EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2013 ULANGAN SEM 3 / PENGGAL 3 - 1

大家好啊!我今天要分享Ekonomi Sem 3 2013年的考试题目和解答思路。

PART 1 是关于 Ekonomi Soalan Esei, PART 2 是关于 Ekonomi Soalan Kuantitatif !

最后我会附上PDF给大家,大家可以自行下载哦!(仅供参考哦!)

废话不多说,请看:

SOALAN 1:

     (a)   Apakah maksud pengangguran geseran dan pengangguran tidak ketara. [2 markah]

Maksud pengangguran geseran merupakan golongan tenaga buruh yang tidak bekerja untuk suatu jangka masa tertentu disebabkan berlaku perpindahan pekerjaan.


Maksud pengangguran tidak ketara merupakan keadaan tenaga buruh yang diambil bekerja yang diambil bekerja melebihi bilangan pekerja yang sebenarnya diperlukan.

     (b)   Berikan dua faktor yang menyebabkan pengangguran geseran berlaku dann dua faktor pengangguran tak ketara berlaku. [4 markah]

Dua faktor yang menyebabkan pengangguran geseran berlaku:

- Mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan.

- Buruh tidak mempunyai maklumat yang cukup tentang sesuatu pekerjaan.

- Mobiliti buruh terhad.

- Proses mengambil pekerja oleh majikan adalah lama.


Dua faktor yang menyebabkan pengangguran tak ketara berlaku:

Berlaku kemelesetan ekonomi.

Kurang peluang pekerjaan.

Kurang mobiliti buruh.

Penawaran buruh berlebihan.


SOALAN 2:

    (a)   Jelaskan dua faktor yang menyebabkan inflasi tolakan kos berlaku dan dua faktor inflasi diimport berlaku. [4 markah]

Dua faktor yang menyebabkan inflasi tolakan kos berlaku:

- Kenaikan kos bahan mentah

Maka, kos pengeluaran meningkat, penawaran agregat jatuh dan harga akan meningkat.


- Kenaikan upah buruh

Maka, kos pengeluaran meningkat, penawaran agregat jatuh dan harga akan meningkat.


Dua faktor inflasi diimport berlaku:

- Kenaikan harga barang import / berlaku inflasi di negara pengeksport.

Maka barang dijual dalam negara dengan harga yang lebih mahal.


- Kenaikan nilai mata wang asing.

Maka harga barang import semakin mahal.

   (b) “Kadar inflasi antara 2 hingga 3 peratus dianggap baik kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.” Jelaskan pernyataan ini. [2 markah] 

- Peningkatan perbelanjaan agregat

Dapat menggalakkan peningkatan komponen perbelanjaan agregat seperti perbelanjaan penggunaan isi rumah dan pelaburan. Maka, keluaran akan bertambah dan kadar pertumbuhan ekonomi akan meningkat.


- Peningkatan pelaburan

Firma meningkatkan pelaburan kerana dapat lebih untung kerana harga barang meningkat. Maka, kadar pertumbuhan ekonomi akan meningkat.


SOALAN 3:

Huraikan tiga strategi galakan eksport yang diamalkan oleh kerajaan Malaysia. [6 markah]

- Memberikan insentif fiskal

Ini bertujuan menggalakkan industri tempatan untuk meningkatkan pengeluaran barangan bukan sahaja untuk memenuhi keperluan pasaran tempatan, malah bagi pasaran eksport. (mengurangkan cukai keuntungan korporat, elaun, cukai pelaburan dan skim jaminan eksport)


Menyediakan insentif kewangan

Institusi kewangan dan pihak kerajaan menyediakan bantuan modal untuk industri tempatan yang berorientasikan eksport.


Mewujudkan Zon Perdagangan Bebas

Pengurangan cukai bahan mentah dan penyediaan kemudahan infrastruktur untuk industri yang beroperasi di Zon Perdagangan Bebas.


SOALAN 4:

    (a)   Nyatakan dua masalah yang sering dihadapi oleh Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia. [2 markah]    

- Kekurangan bahan mentah.

- Kekurangan teknologi.

       (b)        Jelaskan dua sumbangan PKS terhadap pembangunan ekonomi sesebuah negara. [4 markah]

- Meningkatkan keluaran negara

PKS yang terlibat dalam pelbagai jenis aktiviti pengeluaran, terutama sektor utama telah banyak menyumbangkan nilai ditambah kepada keluaran negara.


- Meningkatkan hasil kerajaan

Peningkatan dalam nilai jualan PKS akan dapat meningkatkan hasil kutipan cukai. Jadi, hasil kerajaan akan meningkat dan perkembangan ekonomi negara.


SOALAN 5:

Huraikan tiga masalah yang dihadapi oleh peminjam untuk mendapatkan kredit daripada institusi kewangan. [6 markah]

i. Masalah cagaran

o Bank mengenakan syarat cagaran yang agak ketat terhadap peminjam.

o Peminjam perlu mencagarkan harta atau aset yang berharga seperti rumah dan tanah untuk mendapatkan pinjaman.

o Kekurangan harta, terutama dalam kalangan golongan muda menyebabkan mereka sukar memperoleh pinjaman.


ii. Penyediaan kertas kerja

o Bank memerlukan peminjam menyediakan kertas kerja yang lengkap termasuk menyediakan penyata kewangan serta menyenaraikan misi, objektif dan tujuan menjalankan perniagaan bagi menyakinkan pihak bank bahawa projek yang dijalankan pasti berjaya.

o Kegagalan kertas kerja yang baik menyebabkan peminjam gagal mendapat pinjaman.


iii. Pembayaran balik kredit

o Bank lazimnya akan mengenakan syarat pembayaran balik kredit yang ketat bagi memastikan peminjam menjelaskan bayaran ansuran dalam tempoh yang ditetapkan.

o Peminjam yang gagal menjelaskan bayaran ansuran dalam tempoh yang ditetapkan akan dikenakan penalti dan caj tambahan.

o Keadaan ini telah mewujudkan kekangan dan seterusnya menghalang peminjam mendapatkan kemudahan kredit.


SOALAN 6:

       (a)   Apakah maksud kemiskinan mutlak dan kemiskinan relatif. [2 markah]

Maksud kemiskinan mutlak ialah kekurangan pendapatan untuk memenuhi sara hidup yang minimum atau keperluan asas seperti pakaian, makanan dan tempat tinggal.


Maksud kemiskinan relatif ialah perbandingan pendapatan antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain dari segi kaum, strata atau kawasan.

       (b)   Huraikan perbezaan pengukuran antara kemiskinan mutlak dengan kemiskinan relatif. [2 markah]

    Kemiskinan mutlak diukur berdasarkan pendapatan di bawah garis kemiskinan yang lebih rendah daripada pendapatan garis kemiskinan. Manakala kemiskinan relatif diukur berdasarkan tingkat pendapatan bagi setiap kumpulan isi rumah.

       (c)   Berikan dua langkah untuk mengatasi masalah kemiskinan mutlak. [2 markah]

- Skim Baucar Tuisyen (SBT).

- Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPPT).

考试题目和解答思路:

STPM 2013 ULANGAN - Google Drive

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!

💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1