PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 3 / PENGGAL 3


不知不觉,我已经分享到 Akaun Sem 3 2017年的考试题目和解答思路了。

希望大家看了这么久,可以多多在下面评论,让我知道一下吧!

害羞的话,也没有关系哦!

好了,言归正传,还是老规矩,想要下载考试题目和解答思路的,请点击下方的 Google Drive Link 进行下载哦!(仅供参考!)

请看:

SOALAN 1:

(a)   Bryan dan Linda ialah penari profesional dan telah menubuhkan akademi tarian secara perkongsian sejak lima tahun yang lalu. Berdasarkan persetujuan secara lisan, segala keuntungan dan liabiliti dikongsi secara saksama. Pada Mei 2016, Bryan telah meninggal dunia akibat serangan jantung secara mengejut. Isteri kepada mendiang Bryan kemudiannya membuat tuntutan ke atas bahagian modal dan pendapatan Bryan hasil daripada perniagaan perkongsian itu.

Dikehendaki:

Apakah tindakan yang perlu diambil oleh perniagaan perkongsian Bryan dan Linda bagi menyelesaikan tuntutan tersebut? [3 markah]

(b)   Cici dan Didi ialah adik-beradik dan rakan kongsi bagi perniagaan perkongsian yang didaftarkan sebagai C & D Celik Komputer sejak dua tahun yang lalu. Baki akaun perkongsian Cici dan Didi pada 1 Januari 2016 adalah seperti yang berikut:

 

Cici

Didi

 

RM

RM

Akaun modal

30,000

25,000

Pinjaman kepada perkongsian

7,000

6,000

Perjanjian perkongsian adalah seperti yang berikut:

    (1)   Faedah atas sumbangan modal pekongsi ialah 10% setahun.

    (2)   Faedah atas pinjaman ialah 8% setahun.

    (3)   Faedah atas ambilan ialah 7% setahun.

    (4)   Nisbah untung rugi Cici dan Didi ialah 3:2.

    (5)   Setiap rakan kongsi adalah rakan kongsi aktif dan menerima gaji bulanan sebanyak
RM 700.

Maklumat Tambahan:

    (1)   Keuntungan bersih perkongsian ialah RM 60,697.

   (2)  Ambilan oleh Cici ialah RM 6,000 manakala ambilan oleh Didi ialah RM 5,000 untuk sepanjang tahun 2016.

    (3)  Pada 1 September 2016, Didi telah membawa masuk tunai sebanyak RM 5,000 ke dalam perkongsian sebagai modal tambahan.

    (4)   Pada 1 Januari 2017, Cici dan Didi telah membawa masuk kakak mereka, Kiki ke dalam perniagaan itu. Kiki menyumbang sebanyak RM 27,000 dalam perkongsian ini untuk memperoleh 15% hak kepentingan dalam perniagaan C & D Celik Komputer.

Dikehendaki:

(i)  Sediakan akaun modal bagi setiap rakan kongsi pada 31 Disember 2016 dengan menggunakan kaedah modal berubah. [14 markah]

(ii) Sediakan catatan jurnal untuk merekodkan kemasukan rakan kongsi baharu Kiki. [3 markah]

SOALAN 2:

(a)   Beri dua kepentingan analisis penyata kewangan kepada pihak pengurusan syarikat. [2 markah]

(b) Nyatakan kesan terhadap nisbah semasa sama ada meningkat atau menurun atau tidak memberi kesan bagi setiap urus niaga yang berikut:

(1)   Mengutip akaun belum terima [1 markah]

(2)   Mengisytihar dividen tunai [1 markah]

(3)   Menerbit modal saham tambahan untuk tunai [1 markah]

(4)   Membeli pelaburan jangka pendek secara tunai [1 markah]

(5)   Membayar akaun belum bayar [1 markah]

(c)   Maklumat penyata kewangan bagi Syarikat I-RASA Berhad pada 31 Disember 2016 adalah seperti yang berikut:

Syarikat I-RASA Berhad

Penyata Pendapatan Komprehensif

Bagi tahun berakhir 31 Disember 2016

 

RM

RM

Jualan

 

462,500

Kos jualan

 

231,250

Untung kasar

 

231,250

Belanja operasi:

 

 

   Belanja gaji dan upah

92,500

 

   Belanja susut nilai

9,850

 

   Lain-lain belanja operasi

35,987

 

 

 

138,337

Keuntungan operasi

 

92,913

Lain-lain belanja:

 

 

   Belanja faedah

 

413

   Keuntungan operasi sebelum cukai

 

92,500

   Cukai

 

18,500

   Keuntungan bersih selepas cukai

 

74,000


Syarikat I-RASA Berhad

Penyata Kedudukan Kewangan

Pada 31 Disember 2016

 

RM

RM

Aset semasa:

 

 

Tunai

32,219

 

Penghutang dagangan (bersih)

3,250

 

Inventori

17,897

 

Sewa prabayar

6,300

59,666

Aset bukan semasa:

 

 

Peralatan

99,700

 

(Tolak): Susut nilai terkumpul

(9,850)

89,850

Jumlah aset

 

149,516

Liabiliti semasa:

 

 

Akaun belum bayar

5,848

 

Cukai belum bayar

18,500

 

Dividen belum bayar

700

 

Gaji belum bayar

2,250

 

Faedah belum bayar

188

 

Nota belum bayar

4,000

31,486

Liabiliti jangka panjang:

 

 

Nota belum bayar

 

6,000

Jumlah liabiliti

 

37,486

Ekuiti pemegang saham:

 

 

Modal diterbitkan dan berbayar

 

 

2,800 unit modal saham keutamaan

14,000

 

25,180 unit modal saham biasa

25,430

 

 

39,430

 

Pendapatan tertahan

72,600

 

Jumlah ekuiti pemegang saham

 

112,030

Jumlah liabiliti dan ekuiti pemegang saham

 

149,516


Maklumat Tambahan:

   (1)   Pada 31 Disember 2015, maklumat inventori dan aset Syarikat I-RASA Berhad adalah seperti yang berikut:

Inventori

RM 15,000

Jumlah aset

RM 148,600

   (2)   Syarikat I-RASA Berhad bercadang untuk membuat pinjaman sebanyak RM 20,000 untuk membeli peralatan tambahan. Pinjaman itu akan dibayar balik dalam tempoh 4 tahun. Ansuran pinjaman berjumlah RM 2,500 akan dijelaskan dua kali setahun, iaitu pada setiap 1 Mei dan 1 November, termasuk faedah sebanyak 5% atas baki tertunggak.

Dikehendaki:

(i)   Hitung nisbah semasa, untung bersih atas jualan, pusing ganti inventori, pulangan atas aset, dan nisbah hutang atas aset. [6 markah]

(ii) Berdasarkan pada setiap penghitungan di (c)(i), adakah Syarikat I-RASA Berhad layak untuk mendapatkan pinjaman bank yang dipohon? Beri pendapat anda. [5 markah]

(iii) Beri dua tindakan alternatif yang boleh dipertimbangkan oleh Syarikat I-RASA Berhad selain daripada membuat pinjaman bank. [2 markah]

SOALAN 3:

(a)   Beri dua perbezaan antara penyata kedudukan kewangan dengan penyata aliran tunai. [2 markah]

(b)  Beri dua contoh urus niaga yang tidak melibatkan tunai tetapi mempengaruhi kedudukan kewangan syarikat. [2 markah]

(c) Penyata kedudukan kewangan dan penyata pendapatan komprehensif bagi Syarikat Maju Padu Berhad pada 31 Disember 2015 dan 2016 adalah seperti yang berikut:

Syarikat Maju Padu Berhad

Penyata Kedudukan Kewangan Pada 31 Disember 2015 dan 2016

 

2016

2015

 

RM

RM

Aset:

 

 

   Tunai

34,640

33,040

   Akaun belum terima

42,180

39,400

   Inventori

83,125

71,710

   Pelaburan jangka panjang

65,900

66,400

   Peralatan pejabat

185,500

155,500

   Susut nilai terkumpul bagi peralatan pejabat

(23,550)

(21,200)

   Jumlah aset

387,795

344,850

Liabiliti:

 

 

   Akaun belum bayar

75,000

50,380

   Cukai belum bayar

20,725

20,200

   Bon belum bayar

58,750

76,000

   Jumlah liabiliti

154,475

146,580

Ekuiti:

 

 

   Modal saham

127,000

106,000

   Premium saham

23,000

19,000

   Pendapatan tertahan

83,320

73,270

   Jumlah ekuiti

233,320

198,270

   Jumlah liabiliti dan ekuiti

387,795

344,850


Syarikat Maju Padu Berhad

Penyata Pendapatan Komprehensif

Bagi tahun berakhir 31 Disember 2016

 

RM

RM

Jualan

 

250,000

Kos barang dijual

 

90,900

Untung kasar

 

159,100

Belanja susut nilai

31,450

 

Lain-lain belanja operasi

48,000

 

Belanja faedah

2,000

 

Rugi atas jualan peralatan pejabat

7,400

 

 

 

(88,850)

Untung bersih sebelum cukai

 

70,250

Belanja cukai

 

(26,600)

Untung bersih

 

43,650

 

Maklumat Tambahan:

   (1)  Tiada sebarang laba atau rugi atas jualan pelaburan jangka panjang atau atas persaraan bon belum bayar.

    (2)   Sebuah peralatan pejabat dengan nilai kos RM 37,550 telah dijual pada harga RM 2,100 secara tunai.

    (3)   Sebuah peralatan pejabat baharu dibeli pada harga RM 67,550 secara tunai.

    (4)   Dividen tunai berjumlah RM 34,650 telah diisytihar dan dibayar.

    (5)   Syarikat telah menerbitkan saham tambahan untuk mendapatkan tunai.

Dikehendaki:

Sediakan penyata aliran tunai Syarikat Maju Padu Berhad bagi tahun berakhir 31 Disember 2016 dengan menggunakan kaedah langsung. [16 markah]

考试题目和解答思路:

STPM 2017 - Google Drive

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1