PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2015 ULANGAN SEM 3 / PENGGAL 3


你好你好,我是 Tina 酱!

这次要分享的是 Akaun Sem 3 2015 Ulangan 年的考试题目和解答思路。(仅供参考哦!)

想要下载考试题目和解答思路的,请点击下方的 Google Drive Link 进行下载哦!

我们马上来开始吧!请看:

SOALAN 1:

(a)   Jelaskan tujuh langkah penyediaan belanjawan dalam sesebuah organisasi. [7 markah]

(b)   Restoran Nasi Kukus Malaya menjual set hidangan nasi kukus dengan pilihan satu jenis lauk utama, sayur goreng, tauhu goreng, kuah kari, sambal belacan, dan minuman pada harga RM 13.90. Maklumat kos piawai bagi penyediaan set hidangan nasi kukus adalah seperti yang berikut:

Butiran

RM

Kos bahan mentah setiap set

4.60

Upah pekerja sebulan

9,600

Kos utiliti:

 

   Kos tetap

700

   Kos berubah setiap set

0.15

Sewa sebulan

900

Lain-lain belanja:

 

   Belanja tetap

300

   Belanja berubah setiap set

0.08

Bagi tempoh tiga bulan pertama, perniagaan telah berjaya menjual 12,000 set nasi kukus. Penyata pendapatan komprehensif untuk 3 bulan pertama tahun 2015 adalah seperti yang berikut:

Nasi Kukus Malaya

Penyata Pendapatan Komprehensif

Bagi tiga bulan berakhir 31 Mac 2015

 

RM

RM

Pendapatan

 

173,750

Kos bahan mentah

53,400

 

Upah pekerja

28,800

 

Kos utiliti

2,000

 

Sewa

2,700

 

Lain-lain belanja

1,500

88,400

Untung operasi

 

85,350

Dikehendaki:

Sediakan laporan prestasi belanjawan fleksibel bagi Restoran Nasi Kukus Malaya pada 31 Mac 2015. [13 markah]

SOALAN 2:

(a)   Jelaskan empat kegunaan rizab hasil. [4 markah]

(b)   Syarikat Techno Berhad telah ditubuhkan pada 1 Januari 2008 dengan modal dibenarkan 1,000,000 unit saham keutamaan 5% pada nilai par RM 2 sesaham dan 5,000,000 unit saham biasa pada nilai par RM 4 sesaham.

Bahagian ekuiti pemilik syarikat pada 31 Disember 2014 adalah seperti yang berikut:

Modal saham diterbitkan dan berbayar penuh

RM

Saham keutamaan (200,000 unit)

400,000

Saham biasa (1,500,000 unit)

6,000,000

Premium saham

925,000

Keuntungan tertahan

2,500,000

Urus niaga berkaitan modal saham sepanjang tahun 2015 adalah seperti yang berikut:

Dikehendaki:

Sediakan catatan jurnal bagi merekod urus niaga di atas. [16 markah]

SOALAN 3:

(a)   Jelaskan tiga batasan penggunaan analisis kewangan yang perlu dipertimbangkan apabila membuat sesuatu keputusan. [3 markah]

(b)   Syarikat Jati Indah Sdn. Bhd. yang menjalankan perniagaan mengedar dan menjual perabot jati dari Indonesia berhajat untuk mengembangkan perniagaannya di selatan tanah air. Lokasi yang dipilih ialah Batu Pahat, Johor. Terdapat dua buah syarikat yang boleh diambil alih, iaitu Syarikat Perabut Besar Sdn. Bhd. dan Syarikat Gagah Perabut Sdn. Bhd.

Penyata Pendapatan Komprehensif

Bagi tahun berakhir 30 Jun 2015

 

Syarikat Perabut Besar Sdn. Bhd.

Syarikat Gagah Perabut Sdn. Bhd.

 

RM

RM

Jualan

825,000

715,000

Kos jualan

612,000

422,000

Keuntungan operasi

104,000

175,000


Penyata Kedudukan Kewangan

Pada 30 Jun 2015

 

Syarikat Perabut Besar Sdn. Bhd.

Syarikat Gagah Perabut Sdn. Bhd.

 

RM

RM

Harta tanah, loji dan peralatan

225,000

124,000

Aset semasa:

 

 

   Inventori

108,000

154,000

   Akaun belum terima

165,000

64,000

   Tunai di bank

98,000

26,000

 

371,000

244,000

Jumlah aset

596,000

368,000

Liabiliti:

 

 

   Liabiliti semasa

124,000

87,000

   Liabiliti jangka panjang

356,000

112,000

 

480,000

199,000

Ekuiti pemilik:

 

 

Modal saham biasa

100,000

120,000

Keuntungan terkumpul

16,000

49,000

 

596,000

368,000

Maklumat Tambahan:

(1)   Bagi kedua-dua buah syarikat, 80% daripada jualan adalah jualan kredit.

(2)   Baki akaun inventori dan akaun belum terima bagi kedua-dua buah syarikat pada 30 Jun 2014 adalah seperti yang berikut:

 

Akaun

Syarikat Perabut Besar Sdn. Bhd.

Syarikat Gagah Perabut Sdn. Bhd.

RM

RM

Inventori

116,600

176,500

Akaun belum terima

184,000

54,000


Dikehendaki:

(i)  Beri rumus dan hitung nisbah yang berikut bagi kedua-dua buah syarikat. Beri ulasan bagi setiap nisbah yang dihitung. [15 markah]

(1)   Margin untung bersih

(2)   Nisbah semasa

(3)   Nisbah cepat

(4)   Nisbah hutang atas aset

(5)   Pusing ganti inventori

(6)   Pusing ganti akaun belum terima

(ii) Berdasarkan jawapan di (i), cadangkan satu daripada syarikat yang mungkin diambil alih oleh Syarikat Jati Indah Sdn. Bhd. Jelaskan jawapan anda. [2 markah]

考试题目和解答思路:

STPM 2015 ULANGAN - Google Drive

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!

💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1