EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2020 SEM 3 / PENGGAL 3 - 1


嘿嘿嘿,今天的是 Ekonomi Sem 3 2020 年的考试题目和解答思路。

PART 1 是关于 Ekonomi Soalan Esei, PART 2 是关于 Ekonomi Soalan Kuantitatif !

最后我会附上PDF给大家,大家可以自行下载哦!(仅供参考哦!)

废话不多说,请看:

SOALAN 1:

  (a) Jelaskan bagaimana pengurangan dalam permintaan agergat boleh menyebabkan berlakunya pengangguran. [2 markah]

Apabila permintaan agregat berkurang, ini akan menyebabkan berlakunya lebihan penawaran agregat.

- Lantaran itu, firma akan mengurangkan keluaran, penggunaan buruh juga turut dikurangkan.

Kesannya, wujud pengangguran.

(b) Nyatakan empat kesan pengangguran terhadap negara. [4 markah]

- Pendapatan per kapita berkurang.

Taraf hidup rakyat merosot.

Kadar kemiskinan rakyat meningkat.

Hasil kerajaan berkurang.

Pertumbuhan ekonomi terjejas.

Kemahiran buruh hilang.

Menimbulkan masalah sosial seperti jenayah.


SOALAN 2:

Takrifkan dasar yang berikut dan jelaskan bagaimana dasar ini boleh mengawal inflasi berserta dengan contoh:

(a)   Dasar harga maksimum [3 markah]

- Dasar harga maksimum adalah langkah kerajaan menetapkan harga lebih rendah dari harga keseimbangan pasaran.

Pelaksanaan dasar harga maksimum dapat menurunkan tingkat harga umum dan indeks harga pengguna jatuh.

Contohnya, kerajaan menetapkan harga sekilogram gula RM 2.50.

(b)   Dasar pendapatan [3 markah]

- Dasar pendapatan adalah langkah kerajaan menetapkan upah lebih rendah dari upah pasaran.

Dasar ini akan mengurangkan kos pengeluaran, maka harga barangan tidak akan meningkat dan inflasi dapat dikawal.

Contohnya, kerajaan menetapkan dasar upah maksimum RM 2,000 selepas berunding dengan kesatuan sekerja.

Contohnya yang lain ialah rundingan antara pihak kerajaan dengan kesatuan sekerja dan majikan.


SOALAN 3:

Semasa krisis kewangan Asia Tenggara pada tahun 1997/1998 melanda, kadar pertukaran Ringgit Malaysia per Dolar Amerika Syarikat telah menjunam ke paras RM 4.88 per Dolar Amerika Syarikat. Akibatnya bermula pada 2 September 1998, Bank Negara Malaysia telah menambat nilai Ringgit Malaysia kepada Dolar Amerika Syarikat pada kadar RM 3.80 per unit Dolar Amerika Syarikat.

Berdasarkan pernyataan di atas,

(a)   Nyatakan sistem kadar pertukaran yang diamalkan oleh negara dalam tempoh

(i)                 Sebelum 2 September 1998 [1 markah]

Kadar pertukaran boleh ubah.

(ii)              Pada 2 September 1998 [1 markah]

Kadar pertukaran tetap.

(b)   Jelaskan kesan perubahan nilai Ringgit Malaysia daripada RM 4.88 per Dolar Amerika Syarikat kepada RM 3.80 per Dolar Amerika Syarikat terhadap

(i)                 Harga barang domestik [2 markah]

Harga barang domestik murah dan permintaan terhadap barang import akan meningkat.

(ii)              Daya saing eksport [2 markah]

Daya saing eksport akan terjejas kerana harga barangan eksport secara relatif lebih mahal.


SOALAN 4:

Dengan memberikan contoh, jelaskan program yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk memajukan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) seperti yang berikut:

(a)   Program Rantaian Industri [2 markah]

- Program ini dilakukan oleh kerajaan bagi menjadikan PKS sebagai pembekal peralatan dan komponen kepada syarikat besar dalam jangka panjang.

- Contohnya, Proton dan Petronas menjadi vendor bagi membantu perkembangan PKS dalam industri yang berkaitan.

(b)   Program Pembangunan Pemasaran [2 markah]

Kerajaan menyediakan kemudahan dan bantuan kepada usahawan PKS meneroka serta merebut peluang pasaran, meluaskan saiz pasaran sedia ada dan meningkatkan daya saing PKS dalam pasaran terbuka.

(c)   Program Peningkatan Kemahiran [2 markah]

- Program ini bertujuan meningkatkan kemahiran dan keupayaan pekerja PKS dari aspek teknikal dan pengurusan untuk meningkatkan produktiviti PKS.

- Contohnya, MEDEC dan MARA.


SOALAN 5:

Dengan menggunakan satu contoh agensi, jelaskan peranan agensi pemberi kredit seperti yang berikut:

(a)   Koperasi [2 markah]

  Koperasi adalah sebuah institusi yang menyediakan kemudahan pinjaman untuk ahlinya seperti yang diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Contohnya, Koperasi Sekolah dan Koperasi Guru.

(b)   Syarikat Insurans [2 markah]

   Syarikat Insurans memberi perlindungan kepada pemegang polisi insurans daripada risiko tertentu dan membayar pampasan sekiranya risiko yang diinsuranskan benar-benar berlaku. Contohnya, Great Eastern.

(c)   Ar-Rahnu [2 markah] 

   Ar-Rahnu adalah satu sistem pajak gadai Islam yang berlandaskan hukum syariah dan mengamalkan konsep muamalat. Contohnya, Ar-Rahnu Agrobank.


SOALAN 6:

(a)   Berdasarkan objektif setiap agensi yang berikut, namakan agensi yang terlibat untuk membasmi kemiskinan:

(i)                 Memberikan kredit kepada ibu tunggal yang kurang berkemampuan [1 markah]

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

(ii)              Membantu memasarkan hasil tani [1 markah]

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

(iii)            Mengurus bantuan kepada masyarakat Islam yang miskin [1 markah]

Baitumal atau Lembaga Zakat.

(b)   Nyatakan tiga program kerajaan yang membantu membasmi kemiskinan. [3 markah]

- Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).

- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

- Skim Baucar Tuisyen (SBT).

考试题目和解答思路:


  好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1