PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2019 SEM 3 / PENGGAL 3


大家好吖!

Tina 今天想要分享的还是 Akaun Sem 3 2019年的考试题目和解答思路。

大家会不会想要 Tina 换一换主题呢?

想要的话,在下面评论哦!

老规矩:下载考试题目和解答思路的,请点击下方的 Google Drive Link 进行下载,仅供参考

不啰嗦了,请看:

SOALAN 1:

(a)   Nyatakan empat faktor yang perlu dipertimbangkan dalam penyediaan belanjawan. [2 markah]

(b) Syarikat Delima Delight Sdn. Bhd. ialah pengeluar kek coklat. Pada bulan Jun, syarikat itu menjangkakan jualan sebanyak 35,000 biji kek coklat dan maklumat kos pengeluaran yang dibelanjawankan adalah seperti yang berikut:

 

RM

Harga jualan sebiji kek coklat

5.25

Kos berubah (sebiji kek coklat)

 

   Bahan mentah langsung

1.05

   Buruh langsung

1.20

   Overhed perkilangan berubah

1.30

Kos tetap (sebulan)

 

   Belanja susut nilai peralatan

3,750

   Upah dan gaji

7,000

   Sewa kilang

1,200

   Belanja pelbagai

1,300

Walau bagaimanapun, jumlah jualan sebenar pada bulan itu, meningkat sebanyak 20% daripada jumlah yang dijangkakan. Harga jualan telah meningkat kepada RM 5.40 sebiji. Maklumat berkaitan dengan kos pengeluaran sebenar adalah seperti yang berikut:

 

RM

Kos berubah (sebiji kek coklat)

 

   Bahan mentah langsung

0.97

   Buruh langsung

1.30

   Overhed perkilangan berubah

1.63

Kos tetap (sebulan)

 

   Belanja susut nilai  peralatan

3,750

   Upah dan gaji

7,850

   Sewa kilang

1,200

   Belanja pelbagai

1,275

Dikehendaki:

(i)   Sediakan belanjawan fleksibel bagi jualan dan kos berubah sahaja untuk unjuran pengeluaran dan jualan sebanyak 35,000 biji kek coklat dan 45,000 biji kek coklat. [5 markah]

(ii)  Sediakan laporan prestasi belanjawan fleksibel bagi jualan sebenar syarikat itu. Berikan rumusan anda. [13 markah]

SOALAN 2:

(a)    Nyatakan empat perkara penting yang boleh dimasukkan dalam perjanjian perkongsian. [2 markah]

(b)   Maniam, Mee Kuan, dan Kusairi ialah rakan kongsi Perniagaan Mamiku yang telah beroperasi sejak tiga tahun lepas. Kandungan dalam perjanjian perkongsian yang telah dipersetujui adalah seperti yang berikut:

    (1)   Mee Kuan dan Kusairi dibayar gaji sebanyak RM 12,000 setahun setiap seorang.

    (2)   Faedah atas modal sebanyak 5% ke atas baki awal modal akan diterima oleh setiap rakan kongsi.

    (3)   Tiada faedah atas ambilan.

    (4)   Untung dan rugi dibahagikan mengikut nisbah 3:2:2.

Tempoh perakaunan perniagaan berakhir pada 30 Jun setiap tahun. Bagi tahun perakaunan berakhir pada 30 Jun 2019, akauntan yang dilantik telah menyediakan imbangan duga terlaras seperti yang berikut:

Perniagaan Mamiku

Imbangan Duga Terlaras Pada 30 Jun 2019

 

Debit

RM

Kredit

RM

Tunai

12,300

 

Akaun belum terima

75,500

 

Inventori barang niaga

30,000

 

Bekalan pejabat

700

 

Peralatan

380,000

 

Susut nilai terkumpul peralatan

 

19,000

Akaun belum bayar

 

17,500

Nota belum bayar

 

60,000

Modal:

 

 

   Maniam

 

200,000

   Mee Kuan

 

50,000

   Kusairi

 

50,000

Jualan

 

560,000

Pulangan dan elaun jualan

20,000

 

Kos barang dijual

386,000

 

Belanja utiliti

25,000

 

Belanja iklan

15,000

 

Belanja sewa

2,000

 

Belanja faedah

3,000

 

Belanja susut nilai peralatan

7,000

 

Jumlah

956,500

956,500

Dikehendaki:

Sediakan, bagi Perniagaan Mamiku,

(i)                 Penyata pendapatan perkongsian bagi tahun berakhir 30 Jun 2019. [4 markah]

(ii)              Penyata pengasingan untung rugi bagi tahun berakhir 30 Jun 2019. [5 markah]

(iii)            Akaun modal rakan kongsi pada 30 Jun 2019. [4 markah]

(iv)             Penyata kedudukan kewangan pada 30 Jun 2019. [5 markah]

SOALAN 3:

(a)   Berikan dua perbezaan antara dividen saham biasa dengan dividen saham keutamaan. [2 markah]

(b) Petikan penyata kedudukan kewangan bagi Syarikat Pudina Puri Berhad pada 31 Disember 2017 adalah seperti yang berikut:

Urus niaga yang melibatkan modal saham Syarikat Pudina Puri Berhad di sepanjang tahun 2018 adalah seperti yang berikut:

12 Januari

Menerbitkan 5,000 unit saham keutamaan kumulatif 6% untuk mendapatkan tanah yang mempunyai nilai pasaran RM 250,000.

1 Mac

Menerbitkan 65,000 unit saham biasa pada harga RM 13.00 sesaham secara tunai.

30 Jun

Mengisytiharkan terbitan hak pada kadar 10:1 kepada pemegang saham biasa sedia ada pada harga RM 12.00 sesaham.

1 September

Pemegang saham biasa melaksanakan terbitan hak.

1 Oktober

Menerbitkan 4,500 unit saham keutamaan kumulatif 6% pada harga RM 45.00 sesaham secara tunai.

31 Disember

Mengisytiharkan dividen tunai kepada semua pemegang saham syarikat berjumlah RM 180,000. Rekod perniagaan menunjukkan syarikat itu tidak membayar sebarang dividen tunai kepada semua pemegang saham untuk tempoh perniagaan yang berakhir pada 31 Disember 2017.

31 Disember

Mengisytiharkan 5% dividen saham untuk saham biasa yang dipegang berdasarkan rekod pada 1 Disember 2018. Dividen saham akan diagihkan pada 31 Januari 2019.

Pendapatan bersih Syarikat Pudina Puri Berhad bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2018 ialah RM 350,000.

Dikehendaki:

(i) Sediakan catatan jurnal bagi merekod urus niaga di atas. Sila tulis TIADA jika catatan jurnal tidak diperlukan. [15 markah]

(ii)Hitung pengagihan dividen tunai kepada pemegang saham keutamaan dan pemegang saham biasa. [3 markah]

考试题目和解答思路:

STPM 2019 - Google Drive

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1