PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2016 SEM 3 / PENGGAL 3


也是我哦!Tina ~

今天也是我,分享的是 Akaun Sem 3 2016年的考试题目和解答思路。(仅供参考哦!)

想要下载考试题目和解答思路的,请点击下方的 Google Drive Link 进行下载哦!

我们立即来开始吧!请看:

SOALAN 1:

(a)   Jelaskan dua perbezaan antara bahagian ekuiti pemilik dalam penyata kewangan syarikat dengan bahagian ekuiti pemilik dalam penyata kewangan pemilikan tunggal. [2 markah]

(b)   Apakah yang dimaksudkan dengan modal dibenarkan dan modal diterbitkan? Berikan contoh bagi setiap modal itu. [2 markah]

(c)   Syarikat Padu Berhad mempunyai modal dibenarkan 100,000 unit saham keutamaan kumulatif 6% pada nilai par RM 5.00 sesaham dan 1,400,000 unit saham biasa, pada nilai par RM 2.00 sesaham.

Pada 31 Disember 2014, syarikat mempunyai modal diterbitkan dan berbayar penuh 20,000 unit saham keutamaan kumulatif 6% dan 300,000 unit saham biasa. Baki akaun premium dan baki pendapatan tertahan pada 31 Disember 2014 adalah seperti yang berikut:

 

RM

Premium saham keutamaan

60,000

Premium saham biasa

450,000

Pendapatan tertahan

1,200,000

Urus niaga yang melibatkan saham modal syarikat sepanjang tahun 2015 adalah seperti yang berikut:

(1) Menerbitkan 40,000 unit saham keutamaan kumulatif 6% untuk mendapatkan tanah yang mempunyai nilai pasaran RM 160,000.

(2)   Menerbitkan 100,000 unit saham biasa untuk memperoleh tunai pada RM 3.20 sesaham.

(3) Mengisythir dan menerbitkan dividen saham biasa kepada pemegang saham biasa sedia ada sebanyak 10%. Nilai pasaran saham biasa ialah RM 2.50.

(4)   Menerbitkan 25,000 unit saham keutamaan kumulatif 6%  untuk memperoleh tunai pada RM 6.50 sesaham.

(5)   Untung bersih tahun semasa ialah RM 370,000.

Dikehendaki:

(i)   Sediakan catatan jurnal bagi merekodkan urus niaga yang berkaitan. [9 markah]

(ii) Sediakan bahagian ekuiti pemilik dalam penyata kedudukan kewangan pada 31 Disember 2015. [7 markah]

SOALAN 2:

(a) Nyatakan tiga kepentingan analisis penyata kewangan kepada pihak pengurusan syarikat. [3 markah]

(b)Jelaskan satu faktor bukan kewangan yang boleh mempengaruhi penilaian prestasi sesebuah syarikat. [2 markah]

(c)Maklumat penyata kewangan bagi Syarikat Bina Maju Berhad bagi tiga tahun berturut-turut, iaitu dari tahun 2013 hingga tahun 2015 adalah seperti yang berikut:

Syarikat Bina Maju Berhad

Penyata Pendapatan Komprehensif

Bagi tahun berakhir 31 Disember 2013, 2014, dan 2015

 

2015

2014

2013

 

RM

RM

RM

Hasil jualan (30% secara kredit)

525,000

410,000

399,000

   Tolak: Kos jualan

306,250

246,000

219,450

Untung kasar

218,750

164,000

179,550

   Tolak: *Belanja jualan dan pentadbiran

73,300

67,520

59,700

Pendapatan sebelum cukai

145,450

96,480

119,850

Tolak: Belanja cukai

36,363

24,120

29,963

Pendapatan bersih selepas cukai

109,087

72,360

89,887

* Termasuk belanja faedah RM 3,000 setahun. 

Syarikat Bina Maju Berhad

Penyata Kedudukan Kewangan

Pada 31 Disember 2013, 2014, dan 2015

 

2015

2014

2013

 

RM

RM

RM

Aset tetap:

200,000

160,000

125,000

   Hartanah, loji dan peralatan

80,000

90,000

-

   Pelaburan

280,000

250,000

125,000

Aset semasa:

 

 

 

   Tunai

222,750

130,000

90,000

   Akaun belum terima (bersih)

37,000

45,000

32,000

   Inventori

80,880

76,100

61,350

   Belanja prabayar

19,730

17,560

14,580

 

360,360

268,660

197,930

Jumlah aset

640,360

518,660

322,930

Liabiliti:

 

 

 

   Liabiliti semasa

83,570

53,020

37,100

   Pinjaman jangka panjang

63,000

93,500

77,890

 

146,570

146,520

114,990

Ekuiti pemilik:

 

 

 

   Saham biasa @ RM 2.00 sesaham

200,000

200,000

150,000

   Saham keutamaan

20,000

20,000

8,000

   Pendapatan tertahan

273,790

152,140

49,940

 

493,790

372,140

207,940

Jumlah liabiliti dan ekuiti pemilik

640,360

518,660

322,930

 Dikehendaki:

Hitung nisbah yang berikut pada tahun 2015 dan tahun 2014 bagi Syarikat Bina Maju Berhad. Berikan ulasan bagi setiap nisbah dengan membandingkan antara nisbah tahun 2015 dengan nisbah tahun 2014.

(i)                 Nisbah cepat [2 markah]

(ii)              Nisbah hutang atas aset [2 markah]

(iii)            Pusing ganti akaun belum terima [2 markah]

(iv)             Pusing ganti inventori [2 markah]

(v)               Pulangan atas aset [2 markah]

(vi)             Perolehan sesaham [2 markah]

(d)Andaikan anda bercadang untuk melabur sebanyak RM 20,000 dalam sebuah daripada syarikat yang terlibat dalam industri insurans. Maklumat ringkas tentang syarikat yang terlibat adalah seperti yang berikut:

Nisbah

Syarikat Lindung Sdn. Bhd.

Syarikat Selamat Sdn. Bhd.

Perolehan sesaham

Tinggi

Rendah

Pulangan atas aset

Rendah

Tinggi

Hutang atas ekuiti

Tinggi

Sederhana

Nisbah semasa

Rendah

Sederhana

Harga perolehan

Rendah

Tinggi

Kadar hasil dividen

Tinggi

Sederhana

* Perkataan tinggi, rendah, dan sederhana merujuk kepada perbandingan antara nisbah syarikat dengan nisbah industri.

Dikehendaki:

Berdasarkan maklumat di atas, syarikat yang manakah yang akan anda pilih bagi tujuan pelaburan? Berikan justifikasi bagi pilihan anda. [3 markah] 

SOALAN 3:

(a)   Berikan dua contoh urus niaga yang melibatkan aliran tunai masuk dan dua contoh urus niaga yang melibatkan aliran tunai keluar bagi setiap aktiviti yang berikut:

(i)                 Aktiviti operasi [2 markah]

(ii)              Aktiviti pelaburan [2 markah]

(iii)            Aktiviti pembiayaan [2 markah]

(b)   Penyata aliran tunai yang telah disediakan bagi Syarikat Purnama Sdn. Bhd. bagi tahun berakhir 31 Disember 2015 adalah seperti yang berikut:

Syarikat Purnama Sdn. Bhd.

Penyata Aliran Tunai

Bagi tahun berakhir 31 Disember 2015

 

RM

RM

RM

Baki tunai awal

 

 

140,000

   Campur: Aliran tunai masuk:

 

 

 

   Daripada jualan barang niaga

280,000

 

 

   Daripada terbitan saham biasa

450,000

 

 

   Daripada jualan sekuriti pelaburan

180,000

 

 

   Daripada pinjaman bank

200,000

 

 

   Daripada laba atas jualan sekuriti pelaburan

45,000

 

 

   Daripada hasil sewa

160,000

 

 

Jumlah aliran tunai masuk

 

1,315,000

 

   Tolak: Aliran tunai keluar:

 

 

 

   Untuk perolehan peralatan

300,000

 

 

   Untuk bayaran kepada pembekal

228,000

 

 

   Untuk bayaran dividen

16,000

 

 

   Untuk bayaran balik pinjaman

20,000

 

 

   Untuk bayaran cukai

48,000

 

 

   Untuk belanja susut nilai

30,000

 

 

   Untuk bayaran gaji pekerja dan belanja-belanja
   operasi lain

175,000

 

 

Jumlah aliran tunai keluar

 

817,000

 

Peningkatan bersih dalam tunai

 

 

498,000

Baki tunai akhir

 

 

638,000

Encik Zaman, Pengarah Urusan Syarikat Purnama Sdn. Bhd. berpendapat bahawa penyata aliran tunai yang disediakan tidak memberikan gambaran yang sebenar tentang aliran tunai syarikat itu kerana penyata tersebut tidak disediakan dengan betul. Beliau juga berpendapat bahawa prestasi aliran tunai itu tidak memuaskan.

Dikehendaki:

(i) Jelaskan sama ada anda bersetuju atau tidak bersetuju dengan pendapat Encik Zaman dengan memberikan justifikasi bagi jawapan anda. [3 markah]

(ii)Sediakan penyata aliran tunai yang betul dengan menggunakan kaedah langsung. [11 markah]

考试题目和解答思路:

STPM 2016 - Google Drive

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

评论

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1