PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2013 SEM 3 / PENGGAL 3

如标题所看,Tina 我今天要分享Akaun Sem 3 2013年的考试题目和解答思路。

最后我会附上 PDF 给大家,大家可以自行下载哦!(仅供参考哦!)

废话不多说,请看:

SOALAN 1:

(a) Syarikat Sihat Ceria Sdn. Bhd. mengeluarkan produk minuman kesihatan, iaitu Assihat. Bagi kos pengeluaran bulan Mei 2012, maklumat yang berikut telah diperoleh.

 (1)   Kos piawai dan kos sebenar sekotak yang mengandungi 25 peket:

 

Kos piawai sekotak

Kos sebenar sekotak

 

(25 peket)

(25 peket)

Bahan mentah langsung

RM 20.00

RM 18.75

Buruh langsung

RM 22.50

RM 21.50

Overhed berubah

RM 11.00

RM 15.00

       (2)   Kos tetap sebulan:

Belanja susut nilai                         RM 1,200

Gaji pekerja pentadbiran               RM 5,600

Belanja insurans                            RM    700

Belanja utiliti                                 RM    500

Maklumat Tambahan:

Jumlah pengeluaran sebenar bagi bulan Mei 2012 adalah sebanyak 300 kotak.

Dikehendaki:

(i)           Sediakan laporan prestasi belanjawan fleksibel Syarikat Sihat Ceria Sdn. Bhd. bagi bulan Mei 2012. [8 markah]

(ii)     Berikan ulasan tentang laporan prestasi belanjawan yang disediakan di (i), dan cadangkan penambahbaikan bagi pengeluaran produk kepada pihak pengurusan. [2 markah]

 (b)   Yang berikut ialah petikan tentang maklumat kewangan Syarikat EyeD Sdn. Bhd. dan Purata Industri bagi tahun 2012.

Penyata Pendapatan

bagi tahun berakhir 31 Disember 2012

 

Syarikat EyeD Sdn. Bhd.

Purata Industri

 

RM

RM

Jualan

415,000

637,000

Kos jualan

288,000

485,000

Keuntungan operasi sebelum cukai

126,000

123,000

Cukai

35,280

34,440

Dividen tunai

40,500

39,000

 Kunci Kira-Kira

pada 31 Disember 2012

 

Syarikat EyeD Sdn. Bhd.

Purata Industri

 

RM

RM

Aset tetap

460,000

570,000

Pelaburan

65,000

72,000

Aset semasa:

 

 

   Inventori

70,500

141,500

   Penghutang dagangan (bersih)

67,000

121,000

   Tunai di bank

51,500

-

Liabiliti semasa

113,500

199,500

Liabiliti jangka panjang

65,000

148,500

Saham biasa (nilai par RM 1.00)

403,300

437,400

Keuntungan terkumpul

132,200

119,100

 Maklumat Tambahan:

Baki pada 31 Disember 2011 adalah seperti yang berikut:

 

Syarikat EyeD Sdn. Bhd.

Purata Industri

 

RM

RM

Inventori

63,450

127,350

Jumlah aset

642,600

814,050

Jumlah ekuiti

481,950

500,850

 Dikehendaki:

(i)           Hitung nisbah semasa, untung bersih atas jualan, pusing ganti inventori, pulangan atas aset, dan nisbah hutang atas ekuiti untuk Syarikat EyeD Sdn. Bhd. dan Purata Industri bagi tahun 2012. [8 markah]

(ii)    Berikan ulasan tentang pencapaian Syarikat EyeD Sdn. Bhd. berbanding dengan Purata Industri dari segi keuntungan dan kecekapan. [2 markah]

SOALAN 2:

Amin, Bala, dan Chan ialah tiga rakan kongsi yang berkongsi untung dan rugi pada nisbah 2:2:1. Perkara yang berikut telah dipersetujui dalam perjanjian perkongsian mereka.

(i)             Setiap rakan kongsi akan menerima faedah atas modal sebanyak 6%.

(ii)         Bala yang mengurus perniagaan secara sepenuh masa akan dibayar gaji sebanyak RM 1,000 sebulan.

(iii)       Ambilan yang melebihi RM 15,000 pada sesuatu tempoh akan dikenakan faedah sebanyak 8% atas lebihan.

Imbangan duga yang belum terlaras bagi perkongsian itu pada 31 Disember 2012 adalah seperti yang berikut:

Perkongsian Amin, Bala, dan Chan

Imbangan Duga pada 31 Disember 2012

 

RM

RM

Hasil jualan

 

102,000

Belian

45,000

 

Belanja gaji

32,000

 

Belanja sewa

7,000

 

Belanja utiliti

2,000

 

Belanja pelbagai

5,000

 

Modal:

 

 

   Amin

 

50,000

   Bala

 

40,000

   Chan

 

28,000

Akaun semasa:

 

 

   Amin

 

12,000

   Bala

 

7,000

   Chan

 

20,000

Tunai di bank

36,000

 

Penghutang

47,000

 

Inventori pada 1 Januari 2012

27,000

 

Peralatan pejabat

8,000

 

Kenderaan

75,000

 

Susut nilai terkumpul bagi peralatan pejabat

 

1,000

Susut nilai terkumpul bagi kenderaan

 

10,000

Pemiutang dagangan

 

22,000

Pinjaman bank

 

35,000

Akaun ambilan:

 

 

   Amin

15,000

 

   Bala

20,000

 

   Chan

8,000

 

 

327,000

327,000

Maklumat Tambahan:

(1)   Inventori pada 31 Disember 2012 ialah RM 13,000.

(2)   Kenderaan dan peralatan pejabat disusut nilai pada kadar 10% setahun atas kos.

(3)  Faedah terakru atas pinjaman bank sebanyak 8% setahun.

(4)  Peruntukan hutang ragu ialah 2% daripada baki akaun penghutang. 

Dikehendaki:

   Sediakan, bagi perkongsian Amin, Bala, dan Chan,

(i)           Akaun Perdagangan dan Penyata Pendapatan Perkongsian bagi tahun berakhir 31 Disember 2012, [8 markah]

(ii)              Akaun Pengasingan Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2012, [7 markah]

(iii)            Akaun Semasa dan Akaun Modal rakan kongsi pada 31 Disember 2012.[5 markah]

SOALAN 3:

(a)  Nyatakan dua kumpulan pengguna penyata kewangan, dan jelaskan dengan ringkas mengapa maklumat penyata kewangan diperlukan oleh setiap kumpulan itu. [2 markah]

(b)  Syarikat Ikram Berhad ialah sebuah syarikat pembuatan yang sedang dalam proses menyediakan penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2012. Sebahagian daripada baki akaun syarikat bagi tahun berakhir 31 Disember 2012 adalah seperti yang berikut:

 

RM

RM

Hasil jualan

 

16,647,500

Kos barang dijual

10,200,400

 

Belanja operasi

3,450,000

 

Tanah (kos)

4,200,000

 

Bangunan:

 

 

   Kos

3,800,000

 

   Susut nilai terkumpul pada 1 Januari 2012

 

760,000

Loji, mesin dan peralatan:

 

 

   Kos

3,600,000

 

   Susut nilai terkumpul pada 1 Januari 2012

 

1,440,000

Kenderaan bermotor:

 

 

   Kos

200,000

 

   Susut nilai terkumpul pada 1 Januari 2012

 

80,000

Paten

220,000

 

Tunai di bank

 

787,100

Pelaburan

350,000

 

Penghutang perdagangan

3,515,000

 

Peruntukan hutang ragu

 

265,000

Inventori akhir

1,450,000

 

Pemiutang perdagangan

 

2,120,000

Bon belum bayar 5%

 

5,000,000

Nota belum bayar 10%

 

560,000

Saham biasa @ RM 1.00 per unit berbayar penuh

 

3,360,000

Premium saham

 

540,000

Pendapatan tertahan pada 1 Januari 2012

 

1,050,000

Lembaga Pengarah Syarikat Ikram Berhad pada ketika itu sedang dalam proses memberikan pertimbangan terhadap penyata kewangan syarikat bagi tahun berakhir 31 Disember 2012.

Maklumat Tambahan: 

(1) Sebanyak 10% daripada bon belum bayar akan matang pada tahun 2013, manakala nota belum bayar yang diterbitkan pada tahun 2009 akan matang pada tahun 2014.

(2) Perjanjian jualan barangan dengan nilai kos RM 150,000 pada 1 Februari 2013 yang akan dijual pada harga RM 200,000 adalah termasuk dalam hasil jualan dan penghutang syarikat. 

(3) Maklumat pelaburan adalah seperti yang berikut:

   i) Pelaburan dalam nota dan bon jangka panjang          RM 250,000

  ii) Pelaburan dalam nota dan bon jangka pendek           RM 100,000

(4) Belanja faedah tahun semasa akan dijelaskan pada 2 Januari tahun yang berikutnya.

(5) Susut nilai bangunan ialah 5% setahun, manakala susut nilai bagi aset tetap yang lain ialah 10% setahun yang dikenakan secara pro rata pada tahun dibeli. Tiada susut nilai yang dikenakan pada tahun aset itu dijual.

(6) Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Ikram Berhad telah mengisythirkan dividen sebanyak RM 0.15 sesaham pada Ogos 2012.

(7) Pada 30 November 2012, sebuah mesin telah dijual pada harga RM 125,000. Mesin itu telah dibeli pada 1 Januari 2008 pada kos RM 250,000. Tiada sebarang pelarasan yang dilakukan bagi urus niaga pelupusan ini.

(8) Pada 31 Disember 2012, nilai pasaran inventori akhir ialah RM 1,500,000. 

(9) Pada 31 Disember 2012, syarikat mendapati seorang daripada penghutang dagangan telah membuat pembayaran penuh menerusi akaun banknya sebanyak RM 54,000. Jumlah ini telah dihapus kira pada tahun 2011. 

(10) Belanja cukai ialah RM 538,486.

(11) Pada 31 Disember 2012, syarikat telah menilai semula tanahnya pada nilai semasa RM 5,600,000.

(12) Syarikat Ikram Berhad mempunyai modal yang dibenarkan sebanyak 5,000,000 unit saham biasa dengan nilai par RM 1.00 per unit dan 1,000,000 saham keutamaan 8% dengan nilai par RM 2.00 per unit.

 Dikehendaki:

   Dengan berdasarkan Jadual 9, Akta Syarikat 1965 (Pindaan 1998), sediakan bagi Syarikat  
   Ikram Berhad,

(i)               Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2012, [8 markah]

(ii)        Kunci Kira-Kira pada 31 Disember 2012 dengan membuat klasifikasi yang tepat bagi aset bukan semasa, aset semasa, liabiliti bukan semasa, dan liabiliti semasa. Nota kepada akaun tidak perlu disediakan. [10 markah]                                                                                       

考试题目和解答思路:

STPM 2013 - Google Drive

*在这里我要说一声抱歉,因为一些原因,导致Soalan 3只有题目而没有答案,各位不好意思啦!

但是,我会在 Google Drive Link 附上 MPM 的 Skema Jawapan Soalan 3 给大家作为参考!

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!

💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1