PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2016 SEM 3 / PENGGAL 3
也是我哦!Tina ~
SOALAN 1:
(a)
Jelaskan
dua perbezaan antara bahagian ekuiti pemilik dalam penyata kewangan syarikat
dengan bahagian ekuiti pemilik dalam penyata kewangan pemilikan tunggal. [2
markah]
(b)
Apakah
yang dimaksudkan dengan modal dibenarkan dan modal diterbitkan? Berikan contoh
bagi setiap modal itu. [2 markah]
(c)
Syarikat
Padu Berhad mempunyai modal dibenarkan 100,000 unit saham keutamaan kumulatif
6% pada nilai par RM 5.00 sesaham dan 1,400,000 unit saham biasa, pada nilai
par RM 2.00 sesaham.
Pada 31 Disember
2014, syarikat mempunyai modal diterbitkan dan berbayar penuh 20,000 unit saham
keutamaan kumulatif 6% dan 300,000 unit saham biasa. Baki akaun premium dan
baki pendapatan tertahan pada 31 Disember 2014 adalah seperti yang berikut:
|
RM |
Premium
saham keutamaan |
60,000 |
Premium
saham biasa |
450,000 |
Pendapatan
tertahan |
1,200,000 |
Urus niaga yang
melibatkan saham modal syarikat sepanjang tahun 2015 adalah seperti yang
berikut:
(1) Menerbitkan
40,000 unit saham keutamaan kumulatif 6% untuk mendapatkan tanah yang mempunyai
nilai pasaran RM 160,000.
(2)
Menerbitkan
100,000 unit saham biasa untuk memperoleh tunai pada RM 3.20 sesaham.
(3) Mengisythir
dan menerbitkan dividen saham biasa kepada pemegang saham biasa sedia ada
sebanyak 10%. Nilai pasaran saham biasa ialah RM 2.50.
(4)
Menerbitkan
25,000 unit saham keutamaan kumulatif 6%
untuk memperoleh tunai pada RM 6.50 sesaham.
(5)
Untung
bersih tahun semasa ialah RM 370,000.
Dikehendaki:
(i) Sediakan
catatan jurnal bagi merekodkan urus niaga yang berkaitan. [9 markah]
(ii) Sediakan
bahagian ekuiti pemilik dalam penyata kedudukan kewangan pada 31 Disember 2015.
[7 markah]
SOALAN 2:
(a) Nyatakan tiga
kepentingan analisis penyata kewangan kepada pihak pengurusan syarikat. [3 markah]
(b)Jelaskan
satu faktor bukan kewangan yang boleh mempengaruhi penilaian prestasi sesebuah
syarikat. [2 markah]
(c)Maklumat
penyata kewangan bagi Syarikat Bina Maju Berhad bagi tiga tahun berturut-turut,
iaitu dari tahun 2013 hingga tahun 2015 adalah seperti yang berikut:
Syarikat Bina Maju
Berhad Penyata Pendapatan
Komprehensif Bagi tahun berakhir
31 Disember 2013, 2014, dan 2015 |
|||
|
2015 |
2014 |
2013 |
|
RM |
RM |
RM |
Hasil
jualan (30% secara kredit) |
525,000 |
410,000 |
399,000 |
Tolak: Kos jualan |
306,250 |
246,000 |
219,450 |
Untung
kasar |
218,750 |
164,000 |
179,550 |
Tolak: *Belanja jualan dan pentadbiran |
73,300 |
67,520 |
59,700 |
Pendapatan
sebelum cukai |
145,450 |
96,480 |
119,850 |
Tolak:
Belanja cukai |
36,363 |
24,120 |
29,963 |
Pendapatan
bersih selepas cukai |
109,087 |
72,360 |
89,887 |
* Termasuk belanja
faedah RM 3,000 setahun.
Syarikat Bina Maju
Berhad Penyata Kedudukan
Kewangan Pada 31 Disember
2013, 2014, dan 2015 |
|||
|
2015 |
2014 |
2013 |
|
RM |
RM |
RM |
Aset
tetap: |
200,000 |
160,000 |
125,000 |
Hartanah, loji dan peralatan |
80,000 |
90,000 |
- |
Pelaburan |
280,000 |
250,000 |
125,000 |
Aset
semasa: |
|
|
|
Tunai |
222,750 |
130,000 |
90,000 |
Akaun belum terima (bersih) |
37,000 |
45,000 |
32,000 |
Inventori |
80,880 |
76,100 |
61,350 |
Belanja prabayar |
19,730 |
17,560 |
14,580 |
|
360,360 |
268,660 |
197,930 |
Jumlah
aset |
640,360 |
518,660 |
322,930 |
Liabiliti: |
|
|
|
Liabiliti semasa |
83,570 |
53,020 |
37,100 |
Pinjaman jangka panjang |
63,000 |
93,500 |
77,890 |
|
146,570 |
146,520 |
114,990 |
Ekuiti
pemilik: |
|
|
|
Saham biasa @ RM 2.00 sesaham |
200,000 |
200,000 |
150,000 |
Saham keutamaan |
20,000 |
20,000 |
8,000 |
Pendapatan tertahan |
273,790 |
152,140 |
49,940 |
|
493,790 |
372,140 |
207,940 |
Jumlah
liabiliti dan ekuiti pemilik |
640,360 |
518,660 |
322,930 |
Hitung nisbah yang
berikut pada tahun 2015 dan tahun 2014 bagi Syarikat Bina Maju Berhad. Berikan ulasan
bagi setiap nisbah dengan membandingkan antara nisbah tahun 2015 dengan nisbah
tahun 2014.
(i)
Nisbah
cepat [2 markah]
(ii)
Nisbah
hutang atas aset [2 markah]
(iii)
Pusing
ganti akaun belum terima [2 markah]
(iv)
Pusing
ganti inventori [2 markah]
(v)
Pulangan
atas aset [2 markah]
(vi) Perolehan sesaham [2 markah]
(d)Andaikan
anda bercadang untuk melabur sebanyak RM 20,000 dalam sebuah daripada syarikat
yang terlibat dalam industri insurans. Maklumat ringkas tentang syarikat yang
terlibat adalah seperti yang berikut:
Nisbah |
Syarikat Lindung
Sdn. Bhd. |
Syarikat Selamat
Sdn. Bhd. |
Perolehan
sesaham |
Tinggi |
Rendah |
Pulangan
atas aset |
Rendah |
Tinggi |
Hutang
atas ekuiti |
Tinggi |
Sederhana |
Nisbah
semasa |
Rendah |
Sederhana |
Harga
perolehan |
Rendah |
Tinggi |
Kadar
hasil dividen |
Tinggi |
Sederhana |
* Perkataan tinggi,
rendah, dan sederhana merujuk kepada perbandingan antara nisbah syarikat dengan
nisbah industri.
Dikehendaki:
Berdasarkan maklumat
di atas, syarikat yang manakah yang akan anda pilih bagi tujuan pelaburan? Berikan
justifikasi bagi pilihan anda. [3 markah]
SOALAN 3:
(a)
Berikan
dua contoh urus niaga yang melibatkan aliran tunai masuk dan dua contoh urus
niaga yang melibatkan aliran tunai keluar bagi setiap aktiviti yang berikut:
(i)
Aktiviti
operasi [2 markah]
(ii)
Aktiviti
pelaburan [2 markah]
(iii)
Aktiviti
pembiayaan [2 markah]
(b) Penyata aliran tunai yang telah disediakan bagi Syarikat Purnama Sdn. Bhd. bagi tahun berakhir 31 Disember 2015 adalah seperti yang berikut:
Syarikat Purnama
Sdn. Bhd. Penyata Aliran Tunai Bagi tahun berakhir
31 Disember 2015 |
|||
|
RM |
RM |
RM |
Baki
tunai awal |
|
|
140,000 |
Campur: Aliran tunai masuk: |
|
|
|
Daripada jualan barang niaga |
280,000 |
|
|
Daripada terbitan saham biasa |
450,000 |
|
|
Daripada jualan sekuriti pelaburan |
180,000 |
|
|
Daripada pinjaman bank |
200,000 |
|
|
Daripada laba atas jualan sekuriti
pelaburan |
45,000 |
|
|
Daripada hasil sewa |
160,000 |
|
|
Jumlah
aliran tunai masuk |
|
1,315,000 |
|
Tolak: Aliran tunai keluar: |
|
|
|
Untuk perolehan peralatan |
300,000 |
|
|
Untuk bayaran kepada pembekal |
228,000 |
|
|
Untuk bayaran dividen |
16,000 |
|
|
Untuk bayaran balik pinjaman |
20,000 |
|
|
Untuk bayaran cukai |
48,000 |
|
|
Untuk belanja susut nilai |
30,000 |
|
|
Untuk bayaran gaji pekerja dan belanja-belanja
|
175,000 |
|
|
Jumlah
aliran tunai keluar |
|
817,000 |
|
Peningkatan
bersih dalam tunai |
|
|
498,000 |
Baki
tunai akhir |
|
|
638,000 |
Encik Zaman, Pengarah
Urusan Syarikat Purnama Sdn. Bhd. berpendapat bahawa penyata aliran tunai yang
disediakan tidak memberikan gambaran yang sebenar tentang aliran tunai syarikat
itu kerana penyata tersebut tidak disediakan dengan betul. Beliau juga
berpendapat bahawa prestasi aliran tunai itu tidak memuaskan.
Dikehendaki:
(i) Jelaskan
sama ada anda bersetuju atau tidak bersetuju dengan pendapat Encik Zaman dengan
memberikan justifikasi bagi jawapan anda. [3 markah]
(ii)Sediakan
penyata aliran tunai yang betul dengan menggunakan kaedah langsung. [11 markah]
考试题目和解答思路:
好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!
💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!
评论
发表评论