EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2018 SEM 3 / PENGGAL 3 - 1


你们好呀,Tina 今天要聊的是 Ekonomi Sem 3 2018 年的考试题目和解答思路。

PART 1 是关于 Ekonomi Soalan Esei, PART 2 是关于 Ekonomi Soalan Kuantitatif !

最后我会附上PDF给大家,大家可以自行下载哦!(仅供参考哦!)

废话不多说,请看:

SOALAN 1:

Kadar pengangguran sebanyak 4% atau kurang dianggap sudah mencapai tingkat guna tenaga penuh.

    (a) (i) Berdasarkan pernyataan di atas, apakah jenis pengangguran yang berlaku dalam ekonomi tersebut? [1 markah]

     Jenis pengangguran yang berlaku dalam ekonomi tersebut adalah pengangguran geseran.

  (ii) Nyatakan tiga sebab wujudnya pengangguran tersebut. [3 markah]

- Mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan.

- Buruh tidak mempunyai maklumat yang cukup tentang sesuatu pekerjaan.

- Proses mengambil pekerja oleh majikan adalah lama.

    (b)   Jelaskan peranan media sosial untuk mengurangkan masalah pengangguran tersebut. [6 markah]

- Penyebaran maklumat melalui Internet tentang peluang pekerjaan.

- Platform untuk memulakan perniagaan atas talian seperti di Internet.


SOALAN 2:

Nyatakan tiga jenis inflasi dan berikan satu sebab berlakunya setiap inflasi tersebut. [6 markah]

a. Inflasi tarikan permintaan

- Kenaikan permintaan agregat atau perbelanjaan agregat

Kenaikan dalam komponen perbelanjaan agregat, iaitu kenaikan perbelanjaan penggunaan, kenaikan tingkat pelaburan atau kenaikan perbelanjaan kerajaan atau kenaikan eksport bersih.

Kenaikan dalam penawaran wang di pasaran.

Kenaikan permintaan agregat melebihi penawaran agregat pada tingkat guna tenaga penuh.


b. Inflasi tolakan kos

Kenaikan kos input pengeluaran.

Kenaikan cukai input.

Kenaikan upah buruh.

Kenaikan harga faktor pengeluaran.

Kenaikan harga barang perantaraan.

Kenaikan kos input yang diimport.


c. Inflasi diimport

Kenaikan harga barang yang diimport.

Kenaikan nilai mata wang asing.

Kenaikan harga bahan mentah di negara pengeksport.

Susut nilai Ringgit Malaysia atau Naik nilai mata wang asing.

Berlakunya inflasi di negara barang yang diimport.

Kenaikan nilai mata wang negara pengeksport.


SOALAN 3:

   (a)   Dengan menggunakan contoh, jelaskan sistem kadar pertukaran asing yang diamalkan di Malaysia seperti yang berikut:

(i)    Kadar pertukaran boleh ubah [2 markah]

     Kadar pertukaran boleh ubah adalah sistem kadar pertukaran yang ditentukan oleh permintaan dan penawaran mata wang asing dalam pasaran pertukaran asing. Contohnya, kadar pertukaran asing antara Dolar Amerika Syarikat (USD) dengan Ringgit Malaysia (RM) dalam pasaran mata wang asing ialah USD 1.00 = RM 4.20.

(ii)   Kadar pertukaran tetap [2 markah]

         Kadar pertukaran tetap adalah sistem kadar pertukaran yang mana kerajaan sesebuah negara menetapkan mata wang tempatan berbanding dengan mata wang asing pada kadar tertentu. Contohnya, kadar pertukaran asing antara USD dengan RM ialah USD 1.00 = RM 4.00 tetapi kerajaan Malaysia menetapkannya pada kadar yang lebih tinggi, iaitu USD 1.00 = RM 4.20.

    (b)   Nyatakan kesan susut nilai Ringgit Malaysia ke atas:

(i)     Harga barang import [1 markah]

Harga barang import secara relatif menjadi lebih mahal berbanding dengan harga eksport.

(ii)   Harga barang eksport [1 markah]

Harga barang eksport menjadi relatif lebih murah berbanding dengan harga barang import.


SOALAN 4:

Terangkan tiga sumbangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) terhadap ekonomi negara. [6 markah]

a.) Meningkatkan eksport negara

PKS yang berorientasi eksport akan dapat meningkatkan eksport negara.


b.) Mengembangkan industri huluan / hiliran

PKS menjadi pembekal bahan mentah kepada PKS yang lain. Malah, PKS dapat mengembangkan industri hiliran.


c.) Memenuhi permintaan pasaran

Barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh PKS dapat memenuhi permintaan dalam negara.


SOALAN 5:

Berikan agensi pemberi kredit yang terlibat berdasarkan situasi yang berikut:

    (a)   Faridah menyimpan deposit tetap sebanyak RM 100,000 di Bank Islam Malaysia Berhad. [1 markah]

          Bank Perdagangan.

    (b)   Irra membuat pembiayaan peribadi di Bank Rakyat sebanyak RM 50,000. [1 markah]

          Koperasi.

    (c)   Wendy mencagarkan barang kemas miliknya untuk mendapatkan modal pinjaman. [1 markah]

         Pajak gadai.

  (d) Fatimah mendapat pembiayaan sebanyak RM 5,000 untuk memulakan perniagaan bedak sejuk di kampungnya. [1 markah]

         Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

   (e) Muthu membeli sebuah motosikal berharga RM 6,000 secara kredit daripada AEON kredit. [1 markah]

        Syarikat kewangan.

    (f)  Salwa ingin melancong ke luar negara. Dia mengambil polisi perlindungan untuk diri dan keluarganya semasa berada di sana. [1 markah]

       Syarikat insurans.


SOALAN 6:

Nyatakan dua peranan yang dimainkan oleh agensi yang berikut dalam membasmi kemiskinan.

    (a)   Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan [2 markah]

- Membeli dan menjamin hasil tanaman yang dikeluarkan oleh petani.

- Menyediakan kemudahan kredit untuk pemasaran produk pertanian kepada golongan miskin.


    (b)   Baitulmal [2 markah]

- Mengutip dan mengagihkan zakat kepada umat Islam untuk mengurangkan kemiskinan tegar.

- Menyediakan latihan kemahiran bagi umat Islam yang miskin.


    (c)   Amanah Ikhtiar Malaysia [2 markah] 

- Memberi pinjaman pendidikan kepada anak golongan termiskin dan kelengkapan keperluan asas.

- Menyediakan kemudahan pinjaman kepada golongan termiskin untuk menjalankan aktiviti ekonomi.

考试题目和解答思路:

STPM 2018 - Google Drive

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!



💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1