EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2014 SEM 3 / PENGGAL 3 - 2

我来啦!!!

这次是 Ekonomi Sem 3 2014 年的考试题目和解答思路。

这是 PART 2 的 Soalan Kuantitatif 哦!仅供参考!

还没有看过 PART 1 的 Soalan Esei 请点这里:

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2014 SEM 3 / PENGGAL 3 - 1 (scorpion050832.blogspot.com)

老规矩,最后我会附上PDF给大家,大家可以自行下载哦!

SOALAN 7:

Jadual di bawah menunjukkan data tenaga buruh, guna tenaga mengikut sektor ekonomi, dan jumlah penduduk dari tahun 2008 hingga tahun 2010.

Butiran

2008

(ribu orang)

2009

(ribu orang)

2010

(ribu orang)

Tenaga buruh

11,028.1

11,315.3

11,517.2

 

 

Guna tenaga mengikut sektor

Pertanian

1,487.7

1,471.1

1,475.1

Perlombongan dan kuari

54.5

62.7

55.3

Pembuatan

1,944.7

1,807.1

1,879.7

Pembinaan

998.0

1,015.9

1,019.0

Perkhidmatan

6,174.6

6,540.3

6,700.5

Jumlah penduduk

27,540.6

27,849.9

28,039.1

(Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, 2013)

(a)   Berikan maksud tenaga buruh dan guna tenaga. [2 markah]

Tenaga buruh ialah jumlah penduduk yang berumur antara 15 tahun hingga 64 tahun yang sedang

bekerja atau sedang aktif mencari pekerjaan tetapi tidak termasuk pelajar, suri rumah tangga, dan

orang kurang upaya.


Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang menjalankan pekerjaan produktif untuk mengeluarkan

output negara.

(b) (i)   Hitung jumlah guna tenaga bagi tahun 2008, tahun 2009, dan tahun 2010. [2 markah]

Guna tenaga mengikut sektor

Tahun 2008

Tahun 2009

Tahun 2010

 

(ribu orang)

(ribu orang)

(ribu orang)

Pertanian

1,487.7

1,471.1

1,475.1

Perlombongan dan kuari

54.5

62.7

55.3

Pembuatan

1,944.7

1,807.1

1,879.7

Pembinaan

998.0

1,015.9

1,019.0

perkhidmatan

6,174.6

6,540.3

6,700.5

Jumlah guna tenaga (ribu orang)

10,659.5

10,897.1

11,129.6

     (ii)  Hitung kadar pengangguran bagi tahun 2008, tahun 2009, dan tahun 2010. [3 markah]

Tahun

Kadar Pengangguran (%)

2008

(11,028.1 10,659.5) / 11,028.1 x 100 = 3.34

2009

(11,315.3 10,897.1) / 11,315.3 x 100 = 3.70

2010

(11,517.2 11,129.6) / 11,517.2 x 100 = 3.37

     (iii) Hitung peratus jumlah penduduk yang dikategorikan sebagai “di luar tenaga buruh” pada tahun 2008, tahun 2009, dan tahun 2010. [3 markah]

Tahun

Peratus Jumlah Penduduk dalam kategori “di luar tenaga buruh”

2008

(27,540.6 11,028.1) / 27,540.6 x 100 = 59.96%

2009

(27,849.9 11,315.3) / 27,849.9 x 100 = 59.37%

2010

(28,039.1 11,517.2) / 28,039.1 x 100 = 58.92%


SOALAN 8:

Jadual di bawah menunjukkan nilai eksport, nilai import, dan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dari tahun 2006 hingga tahun 2009.

Tahun

Nilai eksport

(RM juta)

Nilai import

(RM juta)

KDNK

(RM juta)

2006

669,505

539,443

574,441

2007

706,382

574,172

642,049

2008

766,096

594,160

742,470

2009

655,336

508,927

679,938

(Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010)

     (a)  (i)       Hitung kadar pertumbuhan eksport negara dari tahun 2007 hingga tahun 2009. [2 markah]

Tahun

Kadar Pertumbuhan Eksport Negara

2007

(706,382 – 669,505) / 669,505 x 100 = 5.51%

2008

(766,096 – 706,382) / 706,382 x 100 = 8.45%

2009

(655,336 – 766,096) / 766,096 x 100 = -14.46%

    (ii)       Berdasarkan (a)(i), jelaskan arah aliran pertumbuhan eksport tersebut. [1 markah]

Kadar pertumbuhan eksport negara semakin meningkat pada tahun 2007 ke tahun 2008 dari 5.51% kepada 8.45% dan menurun pada tahun 2019 dari 8.45% kepada -14.46%.

   (iii)       Berikan dua alasan kemerosotan nilai eksport pada tahun 2009. [2 markah]

Dua alasan kemerosotan nilai eksport pada tahun 2009:

• Ringgit Malaysia naik nilai.

• Kerajaan menarik baik insentif kewangan.

(b)   Hitung kadar pertumbuhan KDNK dari tahun 2007 hingga tahun 2009. [2 markah]

Tahun

Kadar Pertumbuhan KDNK (%)

2007

(642,049 574,441) / 574,441 x 100 = 11.77

2008

(742,470 – 642,044) / 642,044 x 100 = 15.64

2009

(679,938 – 742,470) / 742,470 x 100 = -8.42

(c)  (i)       Hitung darjah keterbukaan ekonomi negara dari tahun 2007 hingga tahun 2009. [2 markah]

Tahun

Darjah Keterbukaan Ekonomi

2007

(706,382 + 574,172) / 642,044 = 1.99

2008

(766,096 + 594,166) / 742,470 = 1.83

2009

(655,336 + 508,927) / 679,938 = 1.71

     (ii)       Apakah rumusan anda berdasarkan jawapan pada (c)(i)? [1 markah]

Darjah keterbukaan ekonomi semakin menurun dari tahun 2007 hingga tahun 2009 iaitu 1.99 ke 1.71.

考试题目和解答思路:

STPM 2014 - Google Drive

                                           好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!

💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

                                                                      重要的事情说三次!!! 

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1