EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2013 ULANGAN SEM 3 / PENGGAL 3 - 2

     

大家好啊!这次分享的是 Ekonomi Sem 3 2013 Ulangan 年的考试题目和解答思路。

这是 PART 2 的 Soalan Kuantitatif 哦!

还没有看过 PART 1 的 Soalan Esei 请点这里:

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2013 ULANGAN SEM 3 / PENGGAL 3 - 1 (scorpion050832.blogspot.com)

老规矩,最后我会附上PDF给大家,大家可以自行下载哦!(仅供参考哦!)

请接下去看:

SOALAN 7:

Jadual di bawah menunjukkan indeks harga pengguna di Malaysia mengikut kumpulan barangan dari tahun 2006 hingga tahun 2010.

Indeks Harga Pengguna (2005 = 100)

Tahun

Keseluruhan

Makanan

Pakaian

Kesihatan

Pengangkutan

2007

105.7

106.5

97.3

103.7

113.5

2008

111.4

115.9

96.8

106.0

123.6

2009

112.1

120.7

95.9

108.4

112.0

2010

114.0

123.6

94.6

110.1

113.8

(Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia)

       a) (i)         Berikan maksud inflasi. [1 markah]

      Inflasi adalah kenaikan tingkat harga umum barang dan perkhidmatan secara menyeluruh, berterusan dan tidak terbatas dalam sesebuah negara.

    (ii)        Hitung kadar inflasi dari tahun 2008 hingga tahun 2010. [2 markah]

Tahun

Kadar Inflasi

2008

(111.4 105.7) / 105.7 x 100 = 5.39%

2009

(112.1 111.4) / 111.4 x 100 = 0.63%

2010

(114.0 112.1) / 112.1 x 100 = 1.69%

    (iii)       Jelaskan arah aliran kadar inflasi tersebut. [1 markah]

Kadar inflasi menurun antara tahun 2008 hingga tahun 2009 daripada 5.39% ke 0.63% dan meningkat antara tahun 2009 hingga tahun 2010 daripada 0.63% ke 1.69%.

 b)      Hitung peratus kenaikan harga barangan makanan, kesihatan, dan pengangkutan pada tahun 2010. Rumuskan jawapan anda. [3 markah]

Barangan

Peratusan Kenaikan Harga

Makanan

(123.6 – 120.7) / 120.7 x 100 = 2.40%

Kesihatan

(110.1 108.4) / 108.4 x 100 = 1.57%

Pengangkutan

(113.8 112.0) / 112.0 x 100 = 1.61%


Rumusan: 

Peratus kenaikan harga barangan makanan, kesihatan, dan pengangkutan pada tahun 2010 adalah meningkat. Antara ketiga-tiga, peratusnya yang paling tinggi adalah barangan makanan.

     c)      Sekiranya pendapatan sebulan seorang pekerja meningkat daripada RM 2,000 pada tahun 2009 kepada RM 2,500 pada tahun 2010, hitung peratusan peningkatan pendapatan bulanan benar bekerja tersebut. [3 markah]

Tahun

Pendapatan Benar Bulanan

2009

100 / 112.1 x RM 2,000 = RM 1,784.12

2010

100 / 114.0 x RM 2,500 = RM 2,192.98


Maka, peratusan peningkatan pendapatan benar bulanan


= (RM 2,192.98 - RM 1,784.12) / RM 1,784.12 x 100

= 22.92%


SOALAN 8:

Jadual di bawah menunjukkan data kadar pertukaran asing antara Malaysia dan Singapura dari tahun 2005 hingga tahun 2011.

Tahun

Kadar Pertukaran dalam RM bagi 1 dolar Singapura (S$)

2005

2.25

2006

2.27

2007

2.30

2008

2.29

2009

2.38

2010

2.46

(Sumber: Bank Negara Malaysia)

Berdasarkan jadual di atas,

      (a)   Apakah maksud kadar pertukaran asing. [1 markah]

    Kadar pertukaran asing bermaksud nilai seunit mata wang sesebuah negara yang dinyatakan dalam sebutan nilai mata wang asing.

    (b)   Hitung kadar pertukaran bagi RM 1 kepada dolar Singapura pada tahun 2005 hingga tahun 2010. Rumuskan jawapan anda. [4 markah]

Tahun

Kadar Pertukaran bagi RM 1.00 dalam sebutan S$

2005

1 / 2.25 = 0.44

2006

1 / 2.27 = 0.44

2007

1 / 2.30 = 0.43

2008

1 / 2.29 = 0.44

2009

1 / 2.38 = 0.42

2010

1 / 2.46 = 0.41


Rumusan:

Ringgit Malaysia (RM) mengalami susut nilai antara tahun 2005 hingga tahun 2007 daripada 0.44 kepada 0.43. Kemudian, RM naik nilai pada tahun 2008 daripada 0.43 kepada 0.44. Tetapi, nilainya menyusut semula antara tahun 2008 hingga tahun 2010 daripada 0.44 kepada 0.41.

     (c)   Jika kadar pertukaran berubah kepada RM 2.70 / Dolar Singapura pada tahun 2011,

    (i)  Hitung kadar pertukaran bagi RM 1.00 kepada Dolar Singapura. Jelaskan jawapan anda. [2 markah]

   (ii) Berdasarkan (c)(i), berikan kesan perubahan kadar pertukaran tersebut kepada eksport dan import Malaysia ke Singapura. [2 markah]

Kesan perubahan kadar pertukaran tersebut kepada eksport dan import Malaysia ke Singapura:

Apabila nilai RM merosot berbanding dengan S$, harga eksport menjadi relatif lebih murah manakala harga import menjadi relatif lebih mahal. Maka, eksport Malaysia ke Singapura akan meningkat manakala import Malaysia dari Singapura akan berkurang.

    (d)   Jika Ahmad mempunyai wang sejumlah RM 1,200, berapakah jumlah dolar Singapura yang dapat ditukarkan jika kadar tukaran ialah S$1 = RM 2.70? [1 markah]

Kadar pertukaran asing ialah S$ 1.00 = RM 2.70.

Jumlah Dolar Singapura yang dapat ditukarkan dengan RM 1,200.

= 1,200 / 2.70

= S$ 444.44

      考试题目和解答思路:

       STPM 2013 ULANGAN - Google Drive

                                      好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!

💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1