EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2014 SEM 3 / PENGGAL 3 - 1

Halo吖,今天的是 Ekonomi Sem 3 2014 年的考试题目和解答思路。

PART 1 是关于 Ekonomi Soalan Esei, PART 2 是关于 Ekonomi Soalan Kuantitatif !

最后我会附上PDF给大家,大家可以自行下载哦!

废话不多说,请看(仅供参考哦!):

SOALAN 1:

    (a)  Berikan maksud upah nominal dan upah benar. [2 markah]

Upah nominal bermaksud bayaran dalam bentuk wang yang diterima oleh buruh sebagai ganjaran atas sumbangan tenaga fizikal dan mentah dalam proses pengeluaran.


Upah benar bermaksud kuasa beli atau kemampuan upah wang untuk mendapatkan barang dan perkhidmatan.

    (b)  Terangkan dua faktor yang membezakan upah mengikut sektor. [4 markah]

- Daya pengeluaran sut (Produktiviti buruh) / Perbezaan daya pengeluaran dan penggunaan teknologi yang tinggi.

Daya pengeluaran sut sektor pertanian lebih rendah berbanding dengan sektor perindustrian / sektor perkilangan disebabkan penggunaan teknologi rendah dan berintensifkan buruh. Sebaliknya, daya pengeluaran sut sektor perindustrian / sektor perkilangan lebih tinggi kerana teknologi yang digunakan lebih moden dan canggih, iaitu berintensifkan modal. Daya pengeluaran sut yang tinggi dalam sektor perindustrian / sektor perkilangan menyebabkan buruh mendapat upah yang lebih tinggi berbanding dengan sektor pertanian.

- Pengaruh Kesatuan Sekerja / Perbezaan kekuatan Kesatuan Sekerja.

Kesatuan Sekerja dalam sektor perindustrian / sektor perkilangan mempunyai pengaruh yang kuat dan kedudukan kewangan yang kukuh disebabkan bilangan ahlinya yang banyak. Oleh itu, mereka berupaya untuk menuntut upah yang lebih tinggi. Sebaliknya, kesatuan ini dalam sektor pertanian adalah lemah kerana tiada sumber kewangan mencukupi dan kurang berpengaruh. Maka, mereka tidak berupaya bagi menuntut upah yang lebih tinggi.


SOALAN 2:

Huraikan kesan inflasi ke atas

    (a)   Pertumbuhan ekonomi negara [2 markah]

      Inflasi yang sederhana menyebabkan pelaburan firma bertambah. Maka, kegiatan ekonomi berkembang dan pertumbuhan ekonomi meningkat. Sebaliknya jika inflasi yang tinggi / melampau akan meningkatkan harga faktor pengeluaran. Maka, kos pengeluaran meningkat, pengeluaran berkurang, pelaburan dalam negara akan merosot dan pertumbuhan ekonomi terjejas.

    (b)   Golongan penghutang [2 markah]

     Untung kerana membayar hutang pinjaman pada kadar bunga benar yang lebih rendah kerana kadar faedah pinjaman bank tetap.

    (c)   Golongan pesara [2 markah]

     Rugi semasa inflasi kerana pendapatan benar merosot atau kuasa beli semakin berkurangan. Dengan pendapatan wang yang sama, semakin kurang kualiti barang yang boleh dibeli.


SOALAN 3:

    (a)   Apakah yang dimaksudkan dengan keterbukaan ekonomi dan bagaimana ia diukur? [2 markah]

Keterbukaan ekonomi adalah ukuran sejauh mana sesebuah negara menjalankan kegiatan perdagangan antarabangsa. Cara mengukur keterbukaan ekonomi adalah dengan:

i. Menghitung nisbah jumlah nilai eksport terhadap KDNK

Darjah keterbukaan ekonomi =Eksport / KDNK


ii. Menghitung nisbah jumlah nilai eksport dan jumlah nilai import terhadap KDNK

Darjah keterbukaan ekonomi = (Eksport + Import) / KDNK

    (b)   Huraikan dua kesan negatif perdagangan antarabangsa kepada ekonomi negara. [4 markah]

- Persaingan daripada industri luar negara / Persaingan kepada pasaran tempatan.

Industri muda ialah industri yang baru dibangunkan dan belum mencapai tahap kecekapan optimum dari segi pengeluaran, teknologi, peruntukan sumber dan kemahiran buruh seperti industri luar negara. Justeru, industri muda sukar bersaing dengan industri luar negara yang sudah lama dan stabil dalam pasaran.


- Kehausan sumber.

Pengkhususan pengeluaran, terutama dalam pengeluaran bahan mentah akan menyebabkan kehausan sumber negara dalam jangka panjang. Kesannya, pengangguran berlaku dalam sektor ekonomi tertentu dan pendapatan negara merosot.


SOALAN 4:

    (a)   Apakah maksud kadar pertukaran tetap dan bagaimana ia diukur? [4 markah]

      Kadar pertukaran tetap bermaksud kadar pertukaran yang ditetapkan oleh kerajaan sesebuah negara. Contohnya, kerajaan menetapkan kadar pertukaran antara Dolar Amerika dengan Ringgit Malaysia pada kadar USD 1.00 = RM 3.80 (tambatan RM).

    (b)   Nyatakan dua kesan kenaikan kadar tukaran asing terhadap ekonomi negara. [2 markah]

- Kesan kenaikan nilai Ringgit Malaysia terhadap imbangan dagangan.

- Kesan kenaikan nilai Ringgit Malaysia terhadap aliran masuk modal.

- Kesan kenaikan nilai Ringgit Malaysia terhadap hutang negara.


SOALAN 5: 

Jelaskan perbezaan antara Syarikat Sendirian Berhad dengan Syarikat Awam Berhad dari aspek yang berikut:

    (a)   Bilangan ahli [2 markah]

     Syarikat Sendirian Berhad mempunyai bilangan ahli antara 2 hingga 50 orang manakala Syarikat Awam Berhad mempunyai bilangan ahli sekurang-kurangnya 2 orang dan tiada had maksimum.

    (b)   Pemilikan saham [2 markah]

      Saham Syarikat Sendirian Berhad boleh dimiliki oleh individu tertentu sahaja manakala saham Syarikat Awam Berhad terbuka kepada orang ramai.

    (c)   Pindah milik saham [2 markah]

     Pindah milik saham Syarikat Sendirian Berhad perlu mendapatkan persetujuan semua pemegang saham. Dalam Syarikat Awam Berhad pula, saham bebas dipindah milik tanpa persetujuan pemegang saham.


SOALAN 6:

Berikan dua peranan agensi pemberi kredit yang berikut:

    (a)   Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) [2 markah]

- Memberikan bantuan modal kepada pengusaha dari kalangan golongan miskin dan berpendapatan rendah.

- Memberikan latihan dan khidmat nasihat yang berkaitan dengan kaedah memulakan perniagaan.

    (b)   Syarikat Ar-Rahnu [2 markah]

- Menyimpan barang gadaian tanpa mengenakan riba (faedah).

- Memberikan pinjaman tunai bersamaan nilai gadaian.

    (c)   Koperasi [2 markah]

- Memberikan pinjaman persendirian kepada ahli.

- Menerima deposit melalui pembelian saham koperasi.

考试题目和解答思路:

STPM 2014 - Google Drive

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1