EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2013 SEM 3 / PENGGAL 3 - 2

     

大家好啊!这次分享的是 Ekonomi Sem 3 2013年的考试题目和解答思路。

这是 PART 2 的 Soalan Kuantitatif 哦!

还没有看过 PART 1 的 Soalan Esei 请点这里:

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2013 SEM 3 / PENGGAL 3 - 1 (scorpion050832.blogspot.com)

老规矩,最后我会附上PDF给大家,大家可以自行下载哦!(仅供参考哦!)

废话不多说,请看:

SOALAN 7: 

Jadual di bawah menunjukkan indeks harga pengguna di Malaysia pada tahun 2008 hingga tahun 2010 dengan menggunakan tahun 2005 sebagai tahun asas.

Perkara

Tahun

2008

2009

2010

Indeks harga pengguna

111.4

112.1

114.0

 Berdasarkan jadual di atas,

    (a)  Andaikan upah nominal pada tahun 2009 ialah RM 3,800.00 dan pada tahun 2010 ialah RM 4,100.00

    (i)  Hitung kadar upah benar bagi tahun 2009 dan tahun 2010. [3 markah]

Tahun

Kadar Upah Benar

2009

100 / 112.1 x RM 3,800 = RM 3,389.83

2010

100 / 114.0 x RM 4,100 = RM 3,596.49

     Rumus = (IHP t0 / IHP t1) x Upah nominal 


(ii) Apakah rumusan anda berdasarkan jawapan pada (a)(i)? [2 markah]

Kadar upah benar meningkat daripada RM 3,389.83 kepada RM 3,596.49 dari tahun 2009  hingga tahun 2010.

    (b) 

   (i) Hitung peratus kenaikan upah benar dan upah nominal antara tahun 2009 dengan tahun 2010. [3 markah]

        Peratus kenaikan upah benar antara tahun 2009 dengan tahun 2010

= (RM 3,596.49 - RM 3,389.83) / RM 3,389.83 x 100%

= 6.10%

 Peratus kenaikan upah nominal antara tahun 2009 dengan tahun 2010

 = (RM 4,100 – RM 3,800) / RM 3,800

 = 7.89%

    (ii) Apakah rumusan anda berdasarkan jawapan pada (b)(i)? [2 markah]

        Peratus kenaikan upah nominal lebih tinggi iaitu 7.89% berbanding dengan peratus kenaikan upah benar iaitu 6.10%.

SOALAN 8: 

Jadual di bawah menunjukkan peratus sumbangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) antara tahun 2003 hingga tahun 2008 dan bilangan PKS pada tahun 2005 di Malaysia.

Tahun

Sumbangan PKS kepada KDNK (%)

KDNK (RM juta)

2003

28.70

418,769

2004

28.90

474,049

2005

29.40

522,445

2006

29.90

574,441

2007

31.10

642,049

2008

31.40

742,470


Bilangan PKS mengikut sektor pada tahun 2005

Pertanian

34,188

Pembuatan

39,373

Perkhidmatan

474,706

Jumlah

548,267

(Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia)

     (a) 

      (i)  Hitung nilai sumbangan PKS kepada KDNK pada tahun 2005 dan tahun 2008. [2 markah]

Tahun

Nilai Sumbangan PKS kepada KDNK (RM juta)

2005

29.40 / 100 x 522,445 = 153,598.83

2008

31.40 / 100 x 742,470 = 233,135.58

    (ii) Hitung kadar pertumbuhan nilai sumbangan PKS dari tahun 2004 hingga tahun 2008. [3 markah]

     (b)   Hitung peratusan PKS dalam ketiga-tiga sektor pada tahun 2005. [2 markah]

Sektor

Peratusan PKS (%)

Pertanian

34,188 / 548,267 x 100 = 6.24

Pembuatan

39,373 / 548,267 x 100 = 7.18

Perkhidmatan

474,706 / 548,267 x 100 = 86.58

     (c)   Nyatakan tiga langkah kerajaan bagi meningkatkan pertumbuhan PKS. [3 markah]  

     - Program Rantaian Industri.

     - Program Peningkatan Kemahiran.

     - Program Pembangunan Infrastruktur.

考试题目和解答思路:

STPM 2013 - Google Drive

                                           好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!

💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1