dasar
yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk menstabilkan ekonomi ialah mengubah
perbelanjaan kerajaan dan pencukaian.
(a)
(i) Berdasarkan
pernyataan di atas, nyatakan dasar kerajaan tersebut. [1 markah]
Dasar kerajaan tersebut adalah dasar fiskal atau dasar belanjawan.
(ii) Berdasarkan jawapan anda pada (a)(i), jelaskan bagaimana dasar tersebut boleh
digunakan untuk mengawal inflasi. [4 markah]
Melaksanakan dasar fiskal menguncup atau dasar belanjawan lebihan iaitu dengan kurangkan perbelanjaan kerajaan atau meningkatkan cukai atau mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan menaikkan cukai serentak. Maka, perbelanjaan agregat atau permintaan agregat jatuh, keluaran jatuh, harga juga jatuh dan inflasi dapat dikawal.
(b)
Nyatakan satu kesan buruk inflasi terhadap
ekonomi. [1 markah]
Kesan buruk ialah tabungan menurun / kos sara hidup meningkat / taraf hidup menurun.
SOALAN 3:
Terangkan tiga dasar
perdagangan yang menyebabkan keterbukaan ekonomi negara semakin tinggi. [6
markah]
a) Liberalisasi perdagangan
Liberalisasi perdagangan merupakan mengurangkan atau menghapuskan alat-alat sekatan perdagangan antarabangsa bagi memudahkan aliran barang, perkhidmatan, dan sumber antara negara. Kesannya aktiviti perdagangan antarabangsa meningkat, maka keterbukaan ekonomi negara meningkat.
b) Kawasan perdagangan bebas ASEAN (AFTA)
Tujuan AFTA adalah untuk meningkatkan perdagangan di rantau ASEAN dengan melaksanakan perdagangan bebas dengan mengurangkan atau menghapuskan tarif. Kesannya aktiviti eksport dan import antara negara ASEAN meningkat, maka keterbukaan ekonomi negara meningkat.
c) Galakan eksport
Galakan eksport adalah dasar untuk meningkatkan daya persaingan eksport negara di pasaran antarabangsa. Kesannya eksport negara meningkat, aktiviti perdagangan antarabangsa meningkat dan ini meningkatkan keterbukaan ekonomi negara.
SOALAN 4:
(a)
Berikan
takrif Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi sektor pembuatan dari aspek
yang berikut:
(i) Nilai
jualan tahunan [1 markah]
Nilai jualan tahunan tidak melebihi RM 50 juta.
(ii) Bilangan pekerja [1 markah]
Bilangan pekerja tidak melebihi 200 orang pekerja.
(b)
Nyatakan
dua agensi kerajaan yang membantu usahawan PKS dari aspek yang berikut:
(i) Memberikan
pembiayaan atau pinjaman modal [2 markah]
- Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad (SME Bamk).
- Majlis Amanah Rakyat (MARA).
- Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC).
(ii) Memberikan
khidmat nasihat perniagaan [2 markah]
- Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC).
- Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN).
SOALAN 5:
(a)
(i) Nyatakan dua jenis pinjaman yang ditawarkan
oleh bank perdagangan. [2 markah]
Dua jenis pinjaman yang ditawarkan oleh bank perdagangan adalah overdraf dan kad kredit.
(ii) Senaraikan dua agensi pemberi kredit selain bank perdagangan. [2 markah]
Dua agensi pemberi kredit selain bank perdagangan adalah Koperasi dan Syarikat Kewangan.
(b)
Mengapakah
cagaran boleh menjadi satu masalah kepada peminjam untuk mendapatkan pinjaman.
[2 markah]
Sebab cagaran boleh menjadi satu masalah kepada peminjam untuk mendapatkan pinjaman:
Masalah cagaran iaitu berkaitan dengan peminjam yang tidak dapat menyediakan cagaran seperti aset tetap kepada pihak bank atau nilai cagaran rendah daripada jumlah yang dipohon.
SOALAN 6:
Jelaskan bagaimana
faktor-faktor berikut boleh menyebabkan berlaku kemiskinan.
(i) Pendidikan
[2 markah]
Tahap pendidikan yang rendah menyebabkan sukar mendapatkan pekerjaan dengan gaji yang tinggi atau terpaksa bekerja dengan upah yang rendah. Kesannya, pendapatan yang rendah atau tidak berubah dan menyebabkan masalah kemiskinan.
(ii) Teknologi
[2 markah]
Tahap pengeluaran teknologi yang rendah menyebabkan daya pengeluaran dan tingkat keuntungan rendah sehingga gagal keluar dari masalah kemiskinan seperti pertanian sara diri.
(iii) Akses
pasaran [2 markah]
Tiada atau Kekurangan akses pasaran untuk memasarkan produk menyebabkan mereka memperoleh pendapatan yang rendah dan menyebabkan masalah kemiskinan wujud.
考试题目和解答思路:
好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!