EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1


大家好啊!我今天要分享 Ekonomi Sem 1 2022 年的考试题目和解答思路。 

PART 1 是关于 Ekonomi Soalan Objektif, PART 2 是关于 Ekonomi Soalan Esei, PART 3 是 Ekonomi Soalan Kuantitatif !

参考的答案我会加黑哦,注意噢!

废话不多说,请看:

SOALAN 1:

Barang modal bermaksud

A. barang yang dikeluarkan dalam proses pengeluaran.

B. barang pemangkin bagi sesuatu proses pengeluaran.

C. barang yang digunakan untuk menghasilkan barang lain.

D. barang yang digunakan untuk mempercepat proses pengeluaran.

SOALAN 2:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran (KKP) bagi barang A dan barang B dalam sebuah ekonomi.

Titik X menunjukkan tentang

A. keluaran yang optimum.

B. guna tenaga penuh tercapai.

C. kewujudan masalah pembaziran.

D. output yang tidak boleh dikeluarkan.

SOALAN 3:

Campur tangan kerajaan perlu dalam sistem ekonomi untuk

A. menyediakan barang awam.

B. mengeluarkan barang percuma.

C. menghasilkan kesan eksternaliti.

D. memastikan firma mendapat untung maksimum.

SOALAN 4:

Kenaikan harga barang pengganti kepada barang X menyebabkan permintaan terhadap barang X

A. bertambah kerana kesan penggantian.

B. bertambah kerana hukum permintaan.

C. berkurang kerana kesan pendapatan benar.

D. berkurang kerana hukum utiliti sut berkurangan.

SOALAN 5:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk penawaran suatu barang.

Apakah fungsi penawaran barang di atas?

A. Qs = 2 + 6P

B. Qs = 4 + 5P

C. Qs = 5 + 3P

D. Qs = 10 + 2P

SOALAN 6:

Persamaan permintaan dan persamaan penawaran bagi suatu barang masing-masing ialah

Qd = 200 - 20P

Qs = 120 + 40P

Dengan Qd = kuantiti diminta (unit)

              Qs = kuantiti ditawar (unit)

                 P = harga (RM)

Jika persamaan penawaran berubah menjadi Qs = 80 + 40P, maka

A. harga keseimbangan meningkat.

B. kuantiti keseimbangan bertambah. 

C. keluk penawaran beralih ke kanan.

D. berlaku lebihan penawaran pada harga RM 2.00.

SOALAN 7:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk penawaran (SS) dan keluk permintaan (DD) bagi suatu barang.

Berapakah jumlah lebihan pengeluar pada tingkat harga keseimbangan?

A. RM 62.50

B. RM 87.50

C. RM 137.50

D. RM 187.50

SOALAN 8:

Jadual di bawah menunjukkan kuantiti diminta bagi barang K dan barang L pada tingkat harga barang K sebanyak RM 4.00 dan RM 5.00 seunit.

Harga barang K

(RM)

Kuantiti diminta (unit)

Barang K

Barang L

4.00

20

30

5.00

15

20

Berapakah nilai keanjalan silang barang L apabila harga barang K berkurang daripada RM 5.00 kepada RM 4.00?

A. - 0.40

B. - 1.33

C. - 1.67

D. - 2.50

SOALAN 9:

Satu keluk penawaran yang bergaris lurus selari dengan paksi harga mempunyai nilai keanjalan 

A. sifar.

B. satu.

C. lebih besar daripada satu.

D. infiniti.

SOALAN 10:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keseimbangan pasaran sebelum (E0) dan selepas cukai jualan (E1) dikenakan oleh kerajaan.

Sekiranya kerajaan mengenakan cukai jualan sebanyak RM 6.00 per unit, maka

A. beban cukai yang ditanggung oleh pengguna sebanyak RM 2.00.

B. beban cukai yang ditanggung oleh pengeluar sebanyak RM 2.50.

C. beban cukai yang ditanggung oleh pengeluar sebanyak RM 3.50.

D. beban cukai yang ditanggung oleh pengguna sebanyak RM 6.00.

SOALAN 11:

Andaian yang tidak diambil kira dalam hukum pulangan berkurangan ialah

A. input berubah bersifat homogen.

B. tingkat teknologi yang digunakan boleh berubah.

C. proses pengeluaran berlaku dalam jangka pendek.

D. input berubah dan input tetap ada dalam pengeluaran.

SOALAN 12:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata jangka panjang (LAC) bagi sebuah firma.

Pergerakan dari titik A ke titik B disebabkan oleh

A. ekonomi bidangan luaran.

B. ekonomi bidangan dalaman.

C. tak ekonomi bidangan luaran.

D. tak ekonomi bidangan dalaman.

SOALAN 13:

Jumlah hasil bagi seorang pengusaha dalam bulan Oktober 2021 ialah sebanyak RM 20,000.

Kos bagi bulan tersebut adalah seperti yang berikut:

Perkara

Kos (RM)

Buruh

1,500.00

Upah pengusaha jika bekerja di tempat lain

5,000.00

Bahan mentah

2,000.00

Elektrik

500.00

Air

600.00

Untung perakaunan bagi pengusaha dalam bulan tersebut ialah 

A. RM 9,600.00

B. RM 10,900.00

C. RM 11,000.00

D. RM 15,400.00

SOALAN 14:

Dalam jangka panjang, firma akan memberhentikan operasinya jika

A. harga sama dengan kos sut.

B. harga kurang daripada kos purata.

C. harga sama dengan kos purata minimum.

D. harga kurang daripada kos berubah purata.

SOALAN 15:

Yang manakah pernyataan yang benar tentang firma dalam pasaran persaingan sempurna?

A. Keluaran firma ini tiada pengganti sempurna.

B. Firma ini boleh mengamalkan diskriminasi harga.

C. Firma ini boleh mengawal harga keluarannya di pasaran.

D. Firma ini boleh mendapat untung normal dalam jangka panjang.

SOALAN 16:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata (AC), kos sut (MC), hasil purata (AR), dan hasil sut (MR) bagi sebuah firma pasaran monopoli.

Pada tingkat keseimbangan, firma ini memperoleh untung sebanyak  

A. RM 1,000.00

B. RM 1,800.00

C. RM 2,200.00

D. RM 4,000.00

SOALAN 17:

Yang manakah antara dasar yang berikut boleh mengawal monopoli?

        I. Meletakkan harga sama dengan kos sut.

       II. Meletakkan harga sama dengan kos purata.

      III. Meletakkan harga lebih besar daripada kos sut.

      IV. Meletakkan harga lebih besar daripada kos purata.

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

SOALAN 18:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata (AC),  keluk kos sut (MC),  keluk hasil purata (AR), dan keluk hasil sut (MR) bagi firma pasaran persaingan bermonopoli.

Pada tingkat keseimbangan, firma ini menanggung jumlah kos sebanyak  

A. RM 2,400.00

B. RM 3,600.00

C. RM 6,000.00

D. RM 9,000.00

SOALAN 19:

Yang manakah antara yang berikut merupakan faktor yang menyumbang kepada kejayaan tuntutan kenaikan upah oleh sesebuah kesatuan sekerja?

A. Barang yang dihasilkan oleh firma tak anjal harga.

B. Buruh yang digunakan mudah digantikan dengan mesin.

C. Keadaan ekonomi sesebuah negara itu mengalami kemelesetan.

D. Kos upah merupakan sebahagian besar daripada kos pengeluaran.

SOALAN 20:

Jadual di bawah menunjukkan tingkat penggunaan buruh dan jumlah keluaran sebuah firma.

Buruh  (unit)

Jumlah keluaran (unit)

1

16

2

36

3

54

4

64

5

70

Sekiranya harga barang ialah RM 20.00 seunit dan kadar upah RM 200.00 seunit, berapakah keuntungan firma pada tingkat keseimbangan?

A. RM 320.00

B. RM 400.00

C. RM 480.00

D. RM 520.00

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!



💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1