EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 3 / PENGGAL 3 - 1


你好呀,我是 Tina 酱~

今天是 Ekonomi Sem 3 2022 年的考试题目和解答思路。

我会分成 PART 1 和 PART 2,请大家注意啰!

PART 1 是关于 Ekonomi Soalan Esei, PART 2 是关于 Ekonomi Soalan Kuantitatif !

这是 PART 1 Ekonomi Soalan Esei,不要迷路了!

最后我会附上PDF给大家,大家可以自行下载哦!(仅供参考哦!)

SOALAN 1:

Terangkan tiga faktor upah di sektor pembuatan lebih tinggi berbanding dengan upah di sektor pertanian. [6 markah]

i. Daya pengeluaran sut (Produktivti buruh)

Daya pengeluaran sut sektor pertanian lebih rendah berbanding dengan sektor pembuatan disebabkan penggunaan teknologi rendah dan berintensifkan buruh. Sebaliknya, daya pengeluaran sut sektor pembuatan lebih tinggi kerana teknologi yang digunakan lebih moden dan canggih, iaitu berintensifkan modal. Daya pengeluaran sut yang tinggi dalam sektor pembuatan menyebabkan buruh mendapat upah yang lebih tinggi berbanding dengan sektor pertanian.


ii. Kemahiran dan kecekapan

Sektor pembuatan menggunakan buruh mahir yang mempunyai kecekapan yang tinggi dalam proses pengeluaran. Memandangkan penawaran buruh mahir adalah terhad dan permintaan terhadap buruh mahir adalah tinggi, buruh dalam sektor pembuatan dibayar upah yang lebih tinggi. Sebaliknya, buruh dalam sektor pertanian tidak memerlukan kemahiran dan latihan yang khusus. Maka, penawaran buruh kurang mahir yang banyak dalam sektor pertanian menyebabkan upah buruhnya adalah lebih rendah.


iii. Pengaruh Kesatuan Sekerja

Kesatuan Sekerja dalam sektor pembuatan mempunyai pengaruh yang kuat dan kedudukan kewangan yang kukuh disebabkan bilangan ahlinya yang banyak. Oleh itu, mereka berupaya untuk menuntut upah yang lebih tinggi. Sebaliknya, kesatuan sekerja dalam sektor pertanian adalah lemah kerana tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi dan kurang berpengaruh. Maka, mereka tidak berupaya untuk menuntut upah yang lebih tinggi.


SOALAN 2:

    (a)   Nyatakan jenis inflasi yang berlaku berdasarkan faktor yang berikut:

(i) Kejatuhan nilai Ringgit Malaysia yang berpunca daripada krisis kewangan Asia pada tahun 1997-1998. [1 markah]  

Inflasi diimport.

(ii) Kenaikan mendadak harga minyak mentah di pasaran antarabangsa pada tahun 2008. [1 markah]  

Inflasi diimport.

(iii) Program transformasi ekonomi negara yang telah meningkatkan jumlah perbelanjaan awam. [1 markah]  

Inflasi tarikan permintaan.

(iv) Kerajaan telah melaksanakan dasar gaji minimum sejak 16 Julai 2012. [1 markah]   

Inflasi tolakan kos.

    (b)   Jelaskan kesan inflasi kepada golongan yang berpendapatan tetap. [2 markah]

i. Kuasa beli menurun.

Apabila inflasi berlaku, pendapatan benar golongan berpendapatan tetap akan menurun. Ini menyebabkan kuasa beli golongan yang berpendapatan tetap terhadap sesuatu barang atau perkhidmatan turut merosot.


ii. Kos hidup meningkat.

Apabila inflasi berlaku, pendapatan benar golongan berpendapatan tetap akan menurun. Kos perbelanjaan bagi mendapatkan sejumlah barangan yang sama akan meningkat.


SOALAN 3:

    (a)   (i)  Apakah yang dimaksudkan dengan keterbukaan ekonomi? [1 markah]  

   Keterbukaan ekonomi bermaksud ukuran sejauh mana sesebuah negara menjalankan perdagangan antarabangsa.

    (ii) Bagaimanakah keterbukaan ekonomi diukur? [1 markah]  

Darjah keterbukaan ekonomi diukur berdasarkan nisbah-nisbah yang berikut:

Nisbah eksport terhadap KDNK = Eksport / KDNK

Nisbah eksport dan import terhadap KDNK = Eksport + Import / KDNK

    (b)   Nyatakan dua langkah yang boleh diambil oleh kerajaan untuk mengawal import. [4 markah]     

Galakan Eksport.

- Penggantian Import.

Dasar Perlindungan.

Liberalisasi Perdagangan.

Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).


SOALAN 4:

Jelaskan tiga ciri unit perniagaan yang berikut:

    (a)   Pemilikan tunggal [3 markah]

- Pemilikan tunggal diuruskan oleh pemilik sendiri dengan bantuan ahli keluarga.

Pemilikan tunggal disumbangkan oleh pemilik sendiri.

Pemilik menanggung liabiliti tidak terhad.

    (b)   Perkongsian [3 markah]

- Perkongsian diuruskan oleh rakan kongsi aktif.

Perkongsian disumbangkan oleh rakan kongsi.

Perkongsian menanggung liabiliti tidak terhad kecuali rakan kongsi terhad.


SOALAN 5:

Terangkan dua fungsi institusi kewangan. [6 markah]

a.) Perantara kewangan

Perantara kewangan bertujuan menyalurkan dana daripada unit yang mengalami lebihan dana kepada unit yang mengalami kekurangan dana. Ia memberi pembiayaan atau pinjaman kepada unit yang mengalami kekurangan dana melalui overdraf, sewa beli, bon, sekuriti dan pinjaman bercagar.


b.) Penyerakan risiko

Institusi kewangan seperti bank perdagangan yang menerima deposit daripada orang ramai akan meminjamkan deposit tersebut kepada banyak peminjam serta mempelbagaikan portfolio pinjaman. Penyaluran lebihan dana kepada banyak peminjam dapat menyerakkan risiko pinjaman.


c.) Perkongsian risiko

Institusi kewangan seperti syarikat insurans menerima caruman dalam bentuk premium daripada pemegang polisi insurans sebagai jaminan perlindungan kewangan daripada risiko kemalangan, kematian, dan lain-lain. Jaminan perlindungan tersebut dapat mengurangkan kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pemegang polisi insurans sekiranya berlaku risiko luar jangkaan.


SOALAN 6:

    (a)   Terangkan maksud kemiskinan mutlak. [2 markah]

     Kemiskinan mutlak merujuk kepada kekurangan pendapatan untuk memenuhi sara hidup yang minimum atau keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Kemiskinan mutlak juga merujuk kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada pendapatan garis kemiskinan.

    (b)   Bagaimanakah tahap pendidikan boleh menyebabkan berlakunya kemiskinan? [2 markah]

    Tahap pendidikan yang rendah boleh menyebabkan berlakunya kemiskinan mutlak. Hal ini demikian kerana sukar mempelajari kemahiran baharu dan menerima pembaharuan yang dibawa oleh kerajaan.

    (c)   Nyatakan dua program untuk membasmi kemiskinan. [2 markah]

- Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).

Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Skim Baucar Tuisyen (SBT).

考试题目和解答思路:

STPM 2022 - Google Drive

                                       好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!

💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

                                                               重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1