EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2015 ULANGAN SEM 3 / PENGGAL 3 - 2


大家好啊!这次分享的是 Ekonomi Sem 3 2013 Ulangan 年的考试题目和解答思路。

这是 PART 2 的 Soalan Kuantitatif 哦!

还没有看过 PART 1 的 Soalan Esei 请点这里:

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2015 ULANGAN SEM 3 / PENGGAL 3 - 1 (scorpion050832.blogspot.com)

老规矩,最后我会附上PDF给大家,大家可以自行下载哦!(仅供参考哦!)

请接下去看:

SOALAN 7:

Jadual di bawah menunjukkan data jumlah penduduk, penduduk dalam kumpulan umur 15-64 tahun, tenaga buruh, dan kadar pengangguran pada tahun 2012 dan tahun 2013.

Butiran

Tahun 2012

Tahun 2013

Jumlah penduduk (ribu orang)

29,517.7

29,947.6

Penduduk dalam kumpulan umur 15-64 tahun (ribu orang)

20,155.5

20,501.0

Tenaga buruh (ribu orang)

13,201.9

13,735.7

Kadar pengangguran (%)

3.0

3.1

(Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, 2013)

(a)   Hitung jumlah pengangguran pada tahun 2012 dan tahun 2013. [3 markah]

Tahun

Jumlah Penganggur (ribu orang)

2012

0.03 x 13,201.9 = 396.06

2013

0.031 x 13,735.7 = 425.81

(b)   Hitung guna tenaga pada tahun 2012 dan tahun 2013. [3 markah]

Tahun

Jumlah Guna Tenaga (ribu orang)

2012

13,201.9 – 396.06 = 12,805.84

2013

13,735.7 – 425.81 = 13,309.89

(c)   Hitung kadar pertambahan guna tenaga pada tahun 2013. [2 markah]

Kadar pertambahan guna tenaga pada tahun 2013

= (13,309.9 – 12,805.8) / 12,805.8 x 100

= 3.94%

(d) Nyatakan jenis pengangguran yang berlaku dari tahun 2012 hingga tahun 2013. Mengapakah pengangguran tersebut berlaku? [2 markah]

Pengangguran geseran. Ia berlaku perpindahan pekerjaan kerana mendapat pekerjaan yang lebih baik.


SOALAN 8: 

Jadual di bawah menunjukkan indeks harga pengguna di Malaysia mengikut kawasan dari tahun 2009 hingga tahun 2012.

Tahun

Kawasan

Malaysia

Semenanjung Malaysia

Sabah

2009

98.2

98.3

98.3

2010

100.0

100.0

100.0

2011

103.3

102.9

103.2

2012

105.0

104.6

104.9

(Sumber: Laporan Ekonomi Malaysia, 2013/2014)

(a)   (i)   Hitung kadar inflasi di Malaysia dari tahun 2010 hingga tahun 2012. [4 markah]

   Tahun

Kadar Inflasi (%)

2010

(100 – 98.3) / 98.3 x 100 = 1.73

2011

(103.2 - 100) / 100 x 100 = 3.20

2012

(104.9 – 103.2) / 103.2 x 100 = 1.65

(ii)  Jelaskan arah aliran kadar inflasi dari tahun 2010 hingga tahun 2012. [2 markah] 

Arah aliran kadar inflasi meningkat daripada 1.73% kepada 3.20% dari tahun 2010 hingga tahun 2011 dan menurun daripada 3.20% kepada 1.65% dari tahun 2011 hingga tahun 2012.

(b)   Pada tahun 2011, seorang pekerja bertugas di Kuala Terengganu dengan gaji RM 6,000 sebulan dan pada tahun 2012 beliau telah berpindah ke Tawau, Sabah kerana mendapat pekerjaan baharu dengan gaji RM 6,500 sebulan.

(i)    Hitung upah benar pekerja itu di Kuala Terengganu pada tahun 2011. [2 markah]

Upah benar pada tahun 2011 = 100 / 103.3 x RM 6,000

Upah benar pada tahun 2011 = RM 5,808.33

(ii)  Hitung upah benar pekerja itu di Tawau, Sabah pada tahun 2012. [1 markah]

Upah benar pada tahun 2012 = 100 / 104.6 x RM 6,500

Upah benar pada tahun 2012 = RM 6,214.15

(iii) Berapakah perbezaan upah benar pekerja itu di Kuala Terengganu berbanding dengan upah benar pekerja itu di Tawau, Sabah? [1 markah]

Perbezaan upah benar = RM 6,214.15 - RM 5,808.33

Perbezaan upah benar = RM 405.82

考考试题目和解答思路:

    STPM 2015 ULANGAN - Google Drive

                                      好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!

💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1