EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2015 SEM 3 / PENGGAL 3 - 1

你们好呀,Tina 酱今天要聊的是 Ekonomi Sem 3 2015 年的考试题目和解答思路。

PART 1 是关于 Ekonomi Soalan Esei, PART 2 是关于 Ekonomi Soalan Kuantitatif !

最后我会附上PDF给大家,大家可以自行下载哦!(仅供参考哦!)

废话不多说:

SOALAN 1:

Huraikan tiga faktor yang mempengaruhi masalah pengangguran di Malaysia. [6 markah]

a) Kemelesetan ekonomi

Semasa keadaan kemelesetan ekonomi, permintaan agregat (AD) akan menurunkan. Oleh itu, firma akan mengurangkan output, maka buruh dikurangkan dan berlaku pengangguran.


b) Kadar pertumbuhan tenaga buruh

Kadar pertumbuhan tenaga buruh yang lebih cepat daripada kadar pertumbuhan ekonomi. Kesannya, peluang pekerjaan tidak dapat menampung kadar pertumbuhan tenaga buruh yang tinggi. Maka, berlaku lebihan buruh dan berlaku pengangguran.


c) Kemajuan teknologi

Penggunaan teknologi moden dan canggih akan meningkatkan daya pengeluaran atau produktiviti seperti mesin, robot, dan komputer. Maka, buruh kurang digunakan kerana digantikan oleh alat-alat teknologi.


SOALAN 2:

Terangkan bagaimana dasar-dasar yang berikut boleh mengawal inflasi:

    (a)   Dasar kawalan harga [3 markah]

− Dasar kawalan harga dijalankan melalui penetapan harga maksimum.

− Penetapan harga yang lebih rendah daripada harga di pasaran.

− Dasar ini menyebabkan kejatuhan tingkat harga umum barang dan perkhidmatan.

    (b)   Dasar fiskal [3 markah]

i.) Mengurangkan perbelanjaan agregat (AE).

− Pengurangan projek pembangunan baharu menyebabkan permintaan agregat menurun.

− Pendapatan negara akan menurun.

− Kesannya, tingkat harga umum akan jatuh.


ii.) Menaikkan cukai.

− Kenaikan cukai mengurangkan pendapatan boleh guna.

− Perbelanjaan penggunaan isi rumah menurun dan permintaan agregat merosot.

− Pendapatan negara akan menurun.

− Kesannya, tingkat harga umum akan jatuh.


SOALAN 3:

Terangkan dasar-dasar perdagangan antarabangsa yang berikut dan berikan satu contoh bagi setiap dasar tersebut.

    (a)   Dasar perlindungan [3 markah]

    Dasar perlindungan adalah dasar untuk mempertahankan dan melindungi produk keluaran tempatan daripada persaingan produk asing. Sekatan ini akan mengurangkan penawaran barang import. Ini akan menggalakkan penawaran barang tempatan. Contohnya ialah tarif.

    (b)   Galakan eksport [3 markah]

   Galakan eksport adalah dasar untuk meningkatkan daya persaingan eksport negara di pasaran antarabangsa. Ia betujuan bagi mengembangkan sektor eksport negara dan membaiki defisit imbangan pembayaran. Contohnya merupakan Program Latihan Industri.


SOALAN 4:

Terangkan tiga program kerajaan untuk membantu pembangunan PKS. [6 markah]

a) Program Rantaian Industri

Program Rantaian Industri bertujuan merapatkan jalinan dan integrasi antara PKS dengan syarikat besar dan syarikat multinasional.


b) Program Pembangunan Infrastruktur

Program Pembangunan Infrastruktur bertujuan menyediakan kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik serta tapak kilang yang sesuai untuk PKS.


c) Program Pembangunan dan Perolehan Teknologi

Program Pembangunan dan Perolehan Teknologi bertujuan membangunkan tahap teknologi PKS dengan menyediakan geran sehingga 70% untuk pembelian peralatan berteknologi tinggi dan pelesenan teknologi.


SOALAN 5:

    (a)   Huraikan dua peranan bagi institusi kewangan yang berikut:

(i)                 Institusi perbankan [2 markah]

      Institusi perbankan menerima dan menyimpan deposit tabungan dan deposit tetap. Institusi perbankan juga memberi pinjaman kepada pihak yang berkurangan dana atau memerlukan pembiayaan.

(ii)              Institusi kewangan bukan perbankan [2 markah]  

    Peranan institusi kewangan bukan perbankan ialah menerima deposit semasa. Seterusnya, peranan institusi kewangan bukan perbankan merupakan menggalakkan tabungan dan pelaburan.


    (b)   Berikan satu contoh bagi setiap institusi pada (a)(i) dan (a)(ii). [2 markah]

Satu contoh bagi institusi perbankan adalah Bank Perdagangan.

Satu contoh bagi institusi kewangan bukan perbankan adalah Syarikat Insurans.


SOALAN 6:

Jelaskan tiga punca kemiskinan. [6 markah]

a) Tiada atau Kekurangan akses pasaran

Ketidakupayaan indeks harga pengeluar untuk memasarkan produk menyebabkan mereka

memperoleh pendapatan yang rendah dan menyebabkan masalah kemiskinan wujud.


b) Tahap pengeluaran teknologi yang rendah

Menyebabkan daya pengeluaran dan tingkat keuntungan rendah sehingga gagal keluarr dari masalah kemiskinan seperti pertanian sara diri.


c) Tahap pendidikan yang rendah

Menyebabkan sukar mendapatkan pekerjaan dengan gaji yang tinggi atau terpaksa bekerja dengan upah yang rendah. Kesannya, pendapatan rendah atau tidak berubah dan menyebabkan masalah kemiskinan.


d) Ketiadaan atau Kekurangan modal

Menyebabkan sukar memulakan dan mengembangkan perniagaan. Kesannya, pendapatan rendah atau tidak berubah dan menyebabkan masalah kemiskinan.

考试题目和解答思路:

STPM 2015 - Google Drive

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1