PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2015 SEM 3 / PENGGAL 3


大家好呀,我是 Tina 酱!

这次 Blog 分享的是 Akaun Sem 3 2015年的考试题目和解答思路。(仅供参考哦!)

想要下载考试题目和解答思路的,请点击下方的 Google Drive Link 进行下载哦!

我们立即开始吧,Go!

SOALAN 1:

(a)   Jelaskan bagaimana faktor yang berikut dapat mempengaruhi belanjawan sesebuah perniagaan.

(i)                Ekonomi [2 markah]

(ii)              Kelakuan individu dalam organisasi [2 markah]

(b)   Riyad Fried Chicken (RFC) merupakan pengeluar dan pembekal ayam goreng berempah yang baru beroperasi selama enam bulan. Syarikat ini menyediakan belanjawan fleksibel mengikut tahap kapasiti pengeluaran pada 70%, 80%, dan 90% seperti yang berikut:

Riyad Fried Chicken

Belanjawan Overhed Fleksibel

Bagi bulan berakhir 30 Jun 2015

Kapasiti pengeluaran

 

70%

80%

90%

Unit pengeluaran

 

40,000

46,000

52,000

 

RM

RM

RM

RM

Harga jualan seunit

5.90

236,000

271,400

306,800

Kos berubah seunit

 

 

 

 

   Bahan mentah

2.25

90,000

103,500

117,000

   Buruh langsung

0.80

32,000

36,800

41,600

   Bahan tidak langsung

0.35

14,000

16,100

18,200

   Belanja utiliti

0.20

8,000

9,200

10,400

Jumlah kos berubah

3.60

144,000

165,600

187,200

Kos tetap

 

 

 

 

Belanja susut nilai kilang

3,750

3,750

3,750

3,750

Belanja susut nilai mesin dan peralatan

800

800

800

800

Belanja insurans

500

500

500

500

Belanja pentadbiran

700

700

700

700

Belanja gaji pekerja pentadbiran

1,500

1,500

1,500

1,500

Jumlah kos tetap

7,250

7,250

7,250

7,250

Keuntungan

 

84,750

98,550

112,350

RFC telah mendapat sambutan hangat di pasaran. Syarikat telah mencapai kapasiti pengeluaran dan jualan sebanyak 50,000 unit. Syarikat telah meningkatkan harga jualan sebanyak 30 sen seunit kerana berlaku perubahan harga pada kos-kos tertentu.

Perbelanjaan sebenar adalah seperti yang berikut:

Kos berubah seunit

RM

Bahan mentah

2.35

Buruh langsung

0.60

Bahan tidak langsung

0.32

Belanja utiliti

0.25

Kos tetap

 

Belanja susut nilai kilang

3,750

Belanja susut nilai mesin dan peralatan

800

Belanja insurans

500

Belanja pentadbiran

850

Belanja gaji pekerja pentadbiran

1,500

Dikehendaki:

Sediakan laporan prestasi belanjawan boleh ubah untuk RFC pada 30 Jun 2015. Berikan ulasan anda untuk setiap kos sebenar berbanding belanjawan. [16 markah]

SOALAN 2:

(a)   Mengapakah muhibah perlu diambil kira dalam urus niaga penilaian semula aset ketika persaraan rakan kongsi? [1 markah]

(b)   Berikan alasan yang munasabah masing-masing untuk mengekalkan dan tidak mengekalkan akaun muhibah dalam akaun perkongsian. [2 markah]

(c)   Nyatakan dua perbezaan antara ambilan dalam perkongsian dengan pembahagian dividen dalam syarikat berhad. [2 markah]

(d)   Ainna, Bob, dan Chandra menjalankan perniagaan Perkongsian AiBoC yang berkongsi untung dan rugi dengan nisbah 2:2:1. Kedudukan kewangan perniagaan pada 30 April 2015 adalah seperti yang berikut:

Harta tanah, loji dan peralatan:

RM

RM

   Premis

 

158,000

   Kenderaan

130,000

 

   Susut nilai terkumpul

(28,200)

101,800

Aset semasa:

 

 

   Inventori

19,000

 

   Akaun belum terima

16,500

 

   Bank

30,200

65,700

Akaun modal:

 

 

   Ainna

100,000

 

   Bob

100,000

 

   Chandra

50,000

250,000

Liabiliti semasa

 

 

   Akaun belum bayar

75,500

 

Pada 1 Mei 2015, Chandra membuat keputusan untuk bersara daripada perniagaan perkongsian. Perniagaan telah melantik seorang jurunilai bertauliah, dengan bayaran RM 2,000 bagi menilai semula aset perniagaan. Laporan penilaian adalah seperti yang berikut:

    (1)   Premis telah dinilaikan semula kepada RM 168,000.

    (2)   Inventori sebanyak RM 1,000 perlu dilupus kira, manakala terdapat sejumlah RM 1,500 akaun belum terima yang telah disahkan tidak dapat dikutip bayarannya.

   (3)   Muhibah perniagaan dinilaikan kepada RM 25,000. Pelarasan muhibah direkod dalam akaun modal rakan kongsi. Semua rakan kongsi bersetuju untuk menghapuskan muhibah tersebut.

   (4)   Ainna dan Bob dikehendaki menyumbang RM 15,000 setiap seorang secara tunai bagi menampung bayaran persaraan Chandra. Baki akaun modal Chandra akan dijadikan pinjaman dengan kadar faedah 8% setahun.

Dikehendaki:

(i)   Sediakan akaun lejar yang berkaitan untuk merekodkan semua urus niaga persaraan Chandra. [10 markah]

(ii) Sediakan penyata kedudukan kewangan Perkongsian AiBoC selepas persaraan Chandra. [5 markah]

SOALAN 3:

(a)   Perihalkan empat batasan analisis nisbah. [4 markah]

(b)   Jelaskan dua asas yang boleh digunakan dalam kaedah analisis perbandingan penyata kewangan. [4 markah]

(c)   Yang berikut ialah maklumat kewangan bagi Syarikat Ezi Sahak Berhad.

Ezi Sahak Berhad

Penyata Kedudukan Kewangan

Pada 31 Disember  

 

2014

2013

 

RM

RM

Harta tanah, loji dan peralatan

612,000

680,000

Aset semasa:

 

 

Tunai

73,000

40,000

Akaun belum terima (bersih)

118,000

83,000

Inventori

160,900

90,000

Belanja prabayar

77,700

43,000

 

429,600

256,000

 

1,041,600

936,000

Liabiliti:

 

 

Liabiliti semasa

112,000

97,000

Pinjaman jangka panjang

92,000

102,000

 

204,000

199,000

Ekuiti pemilik

 

 

Saham biasa @ RM 1.00 sesaham

234,000

234,000

Pendapatan tertahan

603,600

503,000

 

837,600

737,000

 

1,041,600

936,000


Ezi Sahak Berhad

Penyata Pendapatan

Bagi tahun berakhir 31 Disember

 

2014

2013

 

RM

RM

Jualan bersih

900,000

750,000

Tolak: Kos jualan

495,000

412,500

Untung kasar

405,000

337,500

Tolak: Belanja operasi

235,000

173,000

Pendapatan bersih

170,000

164,500

Maklumat Tambahan:

Inventori pada 1 Januari 2013 bernilai RM 75,000.

Jumlah aset pada 1 Januari 2013 ialah RM 820,000.

Dikehendaki:

Hitung nisbah yang berikut untuk tahun 2014 dan tahun 2013 bagi Syarikat Ezi Sahak Berhad. Berikan ulasan bagi setiap nisbah dengan membandingkan nisbah tahun 2014 dan tahun 2013.

    (1)   Nisbah semasa [2 markah]

    (2)   Nisbah cepat [2 markah]

    (3)   Pusing ganti inventori [2 markah]  

    (4)   Nisbah hutang atas aset [2 markah]

    (5)   Perolehan sesaham [2 markah]

    (6)   Pulangan atas aset [2 markah]

    考试题目和解答思路:

    STPM 2015 - Google Drive

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1