EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2020 SEM 3 / PENGGAL 3 - 1
嘿嘿嘿,今天的是 Ekonomi Sem 3 2020 年的考试题目和解答思路。
PART 1 是关于 Ekonomi Soalan Esei, PART 2 是关于 Ekonomi Soalan Kuantitatif !
最后我会附上PDF给大家,大家可以自行下载哦!(仅供参考哦!)
废话不多说,请看:
- Apabila permintaan agregat berkurang, ini akan menyebabkan berlakunya lebihan penawaran agregat.
- Lantaran itu, firma akan mengurangkan keluaran, penggunaan buruh juga turut dikurangkan.
- Kesannya, wujud pengangguran.
- Pendapatan per kapita berkurang.
- Taraf hidup rakyat merosot.
- Kadar kemiskinan rakyat meningkat.
- Hasil kerajaan berkurang.
- Pertumbuhan ekonomi terjejas.
- Kemahiran buruh hilang.
- Menimbulkan masalah sosial seperti jenayah.
Takrifkan dasar yang
berikut dan jelaskan bagaimana dasar ini boleh mengawal inflasi berserta dengan
contoh:
(a)
Dasar
harga maksimum [3 markah]
- Dasar harga maksimum adalah langkah kerajaan menetapkan harga lebih rendah dari harga keseimbangan pasaran.
- Pelaksanaan dasar harga maksimum dapat menurunkan tingkat harga umum dan indeks harga pengguna jatuh.
- Contohnya, kerajaan menetapkan harga sekilogram gula RM 2.50.
(b)
Dasar
pendapatan [3 markah]
- Dasar pendapatan adalah langkah kerajaan menetapkan upah lebih rendah dari upah pasaran.
- Dasar ini akan mengurangkan kos pengeluaran, maka harga barangan tidak akan meningkat dan inflasi dapat dikawal.
- Contohnya, kerajaan menetapkan dasar upah maksimum RM 2,000 selepas berunding dengan kesatuan sekerja.
- Contohnya yang lain ialah rundingan antara pihak kerajaan dengan kesatuan sekerja dan majikan.
Semasa
krisis kewangan Asia Tenggara pada tahun 1997/1998 melanda, kadar pertukaran
Ringgit Malaysia per Dolar Amerika Syarikat telah menjunam ke paras RM 4.88
per Dolar Amerika Syarikat. Akibatnya bermula pada 2 September 1998, Bank
Negara Malaysia telah menambat nilai Ringgit Malaysia kepada Dolar Amerika
Syarikat pada kadar RM 3.80 per unit Dolar Amerika Syarikat. |
Berdasarkan pernyataan
di atas,
(a)
Nyatakan
sistem kadar pertukaran yang diamalkan oleh negara dalam tempoh
(i)
Sebelum
2 September 1998 [1 markah]
Kadar pertukaran boleh ubah.
(ii) Pada 2 September 1998 [1 markah]
Kadar pertukaran tetap.
(b)
Jelaskan
kesan perubahan nilai Ringgit Malaysia daripada RM 4.88 per Dolar Amerika
Syarikat kepada RM 3.80 per Dolar Amerika Syarikat terhadap
(i)
Harga
barang domestik [2 markah]
Harga barang domestik murah dan permintaan terhadap barang import akan meningkat.
(ii)
Daya
saing eksport [2 markah]
Daya saing eksport akan terjejas kerana harga barangan eksport secara relatif lebih mahal.
Dengan memberikan
contoh, jelaskan program yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk memajukan
Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) seperti yang berikut:
(a)
Program
Rantaian Industri [2 markah]
- Program ini dilakukan oleh kerajaan bagi menjadikan PKS sebagai pembekal peralatan dan komponen kepada syarikat besar dalam jangka panjang.
- Contohnya, Proton dan Petronas menjadi vendor bagi membantu perkembangan PKS dalam industri yang berkaitan.
(b)
Program
Pembangunan Pemasaran [2 markah]
Kerajaan menyediakan kemudahan dan bantuan kepada usahawan PKS meneroka serta merebut peluang pasaran, meluaskan saiz pasaran sedia ada dan meningkatkan daya saing PKS dalam pasaran terbuka.
(c)
Program
Peningkatan Kemahiran [2 markah]
- Program ini bertujuan meningkatkan kemahiran dan keupayaan pekerja PKS dari aspek teknikal dan pengurusan untuk meningkatkan produktiviti PKS.
- Contohnya, MEDEC dan MARA.
Dengan menggunakan
satu contoh agensi, jelaskan peranan agensi pemberi kredit seperti yang
berikut:
(a)
Koperasi
[2 markah]
Koperasi adalah sebuah institusi yang menyediakan kemudahan pinjaman untuk ahlinya seperti yang diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Contohnya, Koperasi Sekolah dan Koperasi Guru.
(b)
Syarikat
Insurans [2 markah]
Syarikat Insurans memberi perlindungan kepada pemegang polisi insurans daripada risiko tertentu dan membayar pampasan sekiranya risiko yang diinsuranskan benar-benar berlaku. Contohnya, Great Eastern.
(c)
Ar-Rahnu
[2 markah]
Ar-Rahnu adalah satu sistem pajak gadai Islam yang berlandaskan hukum syariah dan mengamalkan konsep muamalat. Contohnya, Ar-Rahnu Agrobank.
(a)
Berdasarkan
objektif setiap agensi yang berikut, namakan agensi yang terlibat untuk membasmi
kemiskinan:
(i)
Memberikan
kredit kepada ibu tunggal yang kurang berkemampuan [1 markah]
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).
(ii)
Membantu
memasarkan hasil tani [1 markah]
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
(iii) Mengurus bantuan kepada masyarakat Islam yang miskin [1 markah]
Baitumal atau Lembaga Zakat.
(b)
Nyatakan
tiga program kerajaan yang membantu membasmi kemiskinan. [3 markah]
- Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).
- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
- Skim Baucar Tuisyen (SBT).