EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN LATIHAN SEM 1 / PENGGAL 1 - 1
大家好鸭,这一个篇章是关于 Soalan Latihan Semester 1,里面会含有:
(a)15 题的 Soalan Objektif
(b) 6 题的 Soalan Esei
(c) 1 题的 Soalan Kuantitatif
Soalan Objektif 我会加黑哦,注意噢!
请看:
SOALAN OBJEKTIF
SOALAN 1:
Faktor pengeluaran yang terhad dalam sesebuah ekonomi akan menyebabkan
A. firma memperoleh keuntungan yang besar.
B. pengeluaran barang awam diberi keutamaan.
C. wujud ketidakseimbangan agihan pendapatan.
D. suatu barang dikurangkan untuk menambahkan barang lain.
SOALAN 2:
Sewa adalah ganjaran kepada faktor pengeluaran yang
A. menawarkan perkhidmatan dari segi mental dan fizikal.
B. merupakan anugerah sumber semula jadi dan penawarannya tetap.
C. diciptakan oleh manusia untuk digunakan dalam proses pengeluaran.
D. bertanggungjawab menggabungkan input untuk menghasilkan output.
SOALAN 3:
Yang manakah pernyataan yang benar tentang sesuatu jenis barang dalam ekonomi?
A. Barang pengganti ialah barang yang boleh digunakan secara bersama dengan barang lain.
B. Barang modal ialah barang yang akan diproses lagi sebelum boleh digunakan oleh pengguna.
C. Barang percuma ialah barang yang disediakan oleh kerajaan tanpa perlu membuat pembayaran.
D. Barang perantaraan ialah barang yang akan digunakan sebagai faktor oleh firma lain dalam proses pengeluaran.
SOALAN 4:
Apabila sumber ekonomi terhad untuk menambah suatu barang maka
A. semakin sedikit barang lain yang dikeluarkan.
B. semakin sedikit sumber ekonomi yang menganggur.
C. semakin banyak barang penggenap yang dikeluarkan.
D. semakin tinggi kepuasan yang diperoleh oleh masyarakat.
SOALAN 5:
Sumber ekonomi yang terhad berbanding dengan kehendak manusia yang tidak terhad menyebabkan
A. masyarakat terpaksa membuat pilihan dan menghadapi kos lepas.
B. masyarakat mempunyai keupayaan membeli yang semakin tinggi.
C. masyarakat mengalami masalah kekurangan barang dan perkhidmatan.
D. masyarakat dapat memaksimumkan kepuasan daripada penggunaan sesuatu barang.
SOALAN 6:
Bagaimanakah masalah 'apa yang hendak dikeluarkan' diselesaikan dalam sistem ekonomi campuran?
A. Kerajaan mengeluarkan barang awam manakala sektor swasta mengeluarkan barang persendirian.
B. Kerajaan mengenakan cukai dan hasilnya digunakan untuk memberikan subsidi pengeluaran sektor swasta.
C. Kerajaan mengeluarkan barang yang bermanfaat manakala sektor swasta mengeluarkan barang yang menguntungkan.
D. Kerajaan memberikan subsidi penggunaan barang awam manakala sektor swasta mengeluarkan barang persendirian.
SOALAN 7:
Yang manakah yang berkaitan dengan masalah 'bagaimana barang hendak dikeluarkan'?
A. Kerajaan mengurangkan subsidi minyak.
B. Kerajaan menggalakkan pengeluaran eksport.
C. Firma meningkatkan pengeluaran barang pengganti import.
D. Firma menggantikan pekerja asing dengan pekerja tempatan.
SOALAN 8:
Jadual di bawah menunjukkan kemungkinan pengeluaran pakaian dan jentera dalam sebuah ekonomi.
Kemungkinan Pengeluaran |
Pakaian (unit) |
Jentera (unit) |
P |
100 |
0 |
Q |
90 |
10 |
R |
70 |
20 |
S |
40 |
30 |
T |
0 |
40 |
Berapakah kos lepas pengeluaran dari Q ke S?
A. 0.4 unit pakaian.
B. 0.75 unit jentera.
C. 1.3 unit jentera.
D. 2.5 unit pakaian.
SOALAN 9:
Dalam gambar rajah di bawah, PQ ialah keluk kemungkinan pengeluaran.
Pertambahan satu unit barang perkilangan akan menyebabkan
A. pengurangan pengeluaran barang pertanian menjadi sifar.
B. pengurangan pengeluaran yang sama bagi barang pertanian.
C. pengurangan pengeluaran yang semakin kecil bagi barang pertanian.
D. pengurangan pengeluaran yang semakin besar bagi barang pertanian.
SOALAN 10:
Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran PQ bagi suatu ekonomi.
Pengeluaran di titik R dapat dicapai jika berlaku pertambahan
A. harga bahan api.
B. pusat latihan kemahiran.
C. bayaran levi pekerja asing.
D. tempoh masa persekolahan.
SOALAN 11:
Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran bagi barang X dan barang Y.
Pergerakan dari titik S ke titik T menyebabkan kos lepas
A. sifar.
B. malar.
C. menurun.
D. meningkat.
SOALAN 12:
Pernyataan yang berikut menunjukkan perbezaan antara sistem ekonomi perancangan pusat dengan sistem ekonomi pasaran bebas, kecuali
A. yang diutamakan ialah barang keperluan asas, bukan barang mewah.
B. pemilik sumber dibayar dengan bayaran maksimum, bukan bayaran minimum.
C. semua keputusan ekonomi ditentukan oleh pihak perancangan pusat, bukan oleh kuasa permintaan dan penawaran.
D. tujuan pengeluaran adalah untuk memaksimumkan kebajikan masyarakat, bukan memaksimumkan kepuasan individu.
SOALAN 13:
Apakah kebaikan sistem ekonomi perancangan pusat?
A. Agihan pendapatan lebih adil.
B. Perkembangan teknologi maklumat.
C. Keputusan pengeluaran lebih cepat dibuat.
D. Pengguna mempunyai lebih banyak pilihan.
SOALAN 14:
'Terdapat persaingan bebas antara individu dalam ekonomi.'
Pernyataan di atas tidak berlaku dalam sistem ekonomi.
A. Islam.
B. Campuran.
C. Pasaran bebas.
D. Perancangan pusat.
SOALAN 15:
Yang manakah bukan barang awam?
A. Pertahanan awam.
B. Perkhidmatan polis.
C. Perkhidmatan telefon.
D. Mahkamah undang-undang.
SOALAN ESEI
SOALAN 1:
Tanah dan cahaya matahari merupakan dua jenis barang. Huraikan perbezaan antara dua barang tersebut. [10]
- Kos lepas.
Tanah mempunyai kos lepas dalam pengeluarannya manakala cahaya matahari tidak mempunyai kos lepas dalam pengeluarannya.
- Kos pengeluaran.
Tanah memerlukan kos pengeluaran manakala cahaya matahari tidak memerlukan kos pengeluaran.
- Harga.
Tanah dikenakan bayaran untuk menggunakannya manakala cahaya matahari tidak dikenakan bayaran untuk menggunakannya.
SOALAN 2:
'Kehendak manusia tidak terhad tetapi sumber ekonomi adalah terhad.'
Huraikan secara ringkas masalah yang timbul daripada keadaan ini. [10]
- Masalah kekurangan.
Ketidakcukupan faktor pengeluaran untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan yang tidak terbatas.
- Masalah pilihan.
Pilihan yang harus dibuat oleh pengguna agar dapar memaksiumkan kepuasan dan keuntungan.
- Masalah kos lepas.
Barang kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan untuk mendapatkan barang dan perkhidmatan terbaik.
SOALAN 3:
(a) Mengapakah masalah asas ekonomi wujud? [2]
Masalah asas ekonomi wujud kerana kehendak manusia tidak terhad manakala sumber ekonomi barang iaitu tanah, buruh, modal, dan usahawan adalah terhad.
(b) Terangkan masalah asas ekonomi. [8]
- Apa dan berapa hendak dikeluarkan.
Masalah ini merujuk kepada jenis dan kuantiti yang hendak dikeluarkan dalam ekonomi.
Barang yang dikeluarkan akan menentukan corak peruntukan sumber ekonomi.
- Bagaimana hendak dikeluarkan.
Pemilihan teknik pengeluaran yang meminimumkan kos pengeluaran seunit, memaksimumkan kuantiti keluaran, dan memaksimumkan untung.
- Untuk siapa hendak dikeluarkan.
Pengagihan barang atau kepada pihak mana akan mendapatkan barang tertentu.
Penentuan untuk siapa sesuatu barang atau perkhidmatan dikeluarkan bergantung kepada agihan pendapatan dan kuasa beli pengguna.
SOALAN 4:
Sebuah negara mengeluarkan dua barang iaitu barang X dan barang Y. Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan terhadap keluk kemungkinan pengeluaran jika:
(a) Terdapat pertambahan yang sama dalam pelaburan terhadap pengeluaran barang X dan barang Y. [3]
- Akibat daripada pertambahan yang sama dalam pelaburan menyebabkan pengeluaran kedua-dua barang bertambah dengan kadar yang sama.- Kesannya, keluk kemungkinan pengeluaran ke kanan dari AB ke A'B'.
(b) Terdapat peningkatan dalam teknologi pengeluaran barang X. [3]
- Akibat daripada peningkatan dalam teknologi pengeluaran barang X menyebabkan pengeluaran barang X bertambah- Maka barang Y berkurang atau tetap atau tidak berubah.
- Kesannya, keluk kemungkinan pengeluaran bergerak ke kanan dari AB ke AB'.
(c) Terdapat peningkatan teknologi dalam barang X dan kemerosotan teknologi dalam pengeluaran barang Y. [3]
- Akibat daripada peningkatan teknologi dalam barang X dan kemerosotan teknologi dalam pengeluaran barang Y menyebabkan berlaku pertambahan pengeluaran dalam barang X dan berlaku pengeluaran dalam pengeluaran barang Y.
- Kesannya, keluk kemungkinan pengeluaran bergerak ke kanan dari KKP1 ke KKP2.
SOALAN 5:
Dengan menggunakan gambar rajahh keluk kemungkinan pengeluaran, jelaskan konsep kekurangan, pilihan, dan kos lepas. [10]
- Konsep kekurangan.Titik G yang berada di luar keluk kemungkinan pengeluaran tidak boleh dicapai kerana sumber-sumber ekonomi yang tidak mencukupi.
- Konsep pilihan.
Ditunjukkan oleh kombinasi titik di sepanjang keluk kemungkinan pengeluaran.
Ia menunjukkan pilihan yang paling cekap atau kecekapan.
Contoh:
(a) Titik F menunjukkan ketidakcekapan.
(b) Titik G menunjukkan ekonomi tidak mampu untuk mengeluarkan kombinasi keluaran tersebut.
- Konsep kos lepas.
Pergerakan titik di sepanjang keluk kemungkinan pengeluaran.
Contohnya, pergerakan dari titik A ke titik B untuk menambah 1 unit barang A, 1 unit barang B perlu dilepaskan.
Sebagai contoh, apabila ekonomi ingin mengeluarkan 1 unit baran A (Kombinasi B ke C) ekonomi perlu melepaskan 2 unit barang B.
SOALAN 6:
Jadual menunjukkan titik kombinasi barang X dan barang Y yang dikeluarkan dalam sebuah ekonomi.
Kombinasi Pengeluaran | Barang X | Barang Y |
A | 0 | 12 |
B | 1 | 11 |
C | 2 | 9 |
D | 3 | 5 |
E | 4 | 0 |
Berdasarkan jadual di atas, terangkan konsep yang berikut:
a) Kecekapan pengeluaran.
Kecekapan pengeluaran dicapai apabila sumber ekonomi digunakan dengan cekap, iaitu guna tenaga penuh tercapai. Kombinasi pengeluaran yang cekap terletak di sepanjang keluk kemungkinan pengeluaran. Sebagai contoh, kombinasi 2 unit barang X dan 9 unit barang Y (Kombinasi C) dan 3 unit barang X dan 5 unit barang Y (Kombinasi D).
b) Kekurangan sumber.
Walaupun semua sumber ekonomi digunakan dengan sepenuhnya, jumlah barang yang dihasilkan masih kurang daripada jumlah barang yang dikehendaki oleh masyarakat. Oleh itu, kombinasi A, B, C, D, dan E yang maksimum boleh dicapai dengan sumber ekonomi yang sedia ada masih tidak mencukupi, iaitu kombinasi yang diingini melebihi kombinasi-kombinasi tersebut. Sebagai contoh, 2 unit barang X dan 20 unit barang Y.
c) Kos lepas.
Kos lepas mengukur jumlah sesuatu barang yang dilepaskan atau dikurangkan apabila menambah seunit barang lain. Berdasarkan jadual di atas, dari kombinasi A ke B, 1 unit barang Y dilepaskan untuk menambah seunit barang X.
Kombinasi | Kos Lepas Seunit Barang X |
A | - |
B | 12 – 11 = 1 unit barang Y |
C | 11 – 9 = 2 unit barang Y |
D | 9 – 5 = 4 unit barang Y |
E | 5 – 0 = 5 unit barang Y |
Kos lepas meningkat, iaitu pengurangan barang Y semakin meningkat apabila menambah seunit barang X.
SOALAN KUANTITATIF
SOALAN 1:
Jadual di bawah menunjukkan pelbagai kombinasi barang X dan barang Y bagi sebuah negara.
Kombinasi |
Barang X (unit) |
Barang Y (unit) |
A |
0 |
20 |
B |
2 |
19 |
C |
4 |
16 |
D |
6 |
10 |
E |
8 |
0 |
(a) Hitung kos lepas untuk mengeluarkan
(i) seunit barang X pada setiap kombinasi. [2]
Kombinasi |
Kos Lepas Untuk
Mengeluarkan Seunit Barang X |
A |
- |
B |
(20
– 19) / (2 - 0) = 0.50 unit barang Y |
C |
(19 – 16) / (4 - 2) = 1.50 unit barang Y |
D |
(16 - 10) / (6 - 4)
= 3 unit barang Y |
E |
(10 - 0) / (8 - 6)
= 5 unit barang Y |
(ii) seunit barang Y pada setiap kombinasi. [2]
Kombinasi |
Kos Lepas Untuk
Mengeluarkan Seunit Barang Y |
A |
(2 - 0) / (20 - 19)
= 2 unit barang X |
B |
(4 - 2) / (19 - 16)
= 0.67 unit barang X |
C |
(6 - 4) / (16 - 10)
= 0.33 unit barang X |
D |
(8 - 6) / (10 - 0)
= 0.20 unit barang X |
E |
- |
(b)
(i) Apakah bentuk kemungkinan pengeluaran bagi negara ini? [1]
Keluk kemungkinan pengeluaran berbentuk cembung atau melengkung keluar sebab kos lepas meningkat.
(ii) Apakah jenis faktor pengeluaran bagi negara ini? [1]
Negara ini mempunyai sumber ekonomi yang tidak homogen, iaitu kecekapan faktor berbeza.
(c) Nyatakan keadaan ekonomi apabila negara ini mengeluarkan 4 unit barang X dan 14 unit barang Y. Berikan sebab bagi jawapan anda. [2]
Negara ini mengalami masalah pengangguran.
Hal ini kerana negara ini dapat mengeluarkan 4 unit barang X dan 16 unit barang Y pada tingkat guna tenaga penuh. Oleh itu, masalah ini berlaku sebab faktor pengeluaran tidak digunakan sepenuhnya, iaitu wujud pembaziran dan ketidakcekapan.
(d) Adakah kombinasi 3 unit barang X dan 19 unit barang Y dapat dicapai? Mengapa? [2]
Tidak dapat dicapai kerana wujud sumber ekonomi yang terhad.
Negara ini hanya dapat mengeluarkan 2 unit barang X dan 19 unit barang Y pada tingkat guna tenaga penuh.
好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!