EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2015 SEM 3 / PENGGAL 3 - 2

这是 Ekonomi Sem 3 2015 年的 PART 2 的 Soalan Kuantitatif 哦!不是 Soalan Esei 哦!

要看 PART 1 的 Soalan Esei 请点这里:

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2015 SEM 3 / PENGGAL 3 - 1 (scorpion050832.blogspot.com)

老规矩,PDF 在下方哦!(仅供参考哦!)

SOALAN 7:

Jadual di bawah menunjukkan hasil cukai, hasil bukan cukai, perbelanjaan mengurus, dan perbelanjaan pembangunan dari tahun 2010 hingga tahun 2012.

(Sumber: Laporan Ekonomi 2012/2103)

(a)   Hitung belanjawan negara dari tahun 2010 hingga tahun 2012. [4 markah]

Tahun

Belanjawan Negara (RM juta)

2010

(109,516 + 50,138) – (159,654 + 52,792) = -52,792

2011

(134,885 + 50,735) – (182,594 + 46,416) = -43,390

2012

(152,493 + 54,753) – (202,617 + 49,822) = -45,193

(b)   Berdasarkan jawapan pada (a),

(i)      Apakah arah alirannya? [1 markah]

      Arah aliran defisit belanjawan negara semakin berkurang daripada RM -52,792 juta kepada RM -43,390 juta dari tahun 2010 hingga tahun 2011 dan defisit ini meningkat semula pada tahun 2012 daripada RM -43,390 juta kepada RM -45,193 juta.

(ii)    Nyatakan jenis belanjawan dan satu sumber untuk menampung belanjawan tersebut. [2 markah]

     Belanjawan tersebut adalah belanjawan kurangan atau defisit. Sumber dana untuk menampung belanjawan defisit adalah pinjaman dalam negeri dari KWSP.

(c)   Hitung peratus sumbangan hasil cukai terhadap jumlah hasil keseluruhan kerajaan dari tahun 2010 hingga tahun 2011. [3 markah]

SOALAN 8:

Jadual di bawah menunjukkan data imbangan akaun semasa di Malaysia dari tahun 2003 hingga tahun 2005.

(Sumber: Laporan Ekonomi 2011/2012)

(a)   (i)   Hitung eksport bersih dari tahun 2004 hingga tahun 2005. [3 markah]

  Tahun

Eksport Bersih (RM juta)

  2004

481,240 – 376,766 = 104,474

  2005

533,380 – 409,312 = 124,068

     (ii)   Jelaskan rumusan anda berdasarkan jawapan pada (a)(i). [1 markah]

Eksport besih bernilai positif dan semakin meningkat daripada RM 104,474 juta kepada RM 124,068 juta dari tahun 2004 hingga tahun 2005. Ini menunjukkan imbangan akaun dagangan mengalami lebihan dan semakin meningkat.

(b)   Hitung imbangan akaun semasa dari tahun 2003 hingga tahun 2005. [4 markah]

  Tahun

Imbangan Akaun Semasa (RM juta)

 2003

(397,969 – 300,207) + (-15,300) + (-22,537) + (-9,300) = 50,625

 2004

104,474 + (-8,780) + (-24,549) + (-14,633) = 56,512

2005

124,068 + (-9,937) + (-23,833) + (-17,776) = 75,522

(c)   Berikan dua faktor yang menyebabkan defisit dalam imbangan akaun perkhidmatan. [2 markah]

Dua faktor yang menyebabkan defisit dalam imbangan akaun perkhidmatan:

- Pembayaran keuntungan daripada pelaburan lebih besar daripada penerimaan keuntungan daripada pelaburan.

- Pembayaran pampasan kepada pekerja asing di dalam negara lebih besar daripada penerimaan pampasan oleh pekerja Malaysia di luar negara.

考试题目和解答思路:

STPM 2015 - Google Drive

                                        好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!

💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

                                                                   重要的事情说三次!!! 

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1